Khamis, 12 Januari 2023

ZAHID AKAN BEBASKAN NAJIB ?


ZAHID AKAN

BEBASKAN NAJIB ?

AMIN


Unknown commented on 
"RAKYAT SEDANG MEMERHATI"

Majoriti rakyat memerhati dengan sebelah mata saja. Sebab tu sampai sekarang pemimpin2 di Malaysia ni masih berjaya memperbodohkan rakyat dengan modal agama dan bangsa. Selagi Zahid tpm selagi itulah Najib takkan bebas. Jadi silalah pilih rakyat2 yang kononnya memerhati, lu nak Najib bebas atau terima Zahid sebagai tpm. Jangan pulak lu nak semua bersih tiba2. Lu duduk Malaysia bhaii...bukan Finland bukan Sweden bukan New Zealand.

PENCURI KEMBALI BERKUASA


Kerajaan perpaduan Anwar terjejas jika BN gagal di negeri Pakatan, kata pemerhati

KEGAGALAN Umno gagal menyatukan undi Melayu pada pilihan raya negeri akan datang di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang boleh menjejaskan kerajaan perpaduan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata pemerhati politik.

Mereka berkata pengkritik yang menentang kerjasama Umno dengan Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan perpaduan persekutuan akan semakin berani untuk mencabar kedudukan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam parti itu – satu langkah yang akan memberi kesan riak kepada kerajaan perpaduan termasuk musuh ketat Umno, DAP.

Penganalisis politik Liew Wui Chern dari Universiti Tunku Abdul Rahman berkata jika Umno gagal mendapatkan semula sokongan berbanding parti berasaskan Melayu yang lain – Bersatu, PAS mahupun Pejuang – dan mendapatkan undi Melayu, ia akan memberi kesan buruk kepada kestabilan kerajaan persekutuan semasa.

Pensyarah itu berkata prestasi buruk itu boleh mencetuskan lagi perbezaan pendapat dalam kepimpinan Zahid daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) - MIC, MCA dan khususnya Umno - yang menentang keras kerjasama dengan PH.

“Mereka akan mempunyai alasan untuk mengatakan pakatan dengan PH ini tidak baik untuk BN.”

Liew berkata rasa tidak senang itu boleh menjejaskan harapan Zahid untuk kekal sebagai presiden pada perhimpunan agung parti itu.

“Zahid mungkin dicabar. Jadi kesimpulannya jika keputusan pilihan raya di tiga negeri itu tidak memihak kepada Umno atau PH, ia boleh menggugat kestabilan kerajaan perpaduan,” tambahnya sambil menuding jari kepada BN sebagai punca masalah.

Liew berkata sebaliknya, ahli PKR juga mungkin berkata Umno atau BN bukan aset yang PH boleh diharapkan.

Keputusan Umno bekerjasama dengan PH bagi kerajaan perpaduan, mencetuskan perdebatan panjang dan hangat di kalangan penyokong akar umbinya.

Liew berkata jika PH mahu melengkapkan penggal lima tahunnya, gabungan pemerintah mesti membawa balik sejumlah besar undi Melayu dalam pilihan raya negeri di tiga negeri itu, ditambah dengan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pilihan raya negeri dijangka diadakan selepas Hari Raya.

Liew tidak menganggap keputusan Kedah dan dua negeri pantai timur sebagai kunci dalam analisisnya. Kedah, Kelantan dan Terengganu kini di bawah pemerintahan PAS.

Beliau berkata jika keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 dijadikan kayu pengukur, beliau tidak percaya PAS boleh ditumpaskan di negeri-negeri yang majoritinya orang Melayu.

“Tidak akan ada sebarang perubahan di tiga negeri itu. Tetapi tidak kira apa keputusannya, ancaman yang akan ditimbulkannya kepada kerajaan perpaduan hanya minimum.”

Bagaimanapun, di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, undi Melayu mesti dikembalikan, kata Liew.

“Petanda mesti ada. Ia mungkin tidak banyak tetapi selagi ada tanda-tanda untuk kembali, ia sudah cukup baik.”

Beliau berkata sekiranya PH kehilangan 10% lagi undi Melayu di tiga negeri itu, ia boleh mendedahkan gabungan itu kepada langkah menggulingkan mereka daripada kuasa.

Dr Cheah See Kian bersetuju dengan penilaian Liew dan berkata prestasi PH dalam pilihan raya Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan adalah ujian utama untuk Anwar.

“Adalah penting PH mempertahankan tiga negeri itu, terutama Pulau Pinang dan Selangor.”

Beliau berkata jika PH kalah kepada BN atau jika prestasi mereka tidak meyakinkan, “mereka akan mendapat malu dan kuasa PH bakal berakhir”.

Anwar perlu memberikan yang terbaik untuk menunjukkan karisma dan pengaruhnya di Pulau Pinang dan Selangor untuk memenangi lebih ramai pengundi Melayu menyokong Umno, tambahnya.

Justeru, beliau berkata pilihan raya negeri itu sangat penting untuk kelangsungan PH.

Anwar dilaporkan memaklumkan kepada pemimpin pakatan utama untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya negeri yang akan diadakan pada Jun ini.

“Kami tidak berhenti bekerja sejak PRU15. Kami bekerja keras untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya negeri,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendedahkan peruntukan kerusi dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam enam pilihan raya negeri itu sudah 80% selesai.

Beliau berkata pada sidang media di ibu pejabat Gerakan di Pulau Pinang yang parti anggota PN sudah membincangkan peruntukan kerusi seawal pilihan raya negara tahun lepas.

“Persediaan pilihan raya negeri dan pembahagian kerusi menjadi asas perbincangan kita pada masa itu, dan kita boleh katakan sudah 80% selesai, dan barulah kita kaji secara terperinci strategi untuk menangani pilihan raya negeri.”

Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN masing-masing untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum tahun lepas.

Hanya Pahang, Perak dan Perlis yang membubarkan DUN mereka untuk mengadakan pilihan raya negeri.

Ini bermakna enam negeri mesti mengadakan pilihan raya negeri sebelum September tahun ini.

Sabah, Melaka, Johor dan Sarawak sudah mengadakan pilihan raya negeri sebelum pilihan raya umum pada 19 November 2022. – 12 Januari 2023.

WOIT

INI PEMERHATI

YANG MEMERHATI

KAH KAH KAH

JIKA NAJIB

BEBAS APA

AKAN  JADI

AMIN

PENCURI KEMBALI

BERKUASA

KHALAS

HARI 322 - PERNAG UKRAINE


SATU LAGI

PEKAN JATUH

KE TANGAN RUSIA

KHALAS

JANGAN SEBAR FAKE NEWS



JANGAN SEBAR

FAKE NEWS

KHALAS

Unknown commented on 
"JANGAN SEBAR FAKE NEWS"

Oittt..sapa pun mcm tu la..bila masih kuat..masih boleh berjalan di jirat cina..bukan main sombong ..bongkak ..menjawab...sampai masa sakit tenat...tinggai nyawa-nyawa ikan..baru menyesal..tak lama dah tu bhaii...kah kah kah


Unknown commented on
 "JANGAN SEBAR FAKE NEWS"

Betul....nak tanam dimana, Nordin arwah adik Isham jenazahnya bawa ke misjid dimandikan, dikafankan disembahyangkan dan dikebumikan ditanah perkuburan orang Islam kerana dia penganut ugama Islam, tapi Isham penganut Islam budaya, nak diletak dimana? Mana ada tanah perkuburan islam budaya? Jika dibakar buat satey siapa nak makan? Letak atas pokok nanti makan diberuang, susah ...susah dan menyusahkan.

Unknown commented on
 "JANGAN SEBAR FAKE NEWS"

tak yah pening dengan tt.. sebab dia percaya fake news barat je.. kalau manusia tu beruk kalau tuhan tu zeus.. kah kah kah..


TIAN CHUA


TIAN CHUA

KHALAS

Unknown commented on 
"SAPA TIAN CHUA INI ?"

Tian Chua, kegagalan adalah kejayaan tertangguh. Tewas hari ini tidak beerti tewas hari esok sebaliknya kejayaan lebih besar menunggu dalam detik2 ketewasan. Kipidap.

LAGI 5 HARI


LAGI 5 HARI

KHAMIS 12//1/2023
LAGI 5 HARI KES SEMAK
SRC NAJIB AKAN DIBUKA
JENG JENG JENG

APAKAH ADA CACAT CELA
DALAM PERBICARAAN 
APAKAH ADA PEKARA
TERSIRAT YANG MEMPENGARUHI
KES INI
JENG JENG JENG

TAPI APA YANG JELAS
ADA PERANCANGAN
YANG DIATUR
UNTUK MEMBEBASKAN NAJIB

PBB DI NEW YORK
TELAH DI RAYU
INI SANDIWARA
KERANA PBB
TAK AKAN BUAT APA APA

SANDIWARA INI
BERTUJUAN UNTUK
TUTUP PROJEK LICIK
YANG SEDANG DI RANCANG
JENG JENG JENG

JANGAN TERPERANJAT
JIKA NAJIB BEBAS
DALAM  REALPOLITIK
SEMUA BOLEH BERLAKU
AMIN

RUSIA
KELMARIN PUTIN
TUKAR KEPALA
ASKAR RUSIA YANG SEDANG
BERPERANG DI UKRAINE
GENERAL BARU INI
AKAN GANTI GENERAL LAMA
YANG DIKENALI SEBAGAI
GENERAL PEMUSNAH
JENG JENG JENG

HOKKIEN
PAGI INI INDAH KERING 
SEGAR CERAH
DI ARAH SUNGAI BESI
GUA NAMPAK MATA HARI
NAK TERBIT
LANGIT BERAWAN BIRU 
BERAWAN PUTIH
KL & KL SENTRAL CERAH

HA HA
DI PINTU MASUK
GUA DISAMBUT OLEH JANTAN
KOKOK BERTALU TALU
DALAM  BELUKAR RUMPUT
CENGKERIK BERSIMPONI
ATAS POKOK TIONG
 BERGURAU SENDA

DARI JAUH
HOW WOW
BERSUARA KUAT
HA HA HA
PAGI INI GUA DENGAR
PELBAGAI SUARA UNGGAS

DARI LUAR BALKONI
GUA DENGAR MURAI BERKICAU
BILA MURAI BERSUARA
GUA HANYA SENYUM GEMBIRA

GUA RAS
HARI INI AKAN PANAS
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUMLAH
KITA SAMBUT KHAMIS
YANG INDAH

BRO
DALAM HIDUP HARUS
BERCUKUPAN
TAK KURANG TAK LEBIH
JIKA KURANG TERUS BERUSAHA
JIKA LEBIH KITA BERSEDEKAH

BRO
JANGAN SAMPAI
KURANG MAKAN
JANGAN BANYAK BERHUTANG
BANYAK BERSYUKUR
HINGGA LUPA CARA MENGELUH

BRO
JANGAN MERASA DIRI TERBAIK
JIKA MASIH SUKA MENGHINA
MERENDAH ORANG LAIN

BRO
HIDUP JANGAN
BERPURA PURA

BRO
KEJAHATAN PASTI KALAH
DENGAN KEBAIKAN

BRO
JANGAN BOSAN
MEMBUAT BAIK

BRO
KEPUTUSAN DAN KESIMPULAN
WAJIB DIPUTUSKAN
OLEH HATI

BRO
JANGAN MUDAH KAGUM
JANGAN MUDAH MENYESALI
YANG TELAH TERJADI
JANGAN MUDAH KAGET & HAIRAN

BRO
JANGAN JADI HAMBA
PADA JAWATAN
KEKAYAAN DAN KESENANGAN

BRO
JANGAN TERLALU
MENCINTAI APA  YANG
KITA MILIKI

BRO
JANGAN MENGEJAR SESUATU
YAANG SULIT DAN MUSTAHIL

BRO
DI DEPAN MEMBERI TAULADAN
DI TENGAH MEMBERI BIMBINGAN
DI BELAKANG MEMBERI SEMANGAT
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
RABU 19/1/2023