Sabtu, 6 Jun 2026

1.5 JUTA WARGA CHINA MERAH LESAP


BAGAIMANA

WARGA

CHINA MERAH

YANG LESAP

AMIN

ASIK ASIK

TANGKAP INDON

TANGKAP BANGLA

TANGKAP ROHINGYA

APA JADI DENGAN

JUTA JUTA WARGA

CHINA MERAH
KHALAS



Imigresen KL gempur warga asing sekitar Jalan Klang Lama

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan 78 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Sapu dilancarkan di sekitar Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi ini.

Operasi dijalankan susulan aduan awam dan maklumat risikan berterusan berhubung lambakan warga asing di kawasan berkenaan yang didakwa menimbulkan kegusaran penduduk setempat.

Menurut jabatan berkenaan, sepasukan pegawai penguat kuasanya membuat kepungan strategik di beberapa premis perniagaan dan kawasan penempatan yang disasarkan bagi menghalang sebarang cubaan melarikan diri.

"Taktik mengejut itu bertujuan menutup segala laluan tikus bagi mengelakkan cubaan melarikan diri. Majoriti tangkapan disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa di negara ini dan salah guna pas lawatan sosial untuk bekerja secara haram.

"Pemeriksaan dokumen dan semakan biometrik dilakukan di lokasi operasi bagi mengenal pasti status imigresen mereka," katanya Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam satu kenyataan.

Menurutnya, terdapat warga asing yang cuba bersembunyi di ruang sempit untuk mengelak ditahan, namun tindakan pantas pihak berkuasa berjaya menggagalkan cubaan itu.

"Hasil pemeriksaan menyeluruh, seramai 78 individu gagal mengemukakan pengenalan diri sah dan ditahan, terdiri pendatang warga Indonesia, Myanmar dan India. Mereka dibawa ke Depoh Imigresen Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Pemantauan dan operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa tanpa kompromi.

"Amaran keras turut diberikan kepada mana-mana individu atau majikan yang didapati bersalah melindungi serta menggaji PATI, di mana tindakan undang-undang yang tegas menanti mereka," menurut kenyataan berkenaan.

Tiada ulasan: