AL-FATIHAH
AMIN
JIKA ADA YANG
SUSUN BANTUAN
SILA LAKUKAN
AMIN
Angka korban gempa di Flores, Indonesia meningkat 47, bantuan digerakkan
JAKARTA: Angka korban akibat gempa bumi bermagnitud 7.7 yang melanda Pulau Flores di Indonesia, awal pagi Sabtu meningkat kepada 47 orang, dengan ratusan rumah dan kemudahan awam mengalami kerosakan, sementara pihak berkuasa menghantar bantuan ke kawasan terjejas di seluruh Wilayah Nusa Tenggara Timur.
Pemangku Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Berton S Panjaitan, berkata kes kematian dilaporkan di enam daerah di wilayah berkenaan setakat 6.48 petang waktu tempatan.
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Pematangsiantar, Sumatera Utara
PEMATANGSIANTAR: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud dilaporkan berlaku kira-kira 13 kilometer (km) di barat Pematangsiantar, Sumatera Utara, Indonesia, petang tadi .
Memetik laman sesawang volcanodiscovery, gempa bumi itu berlaku pada 5.54 petang (waktu tempatan) dengan kedalaman kira-kira 163km di bawah pusat gempa.
Gempa berkenaan dilaporkan berlaku berhampiran Pematangsiantar, Kota Pematang Siantar, Sumatera Utara.
Berdasarkan data seismik awal, gegaran dipercayai dirasai penduduk di kawasan berhampiran pusat gempa, namun dijangka tidak menyebabkan kerosakan besar.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan