Rabu, 11 Ogos 2010

HUMBANKAN GEROMBOLAN




BETAPA INDAHNYA DUNIA INI TANPA KERETA




5000 KM JALAN KAMPONG DILEBAR - melayau

Kerajaan negeri merancang melebarkan jalan kampung sepanjang 5,000 kilometer (km) bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk di kawasan luar bandar.

Ghani Othman berkata, projek berkenaan akan dijalankan mengikut fasa namun banyak faktor perlu diambil kira kerana ia turut membabitkan tanah rizab kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan menerusi Infra Desa Johor Sdn. Bhd., telah berjaya membina 5,000km jalan baru pada pertengahan tahun 90-an namun kelebaran jalan itu hanya terhad kira-kira empat meter.

KAH KAH KAH

Woit… INI PROJEK… NAK BAGI CAWANGAN MAKAN…kah kah kah..

Woit….HABIS KEINDAHAN KAMPONG…. Kah kah kah..

Nota:
inilah akibat menyemabh pada kereta
habis tanah dui tarah
habis dudun di punah
habis ank sungai tenggelam
habis belukar di tepi jalan
habis pohion rending
habis buluh di musnah

habis kubur dikambus
hanis lopang di kering

nota:
keindahan kampong ialah kehijauan
keindahan kampong ialah jalan jalan yang bersinmpang siur
keindanhan kampong ilah belukar dan ophin yang menjalar di tepi jalan
jalan di kampong bukan lebuh raya

pulang beraya nanti nikamtilah berjalan
bukan bekereta kah kah kah


nota:
untuk menyelamatkan negara ini
dari kehancuran kita tidak ada
jalan lain - melainkan menghumbankan
gerombolan ke dalam tong smapah sejarah!

untuk itu sila daftar mengundi kah kah kah

KENYATAAN AMK PULAU PINANG




HENTIKAN SEGERA FITNAH PERKAUAMAN TERHADAP KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG


10 OGOS 2010

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) pada hari ini menegaskan tidak akan bertolak ansur kepada mereka yang memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai ‘perkauman’ dalam menyelesaikan masalah rakyat. Cukuplah dengan siri-siri fitnah bermula dari Kampung Buah Pala, Tanah Wakaf Bagan Ajam, Isu Jelutong dan Pokok Asam yang menjadi ‘modal’ politik murahan UMNO untuk menagih sokongan rakyat, sekarang ditambah lagi dengan menghasut peniaga-peniaga Melayu Komtar untuk membenci Kerajaan Negeri, dalam isu lot niaga di ruang legar Komtar.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) merujuk kepada tuduhan liar yang dilemparkan oleh Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO Pulau Pinang, Aziaan Ariffin yang mengatakan "Ia memperlihatkan sikap pilih kasih pemimpin DAP dan menunjukkan sikap perkauman yang amat tebal.”

Tuduhan jahat ini jelas menggambarkan, siapa sebenarnya pemimpin UMNO yang jelas suka bermain dalam ruang lingkup perkauman mereka yang sempit dan suka ambil sikap hentam keromo sebelum tahu apa yang sebenarnya berlaku. Siapa dia Aziaan? Adakah dia benar-benar menyelami permasalahan yang berlaku? Konon menjadi ‘hero segera’ Melayu, tetapi selama lebih 50 tahun, apa yang UMNO berjaya tinggalkan untuk orang Melayu Pulau Pinang?

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga merasa amat kesal dengan tindakan Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abdul Jiman yang mengapi-apikan hubungan baik yang sudah terjalin lama antara komuniti peniaga Komtar dengan pihak Kerajaan Negeri. Tindakan beliau yang menuduh Kerajaan Negeri meroboh premis gerai dan menghalau Melayu dari Komtar adalah amat tidak tepat dan hanya emosional semata-mata.

Bilakah masanya ada notis yang mengatakan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menghalau peniaga-peniaga Melayu dari Komtar? Yang jelas ada hanyalah notis untuk urusan menaiktaraf ruang niaga tersebut, agar lebih teratur dan tidak menghalang lalulintas pelanggan Komtar. Bahkan, 27 peniaga sedia ada boleh terus berniaga seperti biasa, dan ditambah lagi dengan 17 lot di tingkat yang sama dan 10 lot di tingkat 4.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) di sini juga menyatakan sokongan kepada kenyataan Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar untuk PDC melakukan kutipan terus bayaran sewa tapak dari peniaga, dan bukannya menerusi Komtar Merchant Association (KMA). Ini adalah untuk memastikan ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan, setelah kontroversi yang ditimbulkan oleh Naib Pengerusi KMA itu sendiri, Mohamed Ghani.

Justeru, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) dengan ini sekali lagi menegaskan, tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melontarkan fitnah jahat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk orang Melayu, Cina dan India di negeri ini.

Demi memastikan isu-isu rakyat yang membabitkan tiga kaum ini ditangani dan diselesaikan dengan baik, AMKPP menawarkan diri sebagai orang tengah atau ‘mediator’ untuk mencari jalan keluar sebarang pemasalahan pada masa akan datang. Atas kesedaran ini, AMKPP akan menubuhkan satu sekretariat khas yang dinamakan sebagai “Sekretariat Warga Diskusi Isu Rakyat” (SWADAYA)


SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha,
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang
(AMKPP)


MARI KETAWA SEBELUM BERBUKA




HANTU AL TANTUYA




WAKTU BAGINI MEREKA MENGANCAM !




MENGERUNKAN




ANCAMAN



Selasa, 10 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA




BERPUASA LAH KAMU SEBELUM KAMU DI PUASAKAN !




nota:
sidang pengarang dan tim tukar tiub
mengucapkan selamat berpuasa kepada
sesiapa sahaja yang nak berpuasa

kepada umat islam ini adalah
rukun agama - selamat menjalan
rukun agama - jangan ingatkan bidadari

sila tanya diri kalau jantan dapat bidadari
kalau perempuan dapat apa?

kepada yang tak nak berpuasa
pergi main tepi jalan
orang nak kuruskan badan
jangan buat sibuk


JENG JENG JENG




GEROMBOPAN SEDANG BEREBUT HARTA PERANG





HUBUNGAN DENGAN NAJIB BAIK – MUHYIDDIN - mStar

Muhyiddin Yassin pada Selasa menolak dakwaan hubungannya dengan Najib Tun Razak renggang.

Menurutnya, perkara tersebut adalah tidak benar kerana hubungan beliau dan Najib berjalan baik seperti sediakala.

"Tak ada pihak yang harus meragui hubungan saya dengan Najibi. Saya tahu batas saya sebagai orang nombor dua dan boss saya adalah Perdana Menteri," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAAH KAH KAH


Woit.. INGAT MACAM MANA BACA MEDIA DI MALAYSIA… kah kah kah..

Kah kah kah… KALAU LAPORAN BELUM KAHWIN ERTINYA SUDAH BUNTING… kah kah kah..

Kah kah kah… KALAU LAPORAN KATA SUDAH SELESAI.. ERTINYA BELUM SELESAI MASIH BERGADUH.. kah kah kah..

Kah kah kah… KALAU KATA MACAM BIASA ERTINYA SEDANG BERTIKAM DAN CANTAS MENCANTAS..kah kah kah..

Woit… KALAU KATA ADA HUBUNGAN BAIK ERTINNYA DUA PUAK SUDAH MULA ASAH PARANG …kah kah kah..

Kah kah kah… INI HANYA DECOY UNTUK LALAIKAN MUSUH… kah kah.kah

nota :
tak caya?
sila tanya kepala sprm
dia yang baca buku the art of war
yang ditulis oleh sun tzu
kah kah kah


nota:
petua ornag tua tua
petua tok batin orang asal
kalau nak saheh lagi sila tengok
leher muhyiddin - sembab lagi atau tidak
kemudian tengok leher rosmah
kalau dua dua tak ada leher
ertinya perang akan bermula kah kah kah