Rabu, 13 Julai 2022

PEGUAM & PERJUANGAN

 




Lawyers for Liberty masih bawa perjuangan sama, kata pengarah 

KURANGNYA pemahaman pihak berkuasa Malaysia mengenai peranan Lawyers for Liberty (LFL) dan intimidasi daripada badan kehakiman di seberang tambak meletakkan pengarah LFL baharu Zaid Malek dalam situasi yang sangat mencabar.

Tambahan pula, Zaid memberitahu The Malaysian Insight, isu-isu yang telah diperjuangkan oleh LFL sejak penubuhannya pada 2011, berkaitan dengan pelanggaran hak asasi manusia, masih berlaku hari ini.

“Pengarah baru, isu lama yang sama,” kata Zaid.

“Saya dapati pihak berkuasa kurang memahami isu-isu utama menjadikan tugas kami lebih sukar.


“Sebagai contoh, apabila menangani isu tiada kerakyatan, mereka enggan memberikan bentuk tertentu malah telah membuat justifikasi undang-undang yang sememangnya salah.

“Selain itu, saya percaya sebahagian daripada orang ramai turut membuat komen pedas terhadap kerja yang saya lakukan, walaupun saya dan aktivis lain hanya cuba untuk menegakkan undang-undang dan Perlembagaan.

“Kami bukan pengkhianat; kami berfungsi sebagai pemeriksaan penting terhadap penggunaan kuasa oleh pihak berkuasa dan berfungsi sebagai suara kepada kumpulan yang terdedah.”

Zaid telah dilantik sebagai pengarah LFL yang baharu bulan lepas. Meminati kerja advokasi, Zaid yang berkelulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menyertai firma Daim & Gamany pada 2018.

Di sini juga beliau berkenalan dengan pengarah LFL yang lepas, Lateefa Koya, N Surendran dan Eric Paulson.

Beliau berkata LFL sentiasa lantang bersuara dalam isu salah guna kuasa polis, pelanggaran hak asasi manusia, penggunaan undang-undang untuk menyekat hak individu serta tiada kerakyatan.

Isu-isu ini masih wujud dan LFL akan terus lantang mengenainya, kata Zaid.

Pencapaian utama LFL adalah untuk mendedahkan kes kematian dalam tahanan kepada orang ramai, yang tidak didedahkan sebelum ini, katanya.

“Sebelum LFL, tidak banyak pendedahan mengenai isu ini. Melalui kerja pendahulu saya, kami telah berjaya menjadikan kes kematian dalam tahanan sebagai isu awam.

“Orang ramai akan tahu mengenainya dan ia menjangkau kepada kerja-kerja lain yang kami lakukan. Kami memastikan bahawa kes tidak disembunyikan dan ia akan diketengahkan oleh media untuk menunjukkan bahawa kerajaan tidak boleh melakukan ini dalam diam.

Beliau pernah mewakili keluarga Dharmendran Narayanasamy yang meninggal dunia di balai polis Dang Wangi, S. Balamurugan yang meninggal dunia ketika ditahan di balai polis Bandar Baru Klang dan juga remaja yang maut ditembak polis di Glenmarie.

Sekatan oleh Singapura

Walaupun pihak berkuasa di dalam negeri kurang bersemangat tentang kerja LFL, di Singapura, tindakan pihak kehakiman yang menyekat peguam membantu rayuan untuk banduan Malaysia yang dihukum mati telah menyukarkan kerja LFL.

“Singapura bertindak tegas terhadap mereka (peguam yang mewakili banduan hukuman mati) dan badan kehakiman mengeluarkan denda. Mereka (banduan dan keluarga) perlu membuat representasi diri sekarang. Seperti apa yang berlaku kepada ibu Nagaentran.

Nageanthran K Dharmalingam dihukum mati pada 27 April selepas mahkamah menolak cabaran undang-undang yang difailkan oleh ibunya dalam percubaan terakhir untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.

Pada Mei, mahkamah Singapura menjatuhkan denda berjumlah S$20,000 ke atas peguam hak asasi manusia M Ravi dan Violet Netto kerana peranan mereka dalam mewakili Nagaentran.

“Tindakan denda dan tatatertib melanggar peranan peguam. Kami adalah pegawai mahkamah dan kami memberi orang ramai akses kepada keadilan.”

LFL mempunyai sejarah panjang membantu banduan Malaysia yang dihukum mati di Singapura. Ia memberikan mereka nasihat undang-undang yang diperlukan, memastikan banduan dibicarakan secara adil dan perbicaraan pengampunan mereka didengar dengan betul.

Biasanya ini dilakukan dengan bantuan peguam Singapura, kata Zaid, tetapi tidak lagi boleh dilakukan kerana peguam takut dengan kesan daripada badan kehakiman.

Zaid, yang baru-baru ini dikenakan amaran kerana menghina mahkamah oleh pihak berkuasa Singapura, berkata ini adalah taktik intimidasi oleh republik itu.

“Saya fikir ia adalah satu tindakan untuk menakut-nakutkan oleh kerajaan Singapura dan menunjukkan sejauh mana mereka sanggup pergi ke penjara untuk mendapatkan perwakilan undang-undang.”

Pihak berkuasa Singapura memberikan amaran bersyarat 24 bulan kepada Zaid dan LFL sebagai ganti pendakwaan atas kesalahan menghina mahkamah di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pentadbiran Keadilan (Perlindungan) 2016 (AOJPA) pada 6 Julai, 2022.

“Saya tidak fikir saya akan kembali (ke Singapura) dan ia adalah kerana amaran itu. Amaran itu merupakan satu cara untuk menghalang saya masuk dan ia berkesan.

“Amaran itu mengatakan bahawa saya mesti menghentikan diri saya daripada melanggar undang-undang atau mereka boleh mendakwa saya untuk sebarang kesalahan yang mereka anggap sesuai.

“Mereka tahu bahawa sebagai pengarah untuk LFL, mereka tahu kami tidak akan berhenti memberi bantuan guaman kepada banduan hukuman mati di Singapura.”

Zaid juga menegaskan bahawa adalah pelik apabila Badan Peguam Malaysia dan kerajaan tidak mengulas mengenai amaran yang diterimanya, lebih-lebih lagi memandangkan komen yang dianggap menghinanya dibuat di Malaysia kepada penerbitan tempatan.

“Badan Peguam Malaysia dan kerajaan harus campur tangan. Apa yang dilakukan oleh rakyat Malaysia di kawasan kita, mereka (Singapura) tidak boleh bertindak.

“Persoalannya adakah mereka menceroboh kedaulatan Malaysia. Saya rakyat Malaysia yang menggunakan hak saya untuk kebebasan bersuara di Malaysia,” katanya. – 13 Julai, 2022.

 

PEGUAM YANG

BERJUANG

AMIN

PEGUAM YANG

BUKAN CARI

KAYA

AMIN

PEGUAM BUAT

KERJA AMAL

AMIN

PEGUAM GUNAKAN

ILMU BANTU

YANG MISKIN

YANG TERTINDAS

AMIN

SALUT & TABEK

UNTUK

PEGUAM JENIS INI

AMIN

KHALAS

BAKAL MAT PET ?


Masih ramai ragu-ragu ambil dos penggalak

MASIH ramai yang ragu-ragu untuk mengambil suntikan dos penggalak Covid-19 walaupun kes semakin meningkat sejak minggu lalu.

Rata-rata yang ditemu bual The Malaysian Insight mengambil pendekatan tunggu dan lihat jika situasi bertambah buruk dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Seorang penjaja yang hanya mahu dikenali sebagai Rafiq berkata beliau hanya akan mengambil suntikan dos penggalak jika kerajaan mewajibkannya.

“Walaupun saya tak fikir akan sampai ke tahap itu, tapi kalau kerajaan wajibkan saya kena ambil jugalah.

“Orang yang ambil dos penggalak pun kena jangkit juga, gejalanya sama saja dengan yang tak ambil, jadi apa bezanya?” kata lelaki berusia 32 tahun yang berniaga di Damansara itu.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai tujuh juta rakyat Malaysia masih belum mengambil dos penggalak Covid-19 setakat ini, dan menasihati mereka segera berbuat demikian.

Walaupun suntikan itu tidak diwajibkan, namun ia amat penting memandangkan kes positif Covid-19 kembali menunjukkan peningkatan selain turut membantu berdepan varian baharu wabak itu terutamanya Omicron BA.5 yang lebih mudah menjangkiti, katanya dipetik Bernama.

