PAGI INI
PAGI INI
AHAD 18 MEI 2015
MENUNGGU RAYA HAJI
KES RASUAH
Banyak kes rasuah di lapor. Media hampir setiap hari ada lapor kes rasuah besar dan kecil. Dari ribuan ringgit ke jutaan ringgit. Dari puluhan juta ke ratusan juta.
Tapi banyak hilang tengah jalan.
Apa jadi kes RASUAH PEGAWAI SAIFUDDIN NASUTION? Jeng jeng jeng.
Apa jadi kes RASUAH MAIL SABRI ? Jeng jeng jeng.
Apa jadi kes SAHAM AZAM BAKI? jeng jeng jeng.
Apakah kes rasuah jadi senjata untuk menembak musuh politik. Jeng jeng jeng. Ada Mamat di Permatang Pauh umum nak tanding dan lawan Ketua Cabang PKR ... tup tup ada kes rasuah. Apa jadi kes RASUH MAMAT PKR ini? Jeng jeng jeng. AMIN
PEMILIHAN PKR
Jeng jeng jeng – makin menarik. Makin hangat. Makian MADANi – mama dady dan nurul izah kah kah kah.
GAZA
Rundingan sedang berjalan untuk gencatan senjata. Pembebasan tawanan dari israel dan Hamas. Amerika jadi orang tengah.
AMERIKA
Trump nak talipon Putin. Nak talipon Zelensky. Nak tanya apa akan dilakukan seterusnya untuk tamatkan Perang Ukraine. Trump mahu di lihat sebagai Presiden Amerika pembawa damai bukan pemula perang
GAZA
Dalam masa 24jam malam kemarin Zionis Blackrock telah membunuh 140 warga Palestin
RUSIA
Bulan Oktober nanti Putin akan adakan SIDANG ARAB-RUSIA. Semua negara Arab di jemput. Ini kali pertama dilakukan oleh Rusia.
IRAQ
Liga Arab bersidang di Baghdad untuk bincang suasana negara Arab terutama kes Gaza.
SIAM
To Sami kuil Buddha curi duit untuk berjudi. Bukan seratus Bhat tapi berjuta Bhat.
HOKKIEN
Pagi ini cerah kering segar. Matahari cahaya di lindung awan. KL & KL Sentral berjerebu nipis. Panas kemarin. Langit biru indah berawan putih.
Di pintu masuk cengkerik bersimponi dalam belukar. Tekukur berlagu di bukit. Jauh kedengaran Abang Motong Rumput. Kini belukar dan ranjau tak wujud lagi di Hokkien. Dah macam padang bola. Rumput dipotong sepanjang tahun.
Hari ini akan panas. Musim panas dah masuk. Kalau hujan sampai ini hujan rahmat bawa sejuk. AMIN
BRO
SENYUM
SENTUM DI PAGI
AHAD
BRO
Selalu berjalan. Selalu menapak. Ini baik untuk kesihatan. Malas lu nanti tak boleh bergerak.
BRO
Jika ada orang ganggu lu. Lu nak marah. Tarik nafas panjang. Lu akan lega dan akan jadi tenang.
BRO
Jika lu selalu lupa bukan kerana umur. Lupa ini penyakit tidak berkuman. Lupa bermula bila lu tak guna akal fikiran hanya ikut cakap Ustad YouTube. Amin.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan