Khamis, 30 Januari 2025

PENDATANG HARAM JADI MUSUH



Trump mahu tahan 30,000 PATI lakukan jenayah di Guantanamo

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan rancangan untuk menahan 30,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didakwa melakukan jenayah, di penjara tentera Teluk Guantanamo Bay.

Pengumuman mengejut itu dibuat ketika beliau menandatangani rang undang-undang (RUU) yang membenarkan penahanan praperbicaraan terhadap pendatang tanpa dokumen yang didakwa atas kesalahan mencuri dan jenayah kekerasan.

Undang-undang berkenaan dibuat selepas seorang pelajar AS dibunuh oleh PATI dari Venezuela.

"Saya menandatangani perintah eksekutif mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri untuk memulakan persiapan kemudahan bagi menahan 30,000 PATI di Teluk Guantanamo.

"Kita mempunyai 30,000 katil di Guantanamo bagi menahan PATI yang paling berbahaya dan mengancam rakyat AS.

"Ada dalam kalangan mereka begitu teruk sehingga kita tidak mempercayai negara asal untuk menahan mereka, kerana kita tidak mahu mereka kembali semula ke sini," katanya di Rumah Putih.

Menyifatkan Guantanamo sebagai 'tempat yang sukar untuk meloloskan diri', Trump berkata langkah yang diumumkan semalam akan membawa negara itu selangkah lebih dekat untuk menghapuskan jenayah berkaitan PATI, sekali gus menamatkannya untuk selama-lamanya.

Trump turut menjemput ibu bapa Laken Riley, pelajar kejururawatan berusia 22 tahun yang dibunuh dan namanya diabadikan dalam RUU jenayah pendatang baharu itu, ke Rumah Putih bagi menghadiri majlis menandatangani RUU berkenaan.

"Kita akan sentiasa mengenang Laken dan dengan tindakan hari ini, namanya juga akan terus tersemat dalam undang-undang negara kita, dan ini adalah undang-undang yang sangat penting," kata Trump.

Ia adalah RUU pertama yang ditandatangani Trump sejak kembali ke Rumah Putih, selepas diluluskan Kongres AS yang dikuasai Republikan, hanya dua hari selepas majlis angkat sumpahnya pada 20 Januari lalu.

Jose Antonio Ibarra, 26, seorang warganegara Venezuela tanpa dokumen, disabitkan kesalahan membunuh Laken Riley pada 2024 selepas mangsa dilaporkan hilang ketika bersenam pada waktu pagi berhampiran Universiti Georgia di Athens.

Sebelum ini, penjara di Teluk Guantanamo itu dibuka susulan serangan 9/11 oleh Al-Qaeda ke atas AS dan digunakan untuk menahan suspek tanpa tempoh yang jelas.

Ramai dalam kalangan mereka tidak pernah didakwa atas sebarang kesalahan dan ditahan ketika perang di Afghanistan serta Iraq, selain operasi lain.

Pada awal pembukaan penjara berkenaan, kira-kira 800 individu dipenjarakan di kemudahan yang terletak di hujung timur Cuba itu.

Laporan daripada bekas tahanan mengenai penderaan dan penyeksaan oleh pegawai keselamatan AS mencetuskan kecaman berterusan pada peringkat domestik serta antarabangsa.

Semalam, Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel, menyifatkan rancangan Trump sebagai satu tindakan zalim dengan menyatakan bahawa PATI akan ditahan berhampiran kemudahan yang digunakan AS untuk menyeksa dan menahan individu secara haram.

Bekas Presiden AS daripada Demokrat, Joe Biden dan Barack Obama, pernah berjanji untuk menutup penjara berkenaan, namun kedua-duanya meninggalkan jawatan dengan kemudahan itu masih beroperasi. - AFP

INI LANGKAH

GANAS DARI

TRUMP

AMIN

PENDATANG 

HARAM

KINI GANTI

PENGGANAS

SEBAGI MUSUH

AMERIKA

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pendatang haram china merah x jumpa2 lagi imigresen!!? macamana ni?? cari sampai jumpa!!;