Sabtu, 21 Jun 2025

KES BODOH DAN TAMAK



Pesara rugi RM535,766 tertarik keuntungan berganda dalam masa singkat

JOHOR BAHRU – Seorang pesara swasta berputih mata selepas wang pelaburannya berjumlah RM535,766 lesap akibat terpedaya dengan pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, mangsa yang berusia 57 tahun membuat pelaburan berkenaan selepas tertarik dengan  satu iklan pelaburan saham.

“Iklan pelaburan saham dalam Facebook  itu menawarkan keuntungan berganda dalam tempoh singkat. Hasil siasatan mendapati kejadian bermula 13 Mac lalu apabila mangsa tertarik dengan pelaburan berkenaan setelah menekan pautan yang tertera.

“Mangsa kemudian menekan pautan iklan tersebut dan membuat 26 transaksi ke lima akaun bank berbeza antara 13 Mac hingga 5 Jun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa turut diminta membuat bayaran tambahan kononnya bagi mengeluarkan hasil pelaburan sebelum  menyedari dirinya telah menjadi mangsa penipuan pelaburan itu.

Siasatan lanjut menggunakan platform Semak Mule katanya, mendapati kesemua lima akaun bank yang terlibat mempunyai 22 rekod laporan polis berkaitan kes penipuan pelaburan.

Beliau berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan juga akan menyiasat penglibatan sama ada pemilik akaun terlibat sebagai ‘keldai akaun’.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya mana-mana pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat serta dinasihatkan agar membuat semakan latar belakang terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran,” katanya.

Orang ramai ujarnya, diminta membuat semakan mengenai kesahihan individu atau syarikat melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) dan portal Semak Mule untuk mengesan akaun mencurigakan.

“Juga boleh mengikuti media sosial rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), bagi mengetahui modus operandi terbaharu jenayah penipuan komersil,” tambahnya.

Sebarang maklumat berkaitan atau sekiranya menjadi mangsa, diminta menghubungi talian 997 (National Scam Response Centre).- MalaysiaGazette



WOIT

INI KES BODOH

LAGI TAMAK

AMIN

MUSTAHIL TAK

BACA  BERITA

DAH BERATUS

KENA TIPU 

MACAM INI

AMIN

BANGANG BEBAL

DAN TAMAK

INI HASILNYA

KHALAS

Tiada ulasan: