Ahad, 18 Mei 2025

AMAT MUDAH UNTUK DI FAHAMI - TIM BURIT SIAPA ?



PRN17: Tiada kumpulan Bung Moktar, Abdul Rahman - Ahmad Zahid

KOTA KINABALU: Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tidak wujud mana-mana kumpulan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah ketika parti itu bersiap menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Beliau berkata, hanya ada satu kumpulan yang akan mewakili BN Sabah bagi membawa cabaran UMNO-BN bersama Pakatan Harapan (PH) dan parti lain yang bakal bekerjasama bagi memenangi pilihan raya berkenaan.

"Tiada kumpulan Bung Moktar, tiada kumpulan Abdul Rahman, tiada kumpulan Salleh Said dan tiada kumpulan Yakubah Khan, kita hanya ada kumpulan BN Sabah," katanya berucap pada Majlis Pelancaran Gerak 17 UMNO Sabah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai, Sepanggar, dekat sini, semalam.

Bung Moktar merujuk kepada Ketua UMNO Sabah,  Bung Moktar Radin, manakala Abdul Rahman merujuk kepada Timbalan Ketua UMNO Sabah yang juga Ketua UMNO Tuaran,  Abdul Rahman Dahlan.

Salleh Said pula ialah Ketua Bendahari UMNO Sabah yang juga bekas Ketua Menteri Sabah,  Salleh Said Keruak, manakala Yakubah Khan ialah Ketua UMNO Sepanggar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,  Yakub Khan.


Ahmad Zahid dipercayai menyebut perkara itu bagi menjelaskan situasi dalaman UMNO Sabah, berikutan spekulasi mendakwa berlaku perbezaan pendapat di antara pemimpin tertingginya.


Mengulas lanjut, Pengerusi BN itu berkata, UMNO tidak boleh lagi membiarkan situasi perbalahan berlaku dalam kalangan pemimpinnya kerana ia antara punca kekalahan parti itu dan BN pada pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

"Kita sudah kecundang dua kali kerana sibuk melayani perbezaan kita, masing-masing pemimpin ada ego dan yang menerima akibatnya ialah rakyat, gajah sama gajah bertarung yang mati kancil di tengah.

"Kita mahu tutup kisah itu dan buka buku baharu, buat kerja cara mahu menang," katanya.

Ahmad Zahid berkata, perbalahan antara pemimpin hanya menjejaskan rakyat tidak bersalah yang mahukan pembangunan dan usaha menyelesaikan masalah bekalan air, elektrik serta jalan raya dan pelbagai lagi isu.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut memberi jaminan parti kecil dalam BN dan rakan gabungannya dalam PH tidak dipinggirkan menerusi perkongsian bagi mencapai misi membentuk kerajaan selepas PRN17 nanti.

"Sebelum membentuk kerajaan kita ada perkongsian, tetapi kita jangan lupa MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) juga perlu diberi tempat.

"Jangan lupa rakan kita PKR, DAP dan AMANAH, mereka juga mahu tempat di Sabah. Inilah kesepakatan Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Madani yang terbaik setakat ini.

"Kita buktikan di Sabah kita akan bentuk kerajaan melalui persepakatan ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga akan bercakap kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengenai usaha untuk menyelesaikan isu bekalan air, elektrik dan jalan di Sabah.

"Rakyat mahu lihat apa kita tawar apabila kita menang, masalah rakyat perlu diselesaikan dan saya janji beri nasihat kepada Perdana Menteri bahawa masalah air, elektrik dan jalan harus diutamakan kerajaan negeri dengan bantuan Pusat, wajib diselesaikan," katanya.

Beliau berkata, usaha juga akan diambil bagi mengatasi isu penghijrahan ramai rakyat Sabah ke Semenanjung, khususnya ke Johor, Lembah Klang dan Pulau Pinang bagi mencari pekerjaan berikutan ketiadaan industri yang boleh menawarkan banyak pekerjaan di Sabah.

Katanya, perkara itu boleh diatasi dengan membawa lebih banyak pelaburan terus asing (FDI) dan menyelesaikan isu prasarana seperti air dan elektrik tidak mencukupi yang menjejaskan usaha membawa masuk pelabur.

"Tiga masalah ini (air, elektrik, jalan) akan diselesaikan dalam tempoh tiga tahun pertama jika BN diberi mandat (selepas PRN17). Saya juga janji membawa banyak pelabur, orang Sabah mesti kerja di Sabah untuk bantu keluarga dengan syarat kita wujudkan kerja dengan membawa pelabur luar," katanya.

FAKTA TIM

BURIT SIAPA

AMAT  SENANG

DI FAHAMI

AMIN

BILA DI NAFI

TAK ADA

INI ERTINYA ADA

KHALAS

AMIN

Tiada ulasan: