Khamis, 30 Ogos 2012

APA BEZANYA NEGARA KAPIR HARBI DENGAN NEGARA ISLAM MALAYSIA?



INI BUKAN KES BUNTING RAIS YATIM






SUHAKAM KHUATOR HUKUMAN RINGAN PEROGOL KANAK-KANAK - minsider

Oleh Mohd Farhan Darwis August 30, 2012
KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini menyuarakan kebimbangan dengan hukuman merogol gadis bawah umur yang terlalu ringan kerana ia bakal mendedahkan kanak-kanak kepada sebarang bentuk eksploitasi dan penderaan seksual.

Badan NGO itu juga turut menyuarakan kebimbangan dengan hukuman ringan yang dikenakan mahkamah terhadap dua pesalah rogol gadis bawah umur baru-baru ini.

“Kerajaan hendaklah melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk eksploitasi seksual dan penderaan seksual dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan pemulihan dan integrasi ke dalam masyarakat yang akan memperkukuhkan kesihatan, kehormatan diri dan maruah kanak-kanak sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 39 Konvensyen Hak Kanak-Kanak,” kata Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam.

Jelas Hasmy dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya bimbang hukuman yang dikenakan ke atas pesalah itu tidak akan menjadi langkah pencegahan kes rogol bawah umur berikutan ia adalah hukuman yang ringan.

“Adalah juga menjadi kebimbangan bahawa hukuman ringan yang dijatuhkan ini mungkin menghantar mesej yang tidak betul kepada bakal pesalah.

“Dan seterusnya ianya tidak akan menjadi satu langkah pencegahan yang berkesan untuk kes rogol bawah umur,” katanya lagi.




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... SUHAKAM INI BETUL POTONG STIM.... kah kah kah..

kah kah kah...INI BUAT RAHIM BUDAK KECIK TAK SENANG TIDOOO.... kah kah kah..

kah kah kah... KES ROGOL KANAK KANAK INI BUKAN BARU.... kah kah kah..

kah kah kah.... KALAU DI NEGARA KAPIR YANG RAKYATNYA MINUM ARAK KALAU ROGOL KANAK-KANAK PASTI KENA JIL..... kah kah kah...

kah kah kah...DI NEGARA KAPIR HARBI... KALAU ROGOL KANAK KANAK PASTI KENA 10 TAHUN PENJARA.... kah kah kah..

kah kah kah...DI NEGARA ISLAM MALYSIA SIAPA ROGOL KANAK KANAK AKAN DAPAT JADI TAN SERI... kah kah kah..

kah kah kah...ADA YANG JADI KETUA MENTERI....kah kah kah

woit... INI LAH BEZANYA NEGARA KAPIR HARBI DENGAN NEGARA ISLAM MALAYSIA... kah kah kah



JALUR TEMBERANG SAHEH SUDAH JADI JALUR YANG PALING MALANG



KAJIAN TUKAR TIUB

kelmarin dari jam
1:00 tengah hari hingga
jam 3:00 tukar tiub duduk di old town brickfeild
buat bancian berapa kereta ada pakai jalur tembernag

hanya sebuah




petang dari jam 7:00 hingga 10:00 malam
di wilayah yang sama
di jalan paling sibuk dengan rumah merah
jawabnya tak ada sebuah kereta pun

apa makna nya?

maknanya rakyat melihat
bahawa jalur temberang ini
ada milik hara united malays natipnal organisation
maka orang ramai tak ambil pot

apa maknanya ini?

masanya telah tiba untuk
negara ini memmiliki satu bendera baru
bukan jalur temberang yang dimiliki
oleh united malays national organisation
yang di ciplak dari bendera amerika

KIBARKAN SANG SAKA MERAH PUTEH








RM 1 JUTA HADIAH CABUTAN BERTUAH MERDEKA ESOK
- meloya

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Sejumlah RM1 juta hadiah cabutan bertuah ditawarkan kepada pengunjung yang hadir ke Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.


Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kamarudin Siaraf (gambar) berkata, hadiah tersebut disediakan bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan ulang tahun kemerdekaan tahun ini, selain menarik lebih ramai pengunjung.

"Sebanyak satu juta kad cabutan bertuah telah disediakan dan diedarkan kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Para pengunjung yang belum mendapatkan kad tersebut boleh memperolehnya di pintu-pintu masuk stadium pada hari berkenaan," katanya pada sidang akhbar Cabutan Bertuah 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati di Kompleks Sultan Abdul Samad, di sini hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KESIAN BIN SEDIH.... kah kah kah...

kah kah kah... BUKAN SAJA PEGAWAI KERAJAAAN DI PAKSA DATANG...kah kah kah..

kah kah kah...SEKARANG ADA PULAK LOTERI... kah kah kah..

kah kah jkah...HADIAH BUKAN KECIK ANAK.... kah kah kah..

kah kah kah... NAK BUAT MACAM MANA .... GEROMBOLAN NAK KENA HUMBAN... kah kah kah..

kah kah kah...JALUR GEMILANG.... SUDAH JADI JALUR TEMBERANG.... kah kah kah





NOTA:
ini sebab jalur temberang
tidak dipedulikan oleh
orang ramai
kah kagh kah


MALAM INI JAM 11:00 KITA BERJUMPA DI DATARN MERDEKA










KEENGGANAN SUARAM DIPERSOAL - meloya

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Tindakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang enggan mendedahkan butiran terperinci siapa pemberi dan jumlah dana diterima selama ini seolah-olah pertubuhan itu mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum.

Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Suaram perlu menyatakan secara telus dan jelas tentang sumber dana yang diterima bagi membuktikan perjuangan pertubuhan itu mengikut sistem perundangan negara.

Tegas beliau, banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini sukar untuk mendapat bantuan kewangan dari luar, tetapi Suaram amat mudah mendapatkan dana sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.

“Adakah dana diberikan agar pertubuhan itu memihak kepada pembangkang kerana Suaram dilihat begitu aktif dalam isu pembelian kapal selam Scorpene sehingga mampu menghantar wakil ke Perancis.




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... TAK KAN BARU SEKARANG SEDAR.... kah kah kah...

kah kah kah.... GEROMBOLAN DAH NAK LINGKUP BARU NAK SEDAR.... kah kah kah..

kah kah kah... MAT MONGOL TAK LAMA LAGI AKAN DI PANGGIL KE PARIS.... BARU SEDAR?... kah kah kah..

woit...KAKI KAKI BODEK KENAPA BANGANG SANGAT?.... kah jkah kah...

woit.... MANA SUARAM DAPAT DANA?.... jkah kah kah...

kah kah kah... PERGI MAMPOOOSLAAAA.... ITU SUARAM PUNYA PASAL.... kah kah kah..

kah kah kah.... DARI CIA KE.. DARI MIA KE... DARI DIA KE?...kah kah kah...

kah kah akh... YANG PENTING MEMBAWA MAT MONGOL KE PARIS... kah kah kah...

kah kah kah...YANG PENTING TIBAI GEDROMBOLAN..... kah kah kah



AHAD 2 SEPTEMBER DI RAUB




NOTA:
kaki bodek
patut juga buat ngo
ngo jaga belut
kemudian minta dana dari amerika

nak tahu cara buat
sila tanya senatak mat ezam
dulu dia ada ngo nama gerak
kah kah kah



DATARAN MERDEKA JAM 11 MALAM INI




NOTA:
sila ambil perhatian
berjumpa di dataran merdeka
jam 11:00 malam
bukan
jam 10:00 malam

sila ambil perhatian!







KENYATAAN MEDIA
GABUNGAN JANJI
29 OGOS 2012


Gabungan Janji telah membaca kenyataan Menteri Kebudayaan dan
Komunikasi Dato Sri Utama Rais Yatim tentang jemputan beliau ke Ambang
Merdeka di Dataran Merdeka. Pada hemat kami kenyataan Rais mewakili
Kabinet dan Kerajaan, Gabungan Janji mengalu-alukan kenyataan tersebut

Gabungan Janji bagi pihak rakyat menjemput Rais untuk bersama-sama
rakyat ke Dataran Merdeka dengan memakai baju kuning

Walau bagaimanapun, Gabungan Janji gagal memahami kenapa Ketua Polis
Negara dan OCPD Dang Wangi menganggap Gabungan Janji telah melanggar
Akta Perhimpunan Aman. Kita yakin warga Malaysia berhak untuk
berhimpun di ambang merdeka untuk merayakan merdeka tanpa memerlukan
permit

Justeru Gabungan Janji menjemput semua warga Malaysia untuk bersama
sama ke ambang merdeka di Dataran Merdeka. Kami menyeru semua yang
datang agar memakai baju kuning untuk mengingatkan kerajaan tentang
janji janji yang masih belum ditunaikan

Perincian program adalah seperti berikut:
Tarikh: 30 Ogos 2012
Masa: 11 p.m. [Tertakluk kepada perubahan]
Tempat: Dataran Merdeka.

Kami tidak akan mengganggu ambang merdeka dan perayaan hari merdeka
tetapi bersama-sama rakyat Malaysia merayakan kemerdekaan

Gabungan Janji menekankan kepada sesiapa yang bersama kami di ambang merdeka :

• Memakai kuning – Baju kurung, baju melayu, tudung
• Tidak dibenarkan membawa sepanduk plekad atau slogan
• Tidak dibenarkan melaungkan slogan atau ceramah politik
• Sila bawa makanan untuk menjadikan acara lebih santai

Gabungan Janji menekankan kehadiran kami di Dataran Merdeka adalah
untuk menunjukkan komitmen kami terhadap demokrasi dan perayaan
kemerdekaan

Untuk maklumat rasmi, sila layari Facebook@Janji Demokrasi [Official Event]

SANG SAKA TANAH MELAYU


Gabungan JANJI

Dipersetujui [Endorsed by]:
1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
2. Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
3. Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army
Veteran (KERABAT)
4. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
5. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
6. EMPOWER
7. Memacu Arus Perjuangan (MAP)
8. Malaysian Civil Liberty Movement (MCLM)
9. Jingga 13
10. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
11. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)
12. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
13. Pro-Mahasiswa Nasional
Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
14. Asalkan Bukan Umno (ABU)
15. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)
16. KILL THE BILL
17. WARGA AMAN
18. SEED
19. Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA)
20. Angkatan Rakyat Muda (ARM)
21. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
22. HIMPUNAN HIJAU
STOP LYNAS COALITION (SLC)
23. Radio Bangsar Utama (RABU)
24. UBU - Universiti Bangsar Utama
25. Unit Ehsan Malaysia
26. Alumnus Sekolah Politik (ASP)
27. Agent of Change (AoC)
28. Akademi Pak Sako (APS)
29. Selamatkan Teluk Rubiah
30. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
31. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
32. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)
33. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
34. Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur / Selangor (KLSCAH)
35. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)
36. Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR)
37. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)
38. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)
39. Kumpulan AL-FATEH Rompin
40. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan
Gas Ke Kelantan (ROYALTI)
41. Suara Makkal
42. Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS)
43. Malaysian Youth Care Association (PERHATIN)
44. Peoples' Welfare and Rights Coalition (POWER)
45. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
46. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
47. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU)






JANGAN JADI PEROGOL AMAH - TAK BAIK UNTUK NEGARA




NOTA:

sila ambil perhatian
kita berjumpa di datarn merdeka
pada jam 11:00 malam
bukan
pada jam 10:00 malam

sila ambil perhatian





RAIS ALU-ALUKAN KUMPULAN KUNING KE DATARAN MERDEKA
- mkini

Rais Yatim mengalu-alukan tindakan penyokong acara "Janji Demokrasi" yang merancang memenuhi Dataran Merdeka pada malam kemerdekaan dengan berbaju kuning.

Katanya, semua rakyat boleh hadir ke tempat itu pada malam ambang merdeka tetapi mereka diingatkan tidak "buat jahat".

"Kuning ke, merah ke, pada hari itu kita tak kisah, semua rakyat boleh hadir, siapa sampai dulu dia dapat," katanya dalam wawancara dengan Utusan Malaysia ketika ditanya berhubung program anjuran 47 NGO itu.

"Kita tidak tetapkan tempat ini untuk orang BN, yang itu atau yang ini. Kalau orang PKR hendak datang sekalipun, kecil tapak tangan nyiru kita tadahkan tapi jangan buat jahat.

"Jangan buat tiupan trompet, jangan guna bahasa kesat, datang ke situ sebagai warga yang cintakan perpaduan, apa parti pun."

Beliau bagaimanapun menegaskan, warna kuning bukan milik parti pembangkang kerana sesiapa pun boleh memakainya pada bila-bila masa.



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KALAU TAK BENAR PUN ORANG TURUN.... kah kah kah..

kah kah kah...LEBIH BAIK BENARKAN... kah kah kah...

kh kah kah...BOLEH KLIM INI PENYOKONG GEROMBOLAN TERPKAI SALAH BAJU...kah kah kah..

kah kah kah...KALAU RIBU RIBU DATANG... ESOK KIRA JADI RATIS RATUS... kah kah kah..

NOTA:
ingat dataran merdeka itu
bapak dia punya
ingat datarn merdeka itu
kepala hatuk dia punya


Rabu, 29 Ogos 2012

31 OGOS IALAH HARI MALAPETAKA









BERAKHIRNYA JALUR TEMBERANG
Semenjak saya memiliki talian internet, setiap tahun saya menjadikan bulan Ogos sebagai bulan melawan lupa dan melawan penipuan. Telah lebih dari satu dekad saya menjalankan kempen ini. Saya menjadikan kempen ini tugas suci dan rukun hidup.

Melawan lupa bukan satu kerja yang enteng. Melawan penipuan yang dirancang memerlukan tekad. Ini bukan tugas mengasah batang keladi untuk dijadikan tombak. Ianya juga bukan sesenang menjual pelampong di Kapal Titanic. Tetapi satelah lebih dari satu dekad hasilnya telah mula kelihatan.

Kempen awal saya ialah mendedahkan penipuan yang paling besar: iaitu 31 Ogos sebagai tarikh Hari Kebangsaan Malaysia. Sebelum munculnya internet memang ramai warga sedar bahawa 31 Ogos ini satu tarikh penipuan. Warga di Sabah dan Sarawak amat sedar tentang penipuan ini. Di Semenanjung ‘Pil Taikam’ yang bernama 31 Ogos telah ditelan bulat-bulat oleh jenerasi muda.

Pada satu ketika dahulu hegemoni dan kekuatan United Malays National Organisation cukup angkuh. Warga Sabah dan Serawak dipaksa menelan Pil Taikam dengan air liur basi. Warga Sabah dan Sarawak dibuli dan dinjak-injak. Sejarah negara bangsa Sabahan dan Sarawakian diketepikan.

Pembohongan 31 Ogos ini dibantu pula oleh kesah dongeng tentang Sabah dan Sarawak ‘telah masuk Malaysia’. Hingga ke hari ini kesah dongeng ini masih lagi dijaja ke hulu ke hilir. Penipuan fakta ini adalah kerja United Malays National Organsiation. Mengatakan Sabah dan Sarawak ‘masuk Malaysia’ samalah saperti menjual bangkai anjing yang dikatakan daging kambing.


Sabah dan Sarawak TIDAK pernah masuk Malaysia. Sabah dan Sarawak bersama Tanah Melayu menubuhkan gagasan Malaysia. Tanpa Sabah dan Sarawak TIDAK ada Malaysia. Malaysia bukan diwujudkan pada 31 Ogos 1957. Malaysia diwujudkan pada 16 September 1963.

Dengan marak dan berkembangnya nasionalisma Kadazan, Murut, Iban dan Dayak penipuan 31 Ogos telah mula dibongkar. Warga Sabah dan Sarawak tidak mahu lagi menelan Pil Taikam dan membeli dbangkai anjing yang dikatakan daging kambing. Sabahan dan Sarawakian telah mula memiliki keyakinan diri untuk menentukan masa depan nasib mereka sendiri.

Nasionalisma dan hak menentukan nasib sebagai warga yang bebas merdeka telah dibantut dan ditekan oleh hegemoni Ketuanan Melayu. Kini semangat Sabah untuk Sabahan dan Sarawak untuk Sarawakian telah mula berkembang. Justeru, tarikh 31 Ogos tidak lagi dirayakan di Sabah dan Serawak. Gila apa warga Sabah dan Serawak merayakan 31 Ogos?

Selama lebih dari 50 tahun United Malays National Organisation telah membebel menipu tentang perjuangan menuntut Merdeka. Di katakan bahawa Merdeka telah diberikan oleh penjajah British melalui perundingan. Ini adalah satu pembohongan. Ini satu penipuan. Di zaman tanpa internet dahulu ada kemungkinan bangkai anjing ini boleh dijual sebagai daging kambing. Tetapi hari ini mustahil bangkai anjing ini dapat terjual.

Jenerasi muda telah mula mengenal dan melihat imej Ahmad Boestaman, Pak Sako, Rashid Maydin, Chin Peng, Ibrahim Yacob, Mukhtaruddin Lasso, Shamsiah Fakeh, Abdulah Sidi, Burhanuddin Helmi dan Uztaz Abu Bakar Bakir. Kini kesedaran yang ampoh telah sampai untuk menobatkan penjuang-pejuang ini ke dalam tinta sejarah perjuangan melawan British.


Nama-nama pertubuhan nasionalis yang bangun berjuang melawan British kini sedang menjadi buah mulut anak-anak muda. Kesatuan Melayu Muda, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, Parti Komunis Malaya, Partai Kebangsaan Melayu Malaya – kini mula menjadi ingatan bersama. Selama lebih dari 50 tahun gerombolan United Malays National Organsiation telah cuba melupuskan nama-nama ini dari papan sejarah. Kerja jahat ini telah meleset gagal.

Hari ini bukan sahaja nama pejuangan ini diingati kembali malah anak-anak muda telah mengarap lagu, sajak dan seloka berasaskan perjuangan mereka. Sajak dan shaer telah digurindamkan untuk mengingati perjuaangan suci mereka. Wajah mereka bukan hanya dipapan lukis malah kini sedang menjadi ikon untuk baju T anak-anak muda.

Bulan Ogos tahun lalu saya merasakan satu kejayaan besar kerana timbulnya polemik tentang Mat Indera. Sosok pejuang dari Parti Komunis Malaya ini tidak dapat tidak adalah ikon baru dalam pensejarahan Tanah Melayu. Selama puluhan tahun warga telah didodoikan dengan kesah dongeng Bukit Kepong. Tetapi tahun lalu ledakan Mat Indera telah menobatkan imej pejuang ini sebagai ikon anak muda – setaraf dengan Che dan John Lennon.

Semenjak Ogos tahun lalu anak semua bangsa telah mengetahui bahawa rumah pasong Bukit Kepong ialah rumah pasong British. Serangan yang dipimpin oleh Mat Indera ialah serangan untuk mengahalau penjajah British. Tok Sarjan kepala rumah pasong malam itu bernama Ray Dancey. Bendera yang tercacak di atas rumah pasong bukan Sang Saka Tanah Melayu tetapi Union Jack. Tarikh serangan ialah malam 23 Februari 1953. Pada tarikh itu Tanah Melayu ialah tanah jajajan British.

Memang betul ramai mata-mata Melayu yang tewas di tangan nasionalis Mat Indera. Tetapi menjadi Melayu sahaja tidak menjamin apa-apa. Menjadi Melayu bukan bermakna menjadi malaikat. Melayu ini mungkin kerana desakan ekonomi telah menjadi mata-mata dan soldadu upahan British. Ini fakta sejarah yang tidak mungkin dapat disorokan lagi.


Dari dongeng Bukit Kepong yang telah terbarai, mari kita berjoget dan berdendang dengan lagu Memula Moon. Lebih dari sepuluh tahun dahulu setiap bulan Ogos saya telah menimbulkan kes ciplakan Memula Moon. Pada mulanya agak susah juga untuk anak semua bangsa menerima hakikat bahawa lagu kebangsaan Negara-ku ini rupa-rupanya lagu ciplakan. Ciplakkan ini adalah ciplakan kelas kedua. Lagu ini diciplakan bukan dari yang ori tetapi ciplakan atas ciplakan. Lagu Negara-ku ini diambil dari lagu Indonesia – Terang Bulan - yang diciplak dari Memula Moon.

Tentang ciplakan lagu Negara-ku ini gerombolan dan kuncu-kuncu United Malays National Organsiation tidak berani berkata apa-apa. Mereka senyap seperti mayat dalam keranda. Dalam kes Mat Indera mereka bangun menyerang. Kuncu-kuncu Ngo United Malays National Organisation telah menyinsing lengan baju untuk bergaduh. Malah ada yang mengutuk Mat Indera dengan meniru perangai Shahrizat Jalil mengangkat kain untuk menakutkan orang ramai dengan hutan buluhnya.

Tidak dapat tida rakyat Malaysia telah sedar bahawa lagu Negara-ku ini adalah hasil ciplakan. Dalam masa yang tidak lama Memula Moon a.k.a Negara-ku ini akan dilupuskan. Perjalanan sejarah kearah ini tidak dapat dibendung. Yang diciplak telah diketahui ramai. Warga Malaysia yang memiliki hormat diri tidak akan menerima penghinaan lagu kebangsaan mereka sebenarnya adalah hasil ciplakan.

Budaya ciplak ini bukan hanya untuk lagu. Kini anak semua bangsa telah menyedari bahawa bendera Jalur Temberang...opps.... Jalur Gemilang itu rupa-rupanya juga diciplak dari motif bendera Amerika Syarikat.


Jalur Gemilang kini sudah mula dikenali sebagai Jalur Temberang. Bendera ini amat jelas dilihat tidak memiliki apa-apa motif budaya tempatan jauh sekali budaya Melayu Nusantara. Motif Nusantara ialah warna merah puteh saperti bendera Parti Pas, bendera Singapura, bendera Indonesia – malah bendera resmi parti United Malays National Organisation sendiri membawa merah puteh warna motif Nusantara.

Selama 55 tahun di Semenanjung dan 49 tahun di Sabah dan Sarawak - anak semua bangsa telah ditipu dengan Jalur Temberang. Berathun-tahun bendera ini telah dipelok erat oleh United Malays National Organisation. Hasilnya, bendera ini telah dilihat sebagai simbol kazaliman . Bendera ini telah diasosiasikan dengan segala bentuk kerenah dan kemungkaran yang di bawa oleh United Malays Natioanal Organisation. Justeru kebencian anak semua bangsa terhadap Jalur Temberang ini bukan satu yang dapat disorokan lagi.

Sebagai bukti – tulisan ini digarap hanya 4 hari sebelum perayaan 31 Ogos. Tidak kelihatan kereta persendirian, taxi, van atau lori yang mengkibarkan Jalur Temberang ini. Rakyat – anak semua bangsa – telah melihat bahawa bendera ini adalah hak milik United Malays National Organisatgion. Justeru anak semua bangsa tidak ambil pot untuk mengkibarkan bendera ini.

Hanya dibanguan kerajaan sahaja Jalur Tembernag ini berkibar. Ini kerana ada arahan memaksa ketua pejabat memasang bendera ini. Di kawasan perumahan , tepi jalan, di tiang leterik – semua ini adalah projek. Mat Indon dan Mat Bangla telah diupah untuk memasang bendera sebagai projek ‘ masyuuuk’ untuk Ketua Bahagian.

Tidak dapat tidak sentimen anti Jalur Temberang telah meluas. Pada bulan Ogos tahun lalu seoarang ahli parlimen telah mencadangkan agar bendera ini diganti. Saranan ini adalah tepat. Saperti lagu Terang Bulan, Jalur Temberang ini juga akan dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah bersama tuan-tuannya.


Selama 55 tahun pembohongan dan penipuan ditabur. Kini pada tahun 2012 – semua telah terbarai. Kesedaran telah datang melonjak. Saya boleh menarik nafas panjang dan tersenyum kerana kempen bulan Ogos melawan lupa dan melawan penipuan telah mula menampakkan hasil.

Pada tahun 2012 ini bangkai anjing tidak mungkin dapat dijual sebagai daging kambing. Tidak ada siapa yang bersedia menelan Pil Taikam. Opps...hampir telupa...Pil Taikam ialah tahi kambing yang telah disira dengan gula dan dijual sebagai makjun oleh para bomoh.(TT)




NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45