Sabtu, 6 Jun 2026

SALUT KAMARAD PUTIN


SALUT K

KAMARAD

PUTIN 

AMIN

GARIS POLITIK

YANG TEPAT

KHALAS


Putin tolak pertemuan dengan Zelensky, tekad terus capai matlamat perang

SAINT PETERSBURG: Presiden Russia, Vladimir Putin, menolak kemungkinan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine, Volodymyr Zelensky, dalam masa terdekat.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Zelensky menggesa pertemuan antara kedua pemimpin bagi menamatkan perang yang kini memasuki tahun keempat.

Berucap pada forum ekonomi di bandar kelahirannya di St Petersburg, Putin berkata beliau tidak melihat 'sebarang keperluan' untuk bertemu Zelensky sehingga satu kemungkinan perjanjian damai dipersetujui.

Zelensky membalas dengan menyifatkan pemimpin Russia itu sebagai 'lemah' dan 'lebih memilih perang'.

Putin turut berikrar untuk meneruskan operasi ketenteraan Russia sehingga matlamat perangnya tercapai.

Russia menuntut penguasaan ke atas wilayah timur Ukraine, Donbas, selain mengenakan sekatan politik dan ketenteraan yang meluas terhadap negara jirannya itu.

Kelmarin, Zelensky membuat rayuan langsung yang jarang dilakukan kepada Putin.

"Ukraine mencadangkan supaya perang ini ditamatkan melalui pertemuan secara langsung antara saya dan anda. Saya mencadangkan satu pertemuan," kata Zelensky dalam surat terbuka.

"Saya mencadangkan supaya satu tarikh yang jelas ditetapkan untuk pertemuan itu," katanya dalam surat itu.

Bagaimanapun, Putin menolak cadangan berkenaan.

"Saya tidak melihat sebarang keperluan untuk bertemu. Apa yang penting ialah pihak Ukraine menghentikan kemaraan pasukan bersenjata kami. Itu sahaja. Dan kita memerlukan persetujuan," kata Putin pada forum ekonomi utama Russia itu.

"Biarkan kumpulan pakar menjalankan tugas mereka, merangka beberapa penyelesaian, dan selepas itu barulah kita boleh bertemu," tambahnya.

Ratusan ribu nyawa terkorban sejak Putin melancarkan serangan berskala penuh ke atas Ukraine — yang disifatkannya sebagai 'operasi ketenteraan khas' — pada Februari 2022.

Sebahagian besar wilayah timur dan selatan Ukraine musnah, manakala jutaan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing dalam kempen ketenteraan yang pada awalnya diharapkan Moscow dapat menumbangkan Kyiv dalam tempoh beberapa hari.

Russia turut melancarkan serangan baharu yang mengorbankan nyawa, dengan pihak berkuasa Ukraine memaklumkan empat orang awam terbunuh dan tujuh lagi cedera dalam serangan Rusia di Mykolaivka dan Druzhkivka di wilayah Donetsk baru-baru ini.

Tiada ulasan: