PAGI INI
PAGI INI
RABU 18 NOVEMBER 2026
PROJEK SALAH BENDERA
ISRAEL MAHU AMERIKA SERANG IRAN
JENG JENG JENG
Maka buat projek SALAH BENDERA
Semua sistem Internet Amerika terbarai .
Kapal terbang tak boleh terbang.
Bank tak boleh keluar duit.
Semua sistem gagal.
INI KERJA SAPA?
DALAM MASA TERDEKAT IRAN AKAN DI TUDUH MELAKUKAN SERANGAN SIBER.
KAPAL PERANG AMERIKA MAKIN MENDEKATI TELOK
PRU16
Kerajaan makin tak stabil – BUKTI – Madafaka terpaksa umum kerajaan stabil – INI MAKNANYA TAK STABIL – maka paling baik PRU16 di adakan sekarang !
TEATER TONI LOKE
Dah letak jawatan – jadi sapa ganti ?
MAT MASLAN
Hebat Mamat ini bijak berpantun. Malaon dari DAP dari PKR marah mahu Mat Maslan letak jawatan.
APA MAKNANYA ?
Maknanya PANTUN itu berjaya menusuk nadi musuh – bila musuh marah ertinya satu kejayaan – kalau musuh tak ambil pot ERTINYA PANTUN ITU PALAT. Amin
HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk – kemarin hujan lama.. Matahari dah keluar sinar indah- Langit biru berawan putih – tanda akan panas. KL & KL Sentral berkabus nipis. Brickfeilds juga berkabus nipis.
Wow – ramai datang makan pagi ini – Gua gumbira – awalnya tak ramai bila nasi di tabur ramai muncul.
Suara Gagak juah kedengaran – sayu menangis. Bunyi mesin potong rumput agak kuat. Tiong cari rezeki.
Pulang di Wakaf Pertama – ramai menunggu – Puppy Itam kurus pun ada sama.
Bila gua tabur friskies – Gagak turun makan sama. Gagak datang berlabuh berkumpulan. Gua tabur jagung dan nasi . Tiong tak kelihatan.
Pagi ini Minah masih disekolahkan untuk belajar berak dan kencing – Dia melihat dunia yang besar dari flet gua.
Hari ini akan panas. Tak Tak sedang menjalar berjemur di balkoni. Jika petang hujan malam sejuk santai. Amin
BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI RABU
DENGAN SENYUMAN
BRO
Jangan jadi kedekut – tangkai jering – untuk masa depan jangan juga boros.
BRO
Bila lu memberi bersedekah – jangan harap apa apa.
BRO
Jika kerja baik lu di balas pasir – lu senyum – ini biasa berlaku. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA





Tiada ulasan:
Catat Ulasan