Berkenaan varian baharu itu, Rafiq berkata beliau tidak begitu kisah mengenainya.

“Nanti abila muncul lagi varian baharu bermakna kita perlu kerap ambil dos penggalak,” ujarnya.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin minggu lalu berkata kementeriannya mengesan lima kes subvarian BA.5 menerusi penjujukan genom setakat 30 Jun.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 13 kes sublineage Omicron yang dipantau rapi iaitu enam kes BA.2.12.1; lima kes BA.5; serta dua kes BA.5.2.

Sementara itu, seorang pemandu, Lee Zheng, 41, berkata beliau tidak nampak sebarang keperluan untuk menganbil suntikan dos penggalak.

“Sekali dah ambil kerajaan akan umum ambil lagi dos penggalak, dan seterusnya.

“Saya sudah cukup trauma selepas ambil dos kedua sebab ia menyakitkan dan saya tekad tak mahu lalui lagi situasi sama,” kata Zheng yang berasal dari Ipoh.

Tambahnya, tiada seorang pun ahli keluarganya mengambil suntikan dos penggalak.

“Kami rasa cukuplah dengan dua dos sahaja buat masa ini.”

Sementara itu seorang pembantu pemasaran yang hanya mahu dikenali sebagai Ramesh berkata kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada orang ramai yang belum menerima vaksin Covid-19.

“Berita kata lebih tujuh juta orang belum ambil dos penggalak tetapi bagaimana dengan yang belum divaksin langsung?

“Itu yang sepatutnya kerajaan tumpu sebab mereka yang paling terdedah kepada virus Covid-19,” katanya kepada The Malaysian Insight. – 13 Julai, 2022.     

WARGA TAKUT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

TAKUT JADI

MAT PET

KAH KAH KAH

JADI GIAN

PADA VAKSIN

AMIN

YANG KAYA

KILANG UBAT

AMIN

YANG KAYA

TOKAN VAKSIN

AMIN

YANG RAHAI

BAHU KIRI

BAHU KANAN

KAH KAH KAH

AMIN

NAJIB GAGAL LAGI



NAJIB ANAK BERANAK

GAGAL LAGI...

OPPS... RAJAPAKSA

ANAK BERANAK 

GAGAL LARI

AMIN

KHALAS

SAMPAH MASIH BANYAK


SAMPAH

MASIH BANYAK

AMIN



Unknown commented on
 "SAMPAH AKAN
 DIHANTAR KE JAKARTA ?"

Bukan dia seorang, ramai lagi sampah masyarakat bikini kacau huru hara negara, ada sampah tua nyanyuk, ada sampah baru busuk jugak, semua jadi negara busuk, rasuah kiri kanan lah kah kah kah, sejumlah sampah sarap membikin negara korup jadi yang woit kah kah

BERANCUK PERLU LESEN KETAWA WAJIB PERMIT



BERANCUK 

PERLU LESEN

KAH KAH KAH

KETAWA

WAJIB PERMIT

KAH KAH KAH

AMIN



Unknown commented on 

"KETAWA PERLU PERMIT"

masalahnya tak ada ada orang ketawa... ini bukan buat untung ini buat rugi.. sebab bangang seorang rosak satu kelab lucah eh lucu... kah kah kah



Unknown commented on 

"KETAWA PERLU PERMIT"

Xdk apa pun yg berubah sham oi.. ketawa xperlu permit pun. Yg perlu permit bila ko nk melawak benda bangang dekat khalayak. Hdup ni mudah saja. Ko nak enjoy ko punya pasal tapi orang lain ko kena pikiaq jugak

MENUNGGU JUMAAT 26 OGOS 2022

 



TUNGGU HUKUM
RABU 13 /7/2022 
SATU KELUARGA MALAYSIA
SEDANG MENUNGGU
26 OGOS 2022
HARI NAJIB JATUH HUKUM

HEBOH
TENTANG HARGA BARANG
TAK AKAN SELESAI
INI WATAK & CIRI
SISTEM EKONOMI KAPITLISMA

10 KE 12 TAHUN SEKALI
AKAN BERLAKU INFLASI
AKAN BERLAKU RECESSION
EKONOMI AKAN MELESET
KILANG TUTUP
KERJA HILANG
BANK NAIKKAN. BUNGA

INI BERLAKU 1988
INI BERLAKU 1998
INI BERKALU 2008

INI SEDNAG BERLAKU 2022
AMIN

NAJIB ROSMAH & ANAK ANAK
 NAK LARI
OOPSSS SILAP....
RAJAPAKSA ANAK BERANAK
ADIK BERADIK NAK LARI
KAH KAH KAH

PEGAWAI KASTAM
PEGAWAI IMIGRISEN
CEKAP GAGALKAN PROJEK LARI
KAH KAH KAH

RAJAPAKSA SENGAJA
TAK NAK TULIS SURAT
LETAK JAWATAN SEKARANG
KERANA KALAU  DAH LETAK JAWATAN 
POLIS BOLEH TANGKAP

RANCANGAN RAJAPAKSA
NAK LETAK JAWATAN
DAN TULIS SURAT
LETAK JAWATAN
BILA DAH SAMPAI KE DUBAI
KAH KAH  KAH

HINGGA KE SAAT INI
RAJAPAKSA ANAK BERANAK
MASIH MENYOROK
DALAM NEGARA

HARI INI PARLIMEN
AKAN BERSIDANG
APAKAH AKAN DILUCUTKAN JAWATAN  

JIKA LUCUT JAWATAN
MAKA NAJIB ROSMAH
NAKA BERANAK 
OPS.... SILAP
RAJAPAKSA ANAK BERANAK
AKAN DI TANGKAP DAN DI DAKWA
AMIN

UKRAINE
KAH KAH KAH
GERMAN TERPAKSA
BATAL SEKATAN EKONOMI
KAH KAH KAH
RUSIA TUTUP PAIP GAS

GERMAN SETUJU
HANTAR TURBINE GAS
YANG DI REPAIR DI CANADA
MASUK KE RUSIA
KALAU TIDAK GERMAN
MATI SEJUK
KAH KAH KAH
PADAN MUKA

DI UKRAINE
ZALENSKY KENCING BERDIRI
MARAH PADA GERMAN
KERANA HANTAR TURBINE
KE RUSIA
KAH KAH KAH

HOKKIEN
BASAH DAN MALAP
UJAN KELMARIN
MATA HARI TAK KELUAR

HA HA
SIMPONI CENGKERIK
MENYAMBUT GUA DI PINTU MASUK
KEMUDIAN DUA EKOR MURAI
BERKICAU BERLAWAN LAWAN
ADUH !
PAGI SURAM MENJADI
 PAGI YANG INDAH

GUA RASA 
HARI INI AKAN PANAS
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM
MENTAMBUT PAGI

BRO
JATUH BUKAN KEGAGALAN
KEGAGALAN IALAH
LU DIAM TAK BUAT APA APA
DI TEMPAT LU JATUH

BRO
PIKIRAN KUAT
MEMBINCGAKAN IDEA
PIKIRAN  BIASA
MEMBINCANGAKAN PERISTIWA
PIKIRAN LEMAH
MEMBINCANGKAN ORANG

BRO
JANGAN LUPA
APA YANG TIDAK TUNTAS
DIBINCANGKAN
AKAN TIDAK TUNTAS
BILA DILAKUKAN

BRO
JIKA NAK JADI
PENUNGGANG KUDA YANG BAIK
SILA TUNGGANG KUDA LIAR
JIKA  LU BOLEH JINAKKAN DIA
LU BOLEH JINAKKAN SEMUA

BRO
BERDIRI SEBAGAI BATU KARANG
DI PUKUL OMBANG
TAPI TETAP TEGAK
MALAH MENTENTERAMKAN
OMBAK ITU

BRO
KEBAHAGIAN HIDUP LU
BERGANTUNG
PADA PIKIRAN LU

BRO
BUKTI KAMU MEMAHAMI
SESUATU
ADALAH KAMU BERUPAYA
MENGAJAR PEKARA ITU

BRO
MENDIDIK PIKIRAN
TANPA MENDIDIK HATI
BUKAN PENDIDIKAN
SAMA SEKALI

BRO
HARAPAN IALAH
MIMPI KETIKA
KITA JAGA

BRO
BERKAWAN DENGAN SEMUA ORANG
SAMA SEPERTI
TIDAK BERKAWAN DENGAN
SESIAPA PUN
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKAUKAN SEKARANG

SELAMAT MENUNGGU
JUMAAT 26 OGOS 2022