PAGI INI
PAGI INI
SABTU 26 SEPTEMBER 2026
PBB MASIH BERSIDANG
DUNIA HEBOH TENTANG BAHAYA AI
JENG JENG JENG
Tapi Mat Teram tak peduli.
AUSTRALIA di beri tahu 4 bulan dulu AI dari syarikat OPEN AI telah menceroboh masuk ke DATA KERAJAAN AUSTRALIA TANPA ARAHAN – jeng jeng jeng.
TERAM DAN SI JIN PING
Mereka bertemu tapi tak tahu apa yang di bincang YANG JELAS Amerika dan China tak ada persetujuan tentang AI.
PROJEK JALA
Rais Yatim telah di jala KAH KAH KAH – kesalahan BERDOA untuk YAM TUAN BESAR NEGERI SEMBILAN – kah kah kah
RAKYAT MALAYSIA BERJAGA -JAGA !!!
Berdoa boleh di dakwa di bawah AKTA HASUTAN – kah kah kah.
SARAVANAN
Awal lagi gua dah cakap MAMAT ini akan di JALA – kah kah kah – Kesalahan JENAYAH kerana nak bawa MIC masuk PERIKATAN NASIONAL.
PROJEK JALA
Dilihat makin ganas lawan RASUAH – tapi BILA NAK DAKWA AZAM BIN BAKI – kes KOPORAT MAFIA – jeng jeng jeng.
BILA NAK DAKWA KES Farhash bin Salvador – Mangkuk ni nak REMBAT TANAH DI SABAH – mengikut maklumat dari Albert Tei.
PRN MELAKA – saspens – semua menanti nak tahu SAPA JADI PASANAGN UMNO ? Amin
HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk – kemarin hujan lebat – langit cerah tidak biru – matahari dah keluar – cahaya belum bersinar.
Mak Tetek Lanjut tunggu gua – pagi ini tak ramai muncul – Tiong Laki Bini datang makan. Siti Solo muncul.
Berjalan ke Wakaf Tiga Geng Putih datang – Gua beri nasi - Tak Tak datang jadi saksi.
HA HA paling menarik pagi ini satu kumpulan Gagak datang turun makan di tempat gua letak nasi. Geng gagak ini ramai – mereka berani tak takut dengan WARGA HOKKIEN.
Berjalan pulang gua dengar suara Murai – indah siulnya. Di udara bunyi pesawat. Siti Solo ikut sampai ke Pintu Masuk – dapat layanan spesial.
Jap lagi gua nak ke Chow Kit – gua nak beli beras hancur – ini untuk Tiong dan Gagak – di Chow Kit beras hancur di panggil Beras Burung – entah berapa sekilo ?
Wahai HUJAN sila datang lagi – cerahkan pada langit. Basahi bumi. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM PAGI INI
SAMBUT PAGI SABTU
Sore-sore bermain kereta
Sambil main di tepi jambatan
Apa rupa DAP berteater
Loke tawar letak jawatan
Ke pasar membeli gunting
Jangan lupa membeli pita
Betulkah Mak Janda dah bunting
Dengar khabar dah cerai pula
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMT BERCUTI





Tiada ulasan:
Catat Ulasan