Sabtu, 26 September 2026

NAJIB BUAT TEATER


INI NAMANYA

TEATER NAJIB

AMIN

BUKAN TAKDA

DUIT SENGAJA

NAK CARI SIMPATI

KAH KAH KAH

AMIN

DULU BAYAR

BERAPA ?

AMIN

BAYAR APA?

SEDEKAH JARIAH

MINTA AMPOON

KAH KAH KAH

KHALAS

Ayahanda tetap tak mampu bayar 


RM50j jika aset tak dibeku,


kata anak Najib


Najib Razak dikatakan tetap tidak akan dapat segera menjelaskan denda RM50 juta – yang menjadi syarat untuk dia menghabiskan hukuman penjara di rumah – jika aset yang ada tidak dibekukan.

Anak sulung bekas perdana menteri itu, Nizar Najib, berkata jumlah yang dikenakan dalam syarat berkenaan adalah terlalu besar dan memerlukan masa untuk dikumpul.

"Sama ada ayahanda dapat tanggung (bayar) ataupun tidak, bergantung kepada jumlah kutipan. Perlu dilunaskan jumlah yang ditetapkan sebelum dia boleh dapat perintah tahanan rumah, dan itu yang sedang diusahakan.

“Kalau aset tidak dibekukan mungkin boleh membantu sedikit sebanyak untuk dapatkan jumlah tersebut, tapi hakikatnya banyak lagi yang perlu diusahakan sebelum kami dapat jumlah ini,” katanya.

Nizar yang Adun Peramu Jaya di Pahang berkata demikian ketika sidang media khas Umno Pekan di Pekan, Pahang, malam tadi.

Sidang media itu diadakan sebelum mesyuarat biro politik Umno bahagian berkenaan yang dipengerusikan ketuanya, Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Najib, 73, kini menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan jenayah melibatkan dana syarikat SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta.

Dia yang juga anak bekas perdana menteri kedua Malaysia dihukum penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta. Bagaimanapun sebelum ini dia mendapat keringanan apabila tempoh pemenjaraan dipendekkan kepada hanya enam tahun, manakala denda dikurangkan menjadi cuma RM50 juta.


Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang bersidang baru-baru ini pula memberikan kebenaran agar Najib menjalani tahanan rumah bagi baki tempoh penjara itu – dengan syarat dia menjelaskan denda RM50 juta.

Umno kemudian menggerakkan kempen mengumpul dana bagi membolehkan Najib pulang dan melalui tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Setakat ini tidak dapat dipastikan berapa jumlah yang sudah dikumpul oleh Umno.

Ditanya mengenai kenyataan pelbagai pihak mempersoalkan tindakan Umno melancarkan tabung berkenaan, Nizar memberitahu, memang bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.

"Memang ada yang tak suka, tapi apa pun kita perlu bersyukur apa jua keadaan, rupanya ramai juga rakyat Malaysia yang masih sayangi ayahanda, yang tergerak hati untuk membantu,” tambahnya.

Nizar bagaimanapun menegaskan tabung berkenaan bukanlah dibuat atas permintaan keluarga mereka sebaliknya hasil inisiatif Umno.


“Dan yang menyumbang bukan tertumpu pada satu kelompok, malah yang menyumbang terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan segmen masyarakat.

“Ini membuktikan adalah sedikit sebanyak jasa ayahanda saya dulu kepada mereka. Mungkin ramai yang tak setuju, ramai yang kata macam-macam tentang dia... macam-macam nama, tapi bagi saya jasa itu tetap ada,” katanya.

Sementara itu Mohammad Fakhruddin memberitahu, Umno Pekan turut mengumpul lebih RM26,000 untuk disalurkan ke tabung membantu Najib menjelaskan denda RM50 juta yang ditetapkan.

"Jumlahnya ini dikumpul dalam masa kurang seminggu dan saya yakin ia akan bertambah dari semasa ke semasa.

"Kita ada lebih 28,000 ahli Umno di Pekan dan kami juga percaya ramai penduduk di daerah ini yang ingin menghulurkan sumbangan ikhlas mereka kepada tabung ini bagi mengenang jasa Datuk Seri Najib sepanjang menjadi ahli parlimen di Pekan," katanya.

Semalam, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, berkata Najib tidak pernah meminta sumbangan daripada orang awam untuk membayar denda malah berasa serba salah melakukannya.

Shafee turut memaklumkan, akaun bank Najib telah dibekukan, termasuk yang digunakan untuk menerima gaji sebagai perdana menteri dan ahli parlimen sebelum ini.



a-fontsize
facebook
whatsapp
x

Tiada ulasan: