BEKAS
PEMIMPIN DAP KATA
PH AKAN BUNGKUS
KAH KAH KAH
BETUL KE ?
ATAU NAK BUAT
LAWAK BERDIRI
KAH KAH KAH
LU TAK CAYA
LU GI TANYA
PUTERI REFORMASI
KAH KAH AH
KHALAS
Gelombang BN-PN sukar disekat, Kian Ming ramal PH kecundang
KUALA LUMPUR- Dr Ong Kian Ming meramalkan Barisan Nasional (BN) bersama Perikatan Nasional (PN) mampu mencatat kemenangan besar dengan menguasai antara 24 hingga 25 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok.
Bekas pemimpin DAP itu berkata, ramalan itu kekal berdasarkan penilaian awal yang dibuat pada 13 Oktober lalu dan tidak berubah meskipun kempen pilihan raya berlangsung selama dua minggu.
Beliau yang pernah dikenali sebagai pakar strategi pilihan raya DAP berkata, jangkaan itu dibuat selepas Pakatan Harapan (PH) dilihat gagal melaksanakan kempen yang meyakinkan, selain manifesto dua halaman yang disifatkan tidak cukup kuat untuk menarik perhatian pengundi.
Kian Ming berkata, calon Ketua Menteri PH juga dilihat lebih banyak menyerang pentadbiran kerajaan negeri sedia ada berbanding mengetengahkan visi dan hala tuju pentadbiran sekiranya diberikan mandat.
Katanya, DAP pula masih menggunakan pendekatan kempen tradisional menerusi ceramah dan program turun padang, khususnya di kawasan majoriti pengundi Cina.
Manakala PKR cuba mendekati pengundi muda menerusi penggunaan pempengaruh Gen Z di media sosial.
Beliau juga mengakui kempen BN-PN juga tidak terlalu menonjol dan masih menggunakan pendekatan konvensional, termasuk menawarkan air percuma serta bantuan kebajikan dalam manifesto.
Namun, kelebihan sebagai kerajaan negeri, kepimpinan Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh serta naratif penyatuan Melayu memberikan kelebihan kepada BN-PN sejak awal kempen.
Dalam pada itu, Kian Ming berkata, terdapat beberapa kerusi DUN yang wajar diberikan perhatian kerana berpotensi menjadi petunjuk kepada landskap politik negeri serta Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Antaranya ialah Kota Laksamana dan Bandar Hilir yang mempunyai lebih 70 peratus pengundi Cina, dengan DAP sebelum ini memperoleh lebih 80 peratus undi popular pada PRN 2021.
Beliau berkata, prestasi MCA di kedua-dua kerusi itu akan memberikan gambaran sejauh mana DAP masih mendapat sokongan kukuh daripada kelompok pengundi terasnya.
Selain itu, beliau turut memberi perhatian kepada kemampuan calon PKR, Farzana Hayani untuk mencabar penyandang N.14 Klebang, Lim Ban Hong, khususnya dalam usaha menterjemahkan pengaruh media sosial kepada sokongan sebenar di lapangan.
Beliau juga melihat persaingan di N.21 Duyong sebagai antara kerusi penting untuk menilai kemampuan penyandang UMNO, Mohd Noor Helmy, meningkatkan majoriti 200 undi yang diperoleh pada PRN 2021 ketika berdepan calon DAP, Poo Long Suan.
Di N.17 Bukit Katil pula, beliau menjangkakan penyandangnya, Adly Zahari daripada Amanah berdepan risiko kehilangan kerusi kepada calon PAS.
Beliau turut menyorot peluang Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh untuk meningkatkan majoriti di N.27 Merlimau, khususnya dalam kalangan pengundi bukan Melayu yang membentuk kira-kira 28 peratus daripada keseluruhan pengundi di kawasan itu.
Satu lagi kerusi yang menjadi perhatian ialah N.16 Ayer Keroh apabila penyandangnya, Kerk Chee Yee daripada DAP berdepan persaingan calon Gerakan, Bersatu dan Bersama.
Menurut beliau, keputusan di Ayer Keroh penting kerana komposisi pengundinya yang terdiri daripada kira-kira 44 peratus Melayu, 46 peratus Cina dan lapan peratus India menjadikan kerusi itu antara kawasan paling kompetitif.
Beliau tidak menolak Kerk dapat mempertahankan kerusi berkenaan kerana melihat pemimpin itu sebagai antara generasi baharu yang mampu membawa idealisme politik merentasi kaum dan latar belakang.
Mengulas implikasi keputusan PRN Melaka terhadap politik nasional, beliau berpandangan kemenangan besar BN-PN akan meningkatkan tekanan terhadap Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar BIN Ibrahim.
Katanya, keputusan sedemikian juga akan memberikan gambaran bahawa isu peletakan jawatan Anthony Loke dan perkembangan berkaitan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Najib Razak tidak memberikan kesan besar terhadap pengundi Melaka.
Bahkan, beliau berpandangan, perkembangan itu berpotensi memaksa PH mencari pendekatan politik baharu bagi melemahkan pengaruh BN dan PN menjelang PRU16. –


Tiada ulasan:
Catat Ulasan