Rabu, 23 September 2026

LAWAK BERDIRI TRUMP DI PBB

 

MAT TERAM

BUAT 

LAWAK BERDIRI

DI PBB

KAH KAH KAH

TAKDA SAPA 

KETAWA

SEMUA KUTUK

KAH KAH KAH

KHALAS

Adakah saya akan humban Iran ke 'neraka' tanpa sebarang peluang kelangsungan hidup? - Trump


NEW YORK: Pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Iran mengadakan rundingan di luar acara Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, semalam, buat kali pertama dalam tempoh berbulan-bulan.

Perkara itu didedahkan oleh Presiden AS, Donald Trump, meskipun beliau terdahulu memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa dirinya masih mempertimbangkan sama ada mahu 'menghancurkan' Iran.

Pertemuan berkenaan dilaporkan disertai Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, dan utusan khas Trump, Steve Witkoff, serta menantu Presiden itu, Jared Kushner.

Rundingan itu dipercayai adalah perbincangan bersemuka yang pertama antara pegawai Iran dengan AS sejak Naib Presiden AS, JD Vance, bertemu pegawai kanan Tehran di Switzerland pada Jun lalu.

Dalam ucapannya pada UNGA, semalam, Trump banyak menyentuh mengenai perang AS terhadap Iran.

"Saya perlu membuat satu keputusan besar - adakah satu perjanjian akan dicapai dengan Iran yang membolehkan mereka membina semula dan menjadi sebuah negara yang jauh lebih hebat?

"Atau adakah saya akan menghancurkan Republik Islam itu dan melakukannya dengan pantas tanpa memberi mereka peluang untuk membunuh serta memusnahkan rakyat serta negara lain lagi? Adakah saya akan menghumban mereka ke dalam 'neraka' tanpa sebarang peluang untuk kelangsungan hidup?" katanya.

Ketika ucapan bombastik itu disampaikan, semua anggota delegasi Iran - kecuali seorang - bertindak keluar dari dewan persidangan.

Trump berkata, beliau percaya Iran akan segera mencapai perjanjian selepas pilihan raya pertengahan penggal pada November depan - di mana Parti Republikan berdepan risiko kehilangan kawalan terhadap Kongres yang sebahagian besarnya akibat kesan konflik itu terhadap ekonomi AS.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, dijadual menyampaikan ucapan pada UNGA, hari ini.

Sejurus selepas menyampaikan ucapannya, Trump mendedahkan bahawa perwakilan Iran dan AS telah mengadakan perjumpaan selama tiga jam di luar acara UNGA.

"Pertemuan mereka berlangsung dengan sangat baik dan produktif - mereka dijadual mengadakan satu lagi perjumpaan dalam masa terdekat," kata Trump kepada pemberita ketika bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Ketika mengadakan pertemuan kemudian dengan pemimpin-pemimpin Teluk di PBB pula, Trump menambah: "Saya melihat terdapat banyak momentum untuk mereka mencapai perjanjian, itu yang kita dengar daripada semua orang".

Sementara itu, media Iran melaporkan Araghchi telah mengemukakan syarat kepada Witkoff untuk pembukaan semula Selat Hormuz.

Menurut laporan agensi berita IRIB, Araghchi berkata, tuntutan Tehran termasuk 'penarikan balik sekatan perairan oleh AS dengan segera, pembayaran balik semua aset Iran yang telah dibekukan dengan segera, dan penamatan perang terhadap semua barisan penentang.'

Sementara itu dalam perkembangan berasingan di Tehran pula, penerbangan dari Iran ke ibu negara Iraq dan Oman dijadual dibatalkan bermula tengah malam, lapor media tempatan, semalam, beberapa jam sebelum sekatan AS yang diperluaskan mulai berkuat kuasa.

Agensi Berita Tasnim memetik jurucakap penerbangan awam berkata, lapangan terbang Baghdad dan Muscat tidak akan lagi menerima penerbangan Iran.

"Penerbangan antarabangsa lain, termasuk Istanbul, akan beroperasi mengikut jadual dan seperti biasa. Setakat ini, tiada masalah dengan penerbangan terbabit," menurut laporan Tasnim.

Tasnim juga melaporkan pihak berkuasa penerbangan Iran sedang berunding supaya penerbangan ke Baghdad diubah laluan ke Najaf yang merupakan destinasi utama bagi jemaah Iran.

Agensi ISNA pula melaporkan rundingan dengan Oman juga sedang berjalan.

Di Iraq, kerajaan setakat ini belum mengumumkan pelan untuk menguatkuasakan larangan itu, namun beberapa sumber termasuk pegawai kanan kerajaan memberitahu AFP bahawa Baghdad akan mematuhinya.

Baru-baru ini, AS menyenaraihitamkan sektor penerbangan Iran dan mengancam sekatan terhadap mana-mana organisasi asing yang berurusan dengan syarikat penerbangan Iran

Tiada ulasan: