Isnin, 29 September 2025

KUAL LUMPUR - CERAH BERSINAR


Hujan lebat landa tujuh negeri petang ini


KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang dijangka melanda beberapa daerah di tujuh negeri sehingga jam 5 petang ini.

Selain Gua Musang di Kelantan, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran memaklumkan cuaca itu dijangka membadai Perak membabitkan kawasan Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Menurut METMalaysia, cuaca sama dijangka melanda Hulu Terengganu dan Marang di Terengganu selain Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Temerloh.

"Di Selangor pula, hujan lebat dijangka melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

"Amaran cuaca sama dikeluarkan bagi Sarawak membabitkan Kapit, Belaga, Miri (Telang Usan) dan Limbang manakala Sabah (Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota

Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud)," katanya.

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca semasa menerusi saluran rasmi MetMalaysia.

KUALA LUMPUR

INDAH BERSINAR

AMIN

ALAM TIDAK

PILIH ADA

MAKSIAT ATAU

TIDAK

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: