BUAT KEMPEN
KEMBIRI ANJING
AMIN
CUBA DI KL DULU
JIKA BERJAYA
BAWA & LUASKAN
KE WILAYAH
LAIN
KHALAS
Lebih 80,000 anjing liar ditangkap tahun lalu
KUALA LUMPUR: Sebanyak 80,412 anjing liar berjaya ditangkap menerusi 24,195 operasi yang dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara sepanjang tahun lalu, susulan puluhan ribu aduan kacau ganggu yang diterima daripada orang awam.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata tindakan penguatkuasaan berskala besar itu dilaksanakan selepas kementeriannya merekodkan sebanyak 45,804 aduan berkaitan haiwan terbiar tersebut dalam tempoh yang sama.
Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan haiwan yang ditangkap itu, sebanyak 22,228 ekor telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), dituntut semula oleh pemilik masing-masing atau diambil sebagai haiwan peliharaan menerusi program anjing angkat.
Beliau berkata, operasi tangkapan anjing liar secara berkala berdasarkan aduan awam serta kawasan panas dikenal pasti dengan PBT digalakkan membuat operasi bersepadu, terutama di kawasan berisiko.
"Pemeriksaan pemilikan dan pelesenan anjing juga dilaksanakan secara aktif di kawasan perumahan bagi memastikan pemilik mematuhi Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing yang berkuat kuasa di PBT masing-masing.
"Penguatkuasaan dan kompaun terhadap pemilik gagal mematuhi syarat pemilikan dan pelesenan anjing, termasuk membiarkannya berkeliaran di luar premis tanpa kawalan hingga menyebabkan kacau ganggu atau risiko kepada keselamatan awam," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di portal Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mengenai langkah segera dan strategi jangka panjang menangani peningkatan populasi anjing liar serta tindakan tegas terhadap pemilik haiwan mengakibatkan kecederaan serius kepada orang awam.
Kor Ming berkata, tindakan penguatkuasaan boleh diambil PBT berdasarkan Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing yang berkuat kuasa di kawasan masing-masing, antara lain mewajibkan anjing berada di bawah kawalan dan tidak dibenarkan berkeliaran di luar premis pemilik.
Beliau berkata, undang-undang kecil PBT memperuntukkan pemilik melakukan kesalahan dan boleh dikenakan kompaun, jika anjingnya mengejar, menyerang atau menggigit orang, sama ada kecederaan berlaku atau tidak.
"Pemilik juga bertanggungjawab membayar ganti rugi kecederaan dilakukan anjing terbabit, manakala bagi anjing terlibat kes gigitan, PBT boleh menangkap dan membinasakannya.
"PBT boleh menangkap anjing didapati berkeliaran tanpa kawalan atau tidak berlesen dan pemilik boleh dikompaun dan caj berkaitan serta dikehendaki mendapatkan lesen bagi anjing belum dilesenkan, tertakluk kepada peruntukan undang-undang kecil dan prosedur PBT masing-masing, jika dituntut semula.
"Bagi kes membabitkan kecuaian mengawal haiwan hingga mendatangkan bahaya atau kecederaan kepada orang awam, kes terbabit boleh disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan," katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan