Pemuda, Puteri tempelak usaha ‘curi’ pemimpin UMNO
KUALA LUMPUR – Dua sayap UMNO senada dalam menempelak usaha pihak tertentu dalam Kerajaan Perpaduan ‘mencuri’ pemimpin parti itu seperti yang menjadi polemik ketika ini.
Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, UMNO seharusnya mengkaji semula kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya ada ‘rakan’ dalam gabungan itu yang tidak mampu menghormati Barisan Nasional (BN) dengan hasrat mahu mengambil alih parti ‘kawan’ sendiri’.
“Dulu masa kerajaan PN (Perikatan Nasional), ada juga parti kerajaan sibuk nak curi ahli UMNO, kali ni ini jika berlaku maka pendirian kita perlu tegas.
“UMNO bukan parti yang boleh ditendang sana sini, kita ada maruah kita!” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau malam tadi.
Sementara itu, dalam nada sama, Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd. Fauzi berkata, sikap ‘kawan makan kawan’ tidak seharusnya ada dalam gabungan Kerajaan Perpaduan ketika ini.
Tegas beliau, hubungan antara parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan seharusnya berlandaskan kejujuran dan pengajaran rosaknya politik negara akibat sikap pentingkan diri sebilangan pemimpin politik sebelum ini sewajarnya dijadikan pengajaran.
“Cukuplah pengalaman pemimpin kita melompat, ahli kita dicuri oleh parti lain sebelum ini.
“Cukup-cukuplah, wariskanlah contoh yang baik kepada generasi era baharu hari ini,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau malam tadi.
Sebelum ini, desas-desus timbul berkenaan kemungkinan Ahli Majlis Tertinggi UMNO ,Tengku Zafrul Abdul Aziz keluar daripada parti itu bagi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Malah, langkah itu diperkukuhkan dengan dakwaan Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Bagaimanapun, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas mengenai perkara itu berkata, beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Tengku Zafrul untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Malah, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, setakat ini, Tengku Zafrul juga tidak ada bertemu dengannya untuk membincangkan perkara itu.
Dalam masa sama, Ahmad Zahid berkata, parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya mengambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga ‘hati’ parti masing-masing.
Sehubungan itu, beliau menasihati semua parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk terus menjaga perpaduan yang terbina dalam gabungan tersebut dengan sebaik-baiknya. –
1 ulasan:
So zafrul nak fuk off ada rakyat kisah? Dia mati pon tak ada kapiaq megalir mata air..pancut air kompom ada majority...kakakakak
Catat Ulasan