Jumaat, 2 Jun 2023
DULU KHIANAT SEKARANG KAWAN
Muhyiddin juga sedia bekerjasama semula dengan Mahathir
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau juga bersedia untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad selepas bekas perdana menteri itu memberitahu MalaysiaNow beliau bersedia untuk bekerjasama semula dengan bekas sekutunya itu.
“Saya menyambut kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang bersedia bekerjasama dengan beliau demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam,” katanya.
“Sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara.”
Mahathir dalam wawancara eksklusif dengan MalaysiaNow minggu ini berkata beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.
Bekas perdana menteri itu berkata usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan antara matlamat utama selain menolak individu yang terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah.
Katanya, orang Melayu yang berpecah mengikut perjuangan parti politik berbeza mengakibatkan kaum majoriti ini semakin lemah dan sukar untuk memperbetulkan keadaan.
"Kita nak adakan kerjasama, tetapi matlamat mesti ditentukan," katanya.
"Kita berpecah jadi banyak-banyak parti, kita hilang kuasa.
“Bila hilang kuasa, kita tidak boleh betulkan keadaan yang merugikan orang Melayu. Sebab itu kita perlu bersatu,” kata Mahathir yang berkhidmat sebagai perdana menteri sebanyak dua kali selama 24 tahun.
Pada 2016, Bersatu ditubuhkan selepas Muhyiddin dan beberapa pemimpin Umno dipecat daripada parti itu selepas secara terbuka mengkritik isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Penubuhan Bersatu dilakukan bersama Mahathir yang dilantik sebagai pengerusi sebelum parti itu menyertai gabungan politik PH yang akhirnya berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.
Dua tahun kemudian, Mahathir dipecat daripada Bersatu selepas berlaku perubahan kerajaan menerusi Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan PH tumbang dan digantikan dengan kerajaan PN dipimpin oleh Muhyiddin.
Namun pada Ogos 2021, Muhyiddin meletak jawatan selepas hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Beliau kini mengetuai gabungan PN yang terdiri daripada Bersatu, PAS dan Gerakan.
DULU KHIANAT
SEKARANG KAWAN
AMIN
DALAM POLITIK
TAKDA MUSUH
TETAP
AMIN
YANG ADA NIAT
NAK BERKUASA
YANG TETAP
AMIN
KHALAS
ALLAH DAN SABAH SARAWAK
KENYATAAN MEDIA
ALLAH DAN SABAH SARAWAK
Cari Pendamaian Nasional dalam Kontroversi Kalimah Allah, Bukan Menangguk di Air Keruh
Saya menyeru kepada semua ahli politik, parti politik, pertubuhan masyarakat madani, pemimpin-pemimpin pendapat penting (KOL) dan rakyat Malaysia sekalian untuk mencari pendamaian nasional (national reconciliation) di antara Semenanjung dan Borneo dalam kontroversi berkaitan dengan larangan penggunaan kalimah Allah oleh umat bukan Islam, dan bukan menangguk di air keruh.
Saya menyeru semua pihak menerima fakta yang berikut:
● Umat Kristian Borneo yang berbahasa Melayu memang menggunakan kalimah Allah sepertimana “Allah Taala” dalam Bahasa Iban, “Tuhan Allah” dalam bahasa Lun Bawang, Lun Dayeh dan Kelabit dan “Tuhan Alla” dalam Bahasa Bidayuh.
● Penggunaan kalimah Allah oleh umat Kristian sememangnya bukan untuk memurtadkan umat Islam dan oleh itu tidak pernah digusari umat Islam di Wilayah Borneo.
● Penggunaan kalimah Allah di kalangan umat Kristian Borneo menjadi ternampak (visible) sejak 1980an kerana kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan dan juga penghijrahan rakyat Borneo ke Semenanjung kerana kekurangan peluang pekerjaan dan pendidikan di Wilayah Borneo.
● Kebebasan umat Kristian Borneo menggunakan kalimah Allah tidak sama sekali menggugat Islam, sebaliknya harus diraikan kerana kejayaan Bahasa Melayu selaku Bahasa Kebangsaan yang merentas agama, dan juga pendamaian nasional antara Semenanjung dan Borneo.
Pada 15 Mac 2021, seramai 18 Ahli Parlimen, 4 Senator, 23 ADUN Sarawak dan 9 ADUN Sabah merentas parti - PH, GPS, Warisan, PSB dan Bersatu – mengeluarkan kenyataan bersama merayu kepada Kerajaan Persekutuan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Mac 2021 bahawa larangan terhadap penggunaan kalimah Allah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kami amat bersyukur seruan kami akhirnya didengar oleh Kerajaan Persekutuan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kami berharap keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menarik balik rayuan ini boleh diterima oleh semua pihak dengan dada yang lapang.
Berikut adalah petikan daripada kenyataan yang asal:
1. Umat Kristian yang menggunakan kalimah “Allah” dan istilah-istilah keagamaan yang sama dengan Umat Muslim kebanyakannya adalah orang Borneo dan Orang Asli yang menutur bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua atau bahasa ibunda, seperti mana Umat Kristian kaum Batak, Dayak, Ambon, Timor di Indonesia yang menutur Bahasa Indonesia sebagai bahasa kedua atau bahasa ibunda. Di Sarawak, Bahasa Iban menggunakan “Allah Taala”, Bahasa Bidayuh menggunakan “Tuhan Alla” sebagai kalimah untuk Yang Maha Esa manakala Lun Bawang, Lun Dayeh dan Kelabit menggunakan “Tuhan Allah”.
2. Di Sabah dan Sarawak, Bahasa Malaysia menjadi popular di kalangan umat Kristian kerana pelaksanaan Akta Bahasa Kebangsaan 1967, Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berjaya yang mematahbalik kemelesetan dalam penggunaan Bahasa Melayu dalam zaman penjajahan.
3. Umat Muslim di Wilayah Borneo menyokong dan tidak rasa terancam dengan saudara-mara dan teman-teman Kristian mereka menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa untuk semua agama wahyu berakarkan Nabi Ibrahim. Umat Borneo sesungguhnya percaya bahawa manusia dijadikan berbeza untuk kita saling mengenali dan mengasihi, bukan untuk mencaci dan menganaktirikan sesama lain, dan bahawa kewujudan pelbagai umat agama adalah kehendak Allah kerana kalau hendak Allah yang Maha Kuasa sudah tentu boleh menjadikan kita semua dalam satu agama.
4. Umat Muslim dan Umat Kristian menyembah Allah dalam masjid dan gereja masing-masing tidak akan menyebabkan murtad umat Muslim. Bukti paling baik – Muslim mengambil tempat hampir atau lebih daripada 90% dalam populasi di kedua-dua dunia Arab dan Indonesia, sungguhpun umat Muslim dan umat Kristian telah berkongsi kalimah “Allah” dan istilah-istilah keagamaan lain masing-masing selama 1,442 tahun dan 476 tahun.
5. Keputusan Kabinet Persekutuan pada tahun 1986 untuk menafikan hak bukan Muslim untuk menyembah Allah adalah kekhilafan di bawah tekanan politik oleh sesetengah orang Malaya yang rasa tidak selamat, jal dengan keadaan di Sabah dan Sarawak dan pada masa yang angkuh dengan tanggapan bahawa orang Malaya boleh menentukan bagaimana orang Sabah dan Sarawak harus hidup, sama di negeri sendiri atau di Semenanjung. Golongan Malaya ini yang berlagak seolah-olah diri adalah pusat kepada dunia enggan menerima bahawa Malaysia adalah satu perkongsian “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah” di antara Malaya, Sabah dan Sarawak.
6. Keputusan Mahkamah Tinggi ini sekadar memperbetulkan satu ketidakadilan yang menyakiti hati orang Sabah, orang Sarawak dan Orang Asli akibat kegelisahan, kejahilan dan keangkuhan sesetengah orang Malaya. Ia tidak akan menyebabkan pendakwahan ke atas Muslim dan kemurtadan mereka, satu ketakutan tidak berasas yang cuba diapi-apikan oleh sesetengah orang Malaya.
7. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah kemenangan kepada Malaysia dan akan memperkuatkan Persekutuan kita. Ia akan membenarkan umat Kristian di kalangan Orang Sabah, Orang Sarawak dan Orang Asli untuk menyembah Allah secara bebas, sepertimana kebebasan yang dinikmati saudara-mara Dayak mereka tanpa isu di sebelah sempadan di Kalimantan.
8. Keputusan Mahkamah Tinggi juga adalah kemenangan kepada Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan juga kesemua penuturnya, serta penghormatan untuk penutur-penutur Bahasa Iban, Bahasa Bidayuh, Bahasa Lun Bawang, Lun Dayeh dan Bahasa Kelabit, antara bahasa warisan di Benua Borneo.
Tamat.
YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau,
Ahli Parlimen Tuaran Sabah
Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)
17 Mei 2023
LANTIKAN POLITIK
JEMPUTAN
MALAM INI
LANTIKAN POLITIK
#Politikopi: Lantikan Politik - Adakah satu Keperluan, Apakah Natijahnya?
Tarikh: 2 Jun 2023, Jumaat
Masa: 9.30MLM - 10.30MLM
Rangka Soalan
1. Adakah salah jika kerajaan hari ini melantik mana-mana pengemudi GLC daripada kalangan orang politik sebagai mana diamalkan sebelum ini?
2. Amalan lantikan orang politik dalam GLC dalam Kerajaan Perpaduan hari ini dilihat bertentangan dengan akujanji oleh PMX dan ini dipelopori oleh UMNO dan diikuti oleh Amanah. Hanya PKR dan DAP masih belum mengorak langkah. Adakah ini wajar dan hanya rentetan panjang janji kosong ahli politik?
3. Melantik individu yang profesional dan berkaliber dilihat mampu memberikan imej bersih dan sejahtera kepada Kerajaan Perpaduan seperti langkah di ambil YB Rafizi Ramli membuka peluang temuduga terbuka, namun adakah lantikan ini ibarat pepatah 'duri dalam daging' jika calonnya beridelaisme berbeza?
4. Adakah politik 'payung memayungi' / warlord (tak ingat istilah yang selalu digunakan) tetap berleluasa walaupun kerajaan hari ini tidak lagi dipelopori UMNO?
5. Dilihat dengan melantik mereka dari kalangan ahli perti atau mereka yg selari dgn kehendak merajaan akan mampu memudahkan urusan kerjaan untuk memastikan usaha dan aspirasi kerajaan dapat di laksanakan dgn Mudah? Adakah ini matlamat utama dalam lantikan politik dan bukan sebagai janji ganjaran selepas pilihanraya.
6. Malaysia pernah dilabelkan sebagai negara yg dapat mencapai kemajuan yg pesat, dalam tempoh yg sama, kerajaan yg memerintah oleh parti politik yg kita tahu (Open Secret) mengamalkn tradisi seperti ketua cawangan di lantik ketua kampung, ketua bahagian di lantik ahli majlis, dan yg lagi tinggi seterusnya hingga jawatan dalam agensi kerajaan dan syarikat2 GLC, jika waktu itu negara mampu mencapai kemajuan yg pesat mana silapnya? adakah mungkin lantikan pada masa ini walaupun berasaskan politik tetapi mereka juga adalah orang yg layak?
7. Merujuk pada laporan NST december 2022 “Service of political appointees in GLC, GLIC, MOF Inc terminated with immediate effect” - apakah situasu masa kini. Adakah ini sekadar “flush Out” untuk di gantikan dgn “Orang Kita”.?
8. “Appointing politicians to head GLCs perpetuates corruption and money politics” - laporan STAR
9. Memetik laporan Sinar harian Nov 22, NGO seperti ABIM juga mengesa untuk tidak melantik ahli politik, adakah perlunya NGO untuk secara bersama menyuarakan pendapat as kuasa pihak ketiga untuk memastikan perkara ini tidak berlaku.
10. “Lantikan Politik, Apadalahnya, jika dilakukan kerjanya dgn baik” salah satu komen menteri yg mana menegasakan walaupun lantikan politik sebagai pengerusi, didalam kerajaan masih mempunya pegawai2 yg bertaraf pakar yg akan sama2 bekerjasama. - adakah ini merujuk kepada peranan penting bukan sekadar pada ahli politik yg di lantik, ini adalah juga kepada pegawai kerjaan yg berkhidmat untuk menjalankan amanah seperti menasihati, memberi pndangan dan menegur jika perlu bagi memastikan segala perancangan dpt di laksanakan dgn baik?
11. Adakah wajar jika kita usulkan peranan rakyat itu sendiri adalah amat penting jika dilihat dalam konteks perbicngan ini. Pegawai atau pelaksana dalam kerajaan itu sendiri adalah rakyat dan sama2 perlu memastikan yg terbaik untuk rakyat dan tidak hanya meletakan sesuatu kepada Ahli politik yg dilantik untuk memimpin, rakyat mempunyai tanggungjawab untuk menegur, menasihati, bertindak sekiranya keputusan syarikat atau glc atau agensi akan merugikan oleh kerana penglibatan politik, jika arus tadbir melibatkan pegawai kerajaan tegas dan berani, tidak akan jadi masalah siapa pun yg akan di lantik didalam agensi!!
HOT HOT HOT TERKINI TERNOW - MADEY DIPANGGIL POLIS
TER HOTT
TERKINI
TER NOWW
AMIN
MADEY DIPANGGIL
POLIS
JENG JENG JENG
KHALAS
GLC - MACAI ATAU PAKAR?
FORUM TALIAN
MALAM INI
JAM 9.30 MALAM
Menarik Malam Ini
#Politikopi - Lantikan Politik - Adakah Satu Keperluan? Apa Natijahnya?
Bersama panelis:
🔊 KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara
🔊 HISHAMUDDIN RAIS
Pengamat & Aktivis Politik
\🔊 S. ARUTCHELVAN
Timbalan Pengerusi, Parti Sosialis Malaysia
🗓 Tarikh : 2 Jun 2022 (Jumaat - malam ini)
🕘 LIVE : 9.30 MLM
.
LINK FACEBOOK LIVE
https://facebook.com/events/s/politikopi-lantikan-politik-ad/165361486305680/
LINK YOUTUBE LIVE
https://www.youtube.com/live/3DRLvFaonNw?feature=share
Like, Subscribe & Follow DIALEKTIKA TV untuk wacana BEBAS | BENAR | BERANI. Sebarkan, bersama kita membangun negara
Langgan:
Catatan (Atom)





