Khamis, 19 Disember 2024

KAMI SAMA BERGUMBIRA



Keluarga anggap kepulangan Mohammed Nazir beri sinar harapan baharu

MUAR – Keluarga kepada salah seorang daripada dua rakyat negara ini yang ditahan di Kem Guantanamo, Cuba menyifatkan tindakan Amerika Syarikat (AS) menyerahkan mereka kepada Malaysia sebagai perkhabaran yang membawa sinar harapan baharu.

Najib Lep, 60, berkata, perkembangan itu memberi khabar gembira kepada keluarga mereka di Kampung Jeram Masjid, di sini, yang menanti kepulangan adiknya, Mohammed Nazir, 48, sejak 24 tahun lalu.

“Sekiranya benar sebagaimana dikhabarkan, kami amat bersyukur kerana penantian sejak sekian lama akhirnya terlerai dan harapan untuk bersatu semula jadi kenyataan.

“Kami sekeluarga menanti kepulangannya, semoga kami dapat bertemu secepat mungkin, kalau boleh esok,” ujar bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir ketika dihubungi hari ini.

Katanya, sebuah rumah turut dibina untuk Mohammed Nazir di kampung berkenaan untuknya memulakan hidup baharu apabila pulang nanti.

Semalam, Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan memberitahu, AS  menyerahkan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Guantanamo di Cuba.

Seorang lagi yang ditahan dan diserahkan kepada kerajaan Malaysia ialah Mohammed Farik Amin.

Kedua-dua mereka ditahan di Thailand pada 2003 dan dimasukkan ke dalam kurungan bersendirian di lokasi rahsia yang dikendalikan Agensi Perisikan Pusat (CIA) sebelum dipindahkan ke kem tahanan itu pada 2006.

Mohammed Nazir dan Mohammed Farik yang berdepan lapan tuduhan di Mahkamah Tentera AS, termasuk tujuh berkaitan pengeboman berkembar, mengorbankan 202 orang di Bali pada Oktober 2002 dan pengeboman di Hotel JW Marriott di Jakarta, pada Ogos 2003.

Kedua-dua mereka kemudian dijatuhi hukuman penjara 23 tahun dan boleh dibebaskan menjelang 2029.- 

KITA JUGA

TURUT SAMA

BERGUMBIRA

AMIN

 PEMBEBASAN

BAWA GUMBIRA

AMIN

 SANAK SAUDARA

KAWAN & TAULAN

JUMPA KEMBALI

AMIN


Tiada ulasan: