TERAM KENA
TIKAM DARI
BELAKANG
KAH KAH KAH
JD VANCE NAK
TANDING 2028
CALON PRESIDEN
AMIN
NAK TUNJUK
TAK SOKONG
PERANG TERAM
KAH KAH KAH
KHALAS
Iran terima surat tawaran rundingan damai daripada Naib Presiden AS
TEHRAN: Iran dilaporkan menerima surat daripada Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance, namun belum memberikan sebarang maklum balas setakat Khamis.
Tehran mengesahkan sudah menerima surat berkenaan dan sedang menelitinya, ketika usaha menghidupkan semula rundingan damai antara kedua-dua negara sedang dilakukan.
Agensi berita Tasnim melaporkan Iran sudah menerima surat berkenaan tetapi belum memberikan sebarang maklum balas,
Agensi berita Fars turut menyiarkan laporan sama dengan memetik 'sumber yang mengetahui perkara itu'.
Rabu lalu, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Vance menghantar surat berkenaan kepada Ketua Keselamatan Iran, Mohsen Rezaei.
Akhbar itu melaporkan surat berkenaan serta komunikasi susulan antara pegawai AS dan Iran tertumpu kepada kemungkinan rangka kerja rundingan, bukan syarat khusus bagi mencapai perjanjian damai.
Perang yang bermula pada 28 Februari menerusi serangan AS-Israel ke atas Iran yang mengorbankan bekas Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei serta beberapa komander kanan tentera.
Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas Israel dan aset AS di rantau itu, selain menyekat laluan perkapalan melalui Selat Hormuz, laluan perairan yang lazimnya membawa kira-kira 20 peratus daripada penggunaan minyak global.
AS turut mengenakan sekatan terhadap pelabuhan Iran.
Laporan mengenai surat berkenaan timbul ketika usaha diplomatik untuk menamatkan perang masih belum menghasilkan sebarang persetujuan kekal.
Rabu lalu, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, berkata Tehran sedang membincangkan satu pelan bersama negara perantara, khususnya Qatar dan Pakistan bagi menamatkan perang serta membuka semula laluan perairan berkenaan.
Tehran menegaskan Washington perlu memenuhi tujuh syarat yang ditetapkannya bagi membolehkan Selat Hormuz dibuka semula.
Antara syarat berkenaan termasuk gencatan senjata di seluruh Asia Barat, pembekuan aset Iran di luar negara ditarik balik, sekatan terhadap sektor minyak Iran dimansuhkan serta penamatan sekatan laut oleh AS.
Tasnim melaporkan 'sebarang pendirian yang melemahkan kerangka tegas yang ditetapkan Iran ini tidak boleh diterima'. - AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan