Palestin gesa tekanan antarabangsa, Israel masih sekat kemasukan bantuan kemanusiaan
RAMALLAH: Pejabat Presiden Palestin menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dan negara penjamin perjanjian gencatan senjata Gaza supaya menekan Israel bagi mempercepat kemasukan rumah mudah alih dan khemah ke Gaza.
Gesaan itu dibuat susulan keadaan cuaca buruk yang kini mengancam nyawa penduduk Gaza.
Khemah yang masih ada di Gaza dalam keadaan uzur, koyak dan tidak mencukupi, gagal menghalang air hujan serta menawarkan perlindungan minimum kepada orang awam.
Pejabat Presiden turut menuntut penghapusan sekatan dan halangan yang dikenakan Israel ke atas kerajaan Palestin untuk menyampaikan rumah mudah alih, khemah dan peralatan perlindungan asas ke Gaza.
Langkah itu bertujuan menangani krisis kemanusiaan yang berterusan serta melindungi golongan terdedah, termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas, daripada bahaya serius akibat cuaca buruk.


2 ulasan:
Yahudi curi tanah orang, Yahudi tempatan curi juga hasil keringat manusia disini, cukai kepada rakyat bekerja keras berusaha rajin penat lelahnya, manakala memberi percuma kepada golongan malas tidak mahu bekerja bercakap tin kosong setiap masa kalau majoriti lagi hebat sembang kedai kopi politik politik politik kaum agama kerana boleh terus malas menikmati segala keseronokan dunia dan akhirat amin kah kah kah
tribun news tu boleh percaya ke? sama macam isham, kaki temberang dan sandiwara. bila dipersoal tuduh zionis, sama MO seperti parti pas taliban. kah kah kah!
Catat Ulasan