MARI BERSAMA
KITA HUMBANKAN
ANWAR BIN
IBRAHIM
AMIN
KUALA LUMPUR: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 semalam kini mengalihkan tumpuan kepada bentuk kerjasama politik yang bakal dimeterai parti bertanding menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Kata putus masih belum dimuktamadkan mana-mana parti atau gabungan, namun kebarangkalian besar kini adalah kerjasama atau persefahaman yang akan dibentuk antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Dua gabungan itu yang berjaya mencipta kemenangan bergaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos lalu, dijangka sekali lagi bertembung dengan Pakatan Harapan (PH), yang mungkin kali ini akan membina kesepakatan dengan BERSATU.
Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Azmi Hassan, menjangkakan pertembungan antara BN dan PH pasti berlaku, iaitu yang ketiga selepas PRN Johor dan Negeri Sembilan Ke-16.
Beliau berpandangan, kerjasama antara PH dan BERSATU terpaksa dimuktamadkan kerana PH memerlukan undi Melayu yang dilihat semakin merosot kepada mereka pada PRN terdahulu.
"Walaupun BERSATU mungkin tidak memperoleh undi maksimum, namun PH memerlukan BERSATU bagi tujuan itu.
"BERSATU pula memerlukan satu organisasi politik yang lebih besar selepas dipinggirkan daripada PN.
"Parti itu tidak boleh lagi bergerak solo seperti di Negeri Sembilan dan PH adalah calon terbaik untuk bergerak bersama," katanya ketika dihubungi, hari ini.
DUN Melaka dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRN Melaka Ke-16.
Sebelum ini, wujud desas-desus bahawa PH dan BERSATU akan bekerjasama pada PRN itu, namun Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kerjasama itu masih belum dimuktamadkan dan bergantung kepada hasil perbincangan di peringkat negeri.
Pada masa sama, BN dijangka bekerjasama atau membentuk persefahaman dengan PN, susulan beberapa kenyataan pemimpin gabungan itu sebelum ini, yang memberi isyarat bahawa persefahaman politik BN dan PN hampir pasti berlaku pada PRN Melaka.
Azmi berkata, selepas BN bertegas untuk kekal bertanding di 21 daripada 28 kerusi yang dimenanginya pada PRN lalu, PN dijangka akur bertanding di baki tujuh kerusi.
"Walaupun mereka mahu lebih daripada itu, saya fikir PN akan bertanding di tujuh kerusi. UMNO akan tetap bertegas untuk mempertahankan apa yang mereka miliki," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan (Komunikasi Liberal) Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr A Aziz Azizam, berpandangan berbanding PH dan BERSATU, kerjasama antara BN dan PN mempunyai asas yang lebih jelas, berdasarkan pengalaman pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.
"Saya melihat kerjasama antara BN dan PN ini berlaku dalam tiga fasa, iaitu secara eksperimen di Johor dan lebih formal serta berstruktur di Negeri Sembilan.
"Pada PRN Melaka nanti, kita akan melihat sama ada kerjasama ini mampu terus bertahan dan menghasilkan keputusan yang baik.
"Ini ujian sebenar bagi kerjasama dua gabungan ini dan memberi gambaran untuk kerjasama lain pada masa akan datang," katanya.
Mengenai kerjasama PH dan BERSATU, A Aziz, melihat BERSATU akan mencari jalan yang memberi sedikit kelebihan kepada mereka, selepas prestasi buruk pada PRN Negeri Sembilan.
"BERSATU tidak lagi dilihat sebagai parti yang penting buat masa ini, jadi mereka akan mencari apa saja cara dan kedudukan serta kerjasama dengan PH itu bukan sesuatu yang pelik.
"Mereka mungkin tidak bertanding di banyak kerusi, namun akan menumpukan kepada kerusi yang berkepentingan bagi mereka.
"Bagaimanapun di Melaka, disebabkan kebanyakan orang kuat mereka sudah berpindah ke Parti Wawasan Negara (WAWASAN), kita akan melihat bagaimana percaturan yang akan dilakukan nanti," katanya.
Pada PRN Melaka ke-15 yang diadakan pada 20 November 2021, BN membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 21 daripada keseluruhan 28 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan