PAGI INI
PAGI INI
SABTU 4 APRIL 2026
RAYA HARI KE 15
PERANG HARI KE 36
UCAPAN PRESIDEN TRUMP
Tiga hari dulu Trump berucap kepada warga Amerika. Trump akan bom Iran hingga masuk ke zaman batu. Amin.
Trump umum Iran dah kalah : Askar laut IRAN dah musnah – Askar Darat Iran dah hancur – Askar Udara Iran dah lingkup. Ramai tepuk tangan bila dengar ucapan Presiden Trump.
KEMARIN Iran jawab : Iran tembak jatuh 2 biji PESAWAT F15 – jet pejuang terhebat tercanggih milik Amerika – KAH KAH KAH.
WOIT Trump lu jangan klim cepat sangat – lu klim lu dah menang tapi Iran masih melawan – PELURU BERPANDU dan DRONE Iran masih meledakkan Israel. Masih meledakkan nagara Arab BARUA AMERIKA – amin.
TAHUN 2026 MELAWAT MALAYSIA
Di laporkan bahawa RAMAI PELANCUNG dari seluruh dunia nak datang ke Malaysia – Pelancong nak melawat negara kita – nak enjoi de menjoi.
Tempat utama yang nak di lawati oleh pelancong luar negara ialah Putrajaya,
Dari laporkan dalam Majalah WORLD TRAVELS satu tulisan yang memaparkan BANGUNAN YANG MENJADI TARIKAN DUNIA IALAH BAGUNAN SPRM di Putrajaya.
BUKAN kerana reka bentuk yang amat menarik.
Pelancong LUAR NEGARA NAK LIHAT BANGUNAN YANG PALING UNIK DALAM DUNIA – HANYA INILAH SATU SATUNYA BAGUNAN PEJABAT ANTI- RASUAH YANG TURUT SAMA MENGAMALKAN RASUAH.
Ini amat menarik. Di Hong Kong, di India, di Bangladesh , di Korea Selatan , di Jepun ada Bangunan ACA – Anti Corruption Agency. TAPI TIDAK MENARIK.
Yang di PUTRAJAYA menarik kerana pegawai yang menjalankan kerja melawan dan membasmi rasuah TERLIBAT SAMA MENGAMBIL RASUAH – ini unik – ini amat menarik.
PELANCUNG INGIN BERGAMBAR DEPAN BANGUNAN SPRM INI.
JUSTERU BANGUNAN SPRM DI PUTARJAYA AKAN MENJADI IKON UNTUK PELANCUNG SEDUNIA. Amin.
HOKKIEN
Pagi ini gua bawa Tak Tak masuk Hokkien – dekat pintu masuk ada keluarga sedang membakar colok. Mercun meledak DISANA SINI. Pasti ramai keluarga sembahyang ujung minggu.
Tak Tak takut - enggan bergerak – gua tarik dia berkeras – Lalu kami keluar dan berjalan dalam kawasan flet. Tak Tak tak berak hanya kencing sana sini.
Tapi gua ada ambil sekeping duit DARI BANK NERAKA. Gua ambil dari atas kubur – inilah duit yang nak di hantar kepada arwah yang dah mati.
Di Syurga tak perlu duit – semua ada tersedia dengan baik.
Di NERAKA perlu duit untuk bayar duit rasuah agar suhu api neraka dipadamkan atau untuk beli makanan. AMIN
Hari ini akan panas. Jap lagi gua nak ke Chow Kit – nak tengok apakah HARGA BAHAN MAKANAN dah naik kerana Selat Hormuz di tutup.
BRO
SENYUM
SENYUM
SAMBUT PAGI SABTU
BRO
Duit lu boleh cari. Masa tak dapat di ulang.
BRO
Gunakan masa dengan baik – sebelum duit lu habis.
BRO
Masa dan waktu yang lu gunakan dengan baik adalah kekayaan sejati. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan