HARGA MINYAK
NAIK LAGI
AMIN
LOJI MINYAK
ARAMCO
MELEDAK
AMIN
Houthi dakwa lancar peluru berpandu balistik, dron serang Aramco di Riyadh
STANBUL: Kumpulan Houthi semalam mendakwa ia menyasarkan syarikat minyak Arab Saudi, Aramco, di Riyadh dengan menggunakan peluru berpandu balistik dan dron sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas ibu negara Yaman, Sanaa, lapor Anadolu Ajansi.
Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree, dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen berkata, operasi itu 'berjaya mencapai objektifnya' sehingga menyebabkan kebakaran di lokasi disasarkan.
Saree berkata, Sanaa dan beberapa wilayah lain menjadi sasaran 60 serangan udara dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan serangan sebanyak 1,420.
Beliau turut mendakwa bahawa serangan itu dilakukan oleh Arab Saudi.
Jurucakap itu memberi amaran bahawa kumpulan berkenaan akan membalas 'sekatan dengan sekatan serta setiap peningkatan ketegangan dengan tindakan yang setimpal'.
Sementara itu, jurucakap pakatan diketuai Arab Saudi yang menyokong Kerajaan Yaman, Turki al-Maliki, dalam satu kenyataan disiarkan media Arab Saudi termasuk Asharq Al-Awsat, menyifatkan dakwaan Houthi bahawa Riyadh menjadi sasaran kelmarin sebagai 'mengelirukan'.
Beliau mendakwa bahawa Houthi cuba 'mengalihkan perhatian daripada skala kerugian dialaminya dan kemarahan orang ramai yang semakin meningkat terhadap tindakan kumpulan itu serta hubungan mereka dengan agenda asing yang membawa kekacauan dan kemusnahan kepada Yaman'


Tiada ulasan:
Catat Ulasan