Khamis, 30 Januari 2025

BERGADUH - HARGA BARANG MAHAL



Peniaga, pelanggan bergaduh angkara barang mahal di Bazar Tahun Baharu Cina

PASIR GUDANG – Gara-gara tidak berpuas hati dengan harga yang didakwa mahal, seorang peniaga dan pelanggan bergaduh di Bazar Tahun Baru Cina di Johor Jaya di sini Isnin lalu.

Video yang berdurasi 1 minit 40 saat itu memaparkan tiga lelaki bergaduh dan cuba ditenangkan seorang wanita tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya  terkesan dengan video itu dan siasatan mendapati kejadian berlaku berlaku pada pukul 11.30 malam, kelmarin.

“Susulan itu pihak polis menahan kedua-dua lelaki tempatan berusia antara 21 hingga 28 tahun kira-kira pukul 6 petang kelmarin di sekitar kawasan Taman Johor Jaya.

“Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan akibat salah faham antara peniaga dan pelanggan kerana isu harga barang mahal,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari bermula 29 Januari hingga esok bagi membantu siasatan.

Hasil semakan ujarnya, mendapati kedua-dua suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau namun ujian saringan air kencing ke atas mereka negatif dadah.

Menurut Mohd Sohaimi, seorang lagi suspek lingkungan usia 30-an dipercayai pelanggan yang turut terbabit dalam pergaduhan masih diburu dan diminta tampil membantu siasatan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar, Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hamizan menerusi talian 010-4338032 atau Pusat Kawalan Daerah Seri Alam di talian 07-3871422,” ujarnya.- 

WOIT

APA DAH JADI

HARGA BARANG

MAKIN MAHAL

AMIN

RAKYAT JADI

SUSAH GADUH

SESAMA SENDIRI

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah

Penarafan Moody Black rock pada barua nya Anwar Ibrahim klas awesome 3A

Anak anak papa Type C sesama DAP bergaduh pasal harga barang mahal di Pasir Gudang Johor masa beli belah di Tahun Baru


Kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

gaduh madani terhormat mahaldahni kahkahkah jgn marah & gaduh TURUN ramai2 jalanraya hingga berjaya!!!