Jumaat, 2 Jun 2023

DULU KHIANAT SEKARANG KAWAN


Muhyiddin juga sedia bekerjasama semula dengan Mahathir

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau juga bersedia untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad selepas bekas perdana menteri itu memberitahu MalaysiaNow beliau bersedia untuk bekerjasama semula dengan bekas sekutunya itu.

“Saya menyambut kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang bersedia bekerjasama dengan beliau demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam,” katanya.

“Sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara.”

Mahathir dalam wawancara eksklusif dengan MalaysiaNow minggu ini berkata beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Bekas perdana menteri itu berkata usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan antara matlamat utama selain menolak individu yang terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah.

Katanya, orang Melayu yang berpecah mengikut perjuangan parti politik berbeza mengakibatkan kaum majoriti ini semakin lemah dan sukar untuk memperbetulkan keadaan.

"Kita nak adakan kerjasama, tetapi matlamat mesti ditentukan," katanya.

"Kita berpecah jadi banyak-banyak parti, kita hilang kuasa.

“Bila hilang kuasa, kita tidak boleh betulkan keadaan yang merugikan orang Melayu. Sebab itu kita perlu bersatu,” kata Mahathir yang berkhidmat sebagai perdana menteri sebanyak dua kali selama 24 tahun.

Pada 2016, Bersatu ditubuhkan selepas Muhyiddin dan beberapa pemimpin Umno dipecat daripada parti itu selepas secara terbuka mengkritik isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penubuhan Bersatu dilakukan bersama Mahathir yang dilantik sebagai pengerusi sebelum parti itu menyertai gabungan politik PH yang akhirnya berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Dua tahun kemudian, Mahathir dipecat daripada Bersatu selepas berlaku perubahan kerajaan menerusi Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan PH tumbang dan digantikan dengan kerajaan PN dipimpin oleh Muhyiddin.

Namun pada Ogos 2021, Muhyiddin meletak jawatan selepas hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Beliau kini mengetuai gabungan PN yang terdiri daripada Bersatu, PAS dan Gerakan.

DULU KHIANAT

SEKARANG KAWAN

AMIN

DALAM POLITIK

TAKDA MUSUH

TETAP

AMIN

YANG ADA NIAT

NAK BERKUASA

YANG TETAP

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang ni biasa.. yang tak boleh belah.. syed mokhtar pung pang pung pang kroni madey.. tak pasal .. nuar abang saya ???? lah.. kroni nuar rupanya.. cilakak.. ini semua pundey..