Sabtu, 9 Mei 2026

PARTI BARU AKAN KALAH


HAMZAH ADA

PARTI BARU

AMIN

RAFIZI ADA

PARTI BARU

AMIN

SEMUA AKAN

KALAH KERANA

TAK TURUN

KE JALAN RAYA

KHALAS


NGO India mahu jadi sayap parti baru Hamzah

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India yang dikenali sebagai Perpaduan Pertubuhan Puratchi (Puratchi) mengumumkan sokongan mereka terhadap ketua pembangkang Hamzah Zainudin pada PRU16.

Pengerusi pertubuhan itu, K Umagandhan mendakwa bahawa Puratchi memiliki keanggotaan lebih 12,000 orang di seluruh negara dan bersedia menjadi sayap politik untuk sebarang platform yang bakal diterajui Hamzah, termasuk parti baru.

"Kami ada 4,000 ahli dalam institusi politik (parti politik yang lain) dan 10,000 hingga 12,000 dalam pentadbiran cawangan.

"Kami telah memutuskan untuk bergerak ke arah politik utama. Kami akan bentuk sebuah parti bersama Hamzah," kata Umagandhan dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Terdahulu, pertubuhan itu mengadakan perjumpaan dengan Hamzah petang tadi.

ADS

Menurut Umagandhan, pada masa ini pertubuhannya tidak berhasrat untuk mendaftar parti baru buat masa ini kerana kekangan prosedur Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

"Kami akan bertindak sebagai institusi politik bagi memperjuangkan komuniti India dan menyokong kepimpinan Hamzah.

"Walaupun, Hamzah kini tidak mempunyai parti selepas dipecat, kami percaya dia mempunyai masa depan.

ADS

"Kami akan menyokong dia berdasarkan keyakinan itu. Kami akan menubuhkan sayap sekiranya dia menubuhkan parti baru, atau kekal sebagai sayap dalam pergerakan 'Reset' yang ditubuhkan Hamzah baru-baru ini," katanya.

Pertubuhan Puratchi, katanya, didaftarkan secara rasmi pada 2019, sebelum ini dikenali sebagai sebuah NGO yang mengetengahkan isu-isu sosial dan hak rakyat.

Menurut Umagandhan, pertubuhan itu mempunyai cawangan di 10 negeri, telah menganjurkan lebih 200 program sejak 2014, termasuk bantahan terhadap isu pendidikan, pekerjaan dan isu berkaitan masyarakat India di negara ini.

Hamzah dipecat daripada Bersatu pada Februari lalu susulan perselisihan dengan pucuk pimpinan partinya.

Dia yang juga ahli parlimen Larut kini dikaitkan dengan usaha menubuhkan parti baru, walaupun desas-desus itu masih belum disahkan secara rasmi.

Sementara itu, Umagandhan berkata pihaknya akan menganjurkan persidangan politik kebangsaan Puratchi pada 4 hingga 6 bulan ini, bertujuan untuk mengesahkan penubuhan institusi politik berkenaan.

Malaysiakini telah menghubungi Hamzah untuk komen.

Tiada ulasan: