Sabtu, 26 September 2026

PAK TUA - KITA JUGA AKAN SAMPAI

 


WARGA JADI

TUA BILA

KESEHATAN

DIJAGA BAIK

AMIN

KITA JUGA

MENUJU KE SANA

KHALAS


Singapura kini masyarakat tua, 21 peratus berusia 65 tahun ke atas


SINGAPURA: Singapura secara rasmi kini dikategorikan sebagai masyarakat sangat tua (super-aged society), dengan 21.4 peratus penduduknya berusia 65 tahun dan ke atas.

Pada 2026, peratusan penduduk dalam kumpulan usia berkenaan meningkat kepada 21.4 peratus, berbanding 20.7 peratus pada 2025 dan 13.7 peratus sedekad lalu.

Angka itu bermakna Singapura sudah melepasi paras yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi kategori masyarakat sangat tua, iaitu apabila 21 peratus atau lebih penduduk berusia 65 tahun dan ke atas.

Bilangan rakyat Singapura berusia 80 tahun dan ke atas turut meningkat kepada 152,000 pada 2026, berbanding 145,000 pada 2025.

Guru wanita skandal dengan pelajar diasingkan sementara siasatan
Memetik Berita Harian Singapura, jumlah itu meningkat 60 peratus berbanding sedekad lalu, ketika terdapat 95,000 warga dalam kumpulan usia berkenaan.

Angka itu diterbitkan Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD) pada 25 September menerusi laporan tahunannya, Ringkasan Penduduk (Population In Brief), yang memberikan kemas kini mengenai trend utama penduduk Singapura sepanjang setahun lalu.

Menurut laporan itu, dianggarkan lebih daripada satu daripada empat warga Singapura akan berusia 65 tahun dan ke atas menjelang 2035.

Pada masa sama, bilangan dan peratusan penduduk dalam kumpulan usia bekerja, yang lazimnya ditakrifkan antara 20 hingga 64 tahun dan berupaya menyediakan sokongan ekonomi kepada tanggungan lebih berusia, terus menurun sepanjang sedekad lalu.

Pada 2026, sebanyak 59.3 peratus rakyat Singapura berada dalam kumpulan usia itu, berbanding 64.3 peratus pada 2016.- Agensi

Tiada ulasan: