Rabu, 23 September 2026

TEATER DAP DI SAMBUNG LAGI - JADI TEATER MAT BURUT


INI TEATER

MAT BURUT

AMIN

LOKE BUKAN 

LETAK JAWATAN

KAH KAH KAH

DIA MENAWAR

DIRI UNTUK LETAK

JAWATAN

AMIN

MAT BURUT

AKAN TOLAK

KAH  KAH KAH

KAH KAH KAH

KHALAS


Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan, serah surat sekembali dari China
HANGZHOU – Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata beliau kekal dengan pendiriannya untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu sekembalinya ke tanah air dari China.

“Keputusan sudah dibuat, akan serahkan (surat peletakan jawatan) kepada Perdana Menteri sekembalinya ke tanah air,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita setibanya di Hangzhou hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya sama ada akan meneruskan hasrat mengundurkan diri daripada Kabinet.

Loke ketika ini mengiringi Perdana Menteri yang mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou atas jemputan kerajaan China.

Loke sebelum ini mengumumkan akan meletakkan jawatan Menteri Pengangkutan susulan isu pengampunan bersyarat terhadap   Najib  Razak.

Beliau berkata menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam Kerajaan Perpaduan.

Loke mengumumkan hasrat meletak jawatan Kabinet selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 19 Sept lepas.

Perdana Menteri semasa bercakap kepada media Malaysia dalam perjalanan dari Shanghai ke Hangzhou menaiki kereta api berkelajuan tinggi berharap Loke mempertimbangkan keputusan beliau itu dan tiada pihak menekan DAP supaya keluar Kerajaan Perpaduan.

Tiada ulasan: