Rabu, 24 Oktober 2012

GEROMBOLAN SEDANG MERANCANG - AWAS DAN WASPADA!














SERANGAN: JAGA ETIKA DAN INGAT OPERASI LALANG - harakah daily

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengingatkan semua pimpinan dan ahlinya untuk menjaga etika ketika menghadapi serangan bertubi-tubi Umno-MCA-Perkasa yang datang serentak dan juga perangkap operasi Lalang pada 1987 di mana yang ditangkap ialah pimpinan PAS dan DAP.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan berkata semua ahli perlu menjaga etika ketika membalas serangan dan jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif.

“PAS perlu respons isu-isu dan serangan bertubi-tubi Umno-MCA-Perkasa yang datang sekaligus. Walaupun provokasi dan serangan mereka membara hati, PAS perlu menjaga etika dalam membalas serangan.

 

kenytaaan penuh:

PAS perlu respon isu-isu dan serangan bertubi-tubi UMNO-MCA-Perkasa yang datang sekaligus.

Walaupun provokasi dan serangan mereka membara hati, PAS perlu menjaga etika dalam membalas serangan.

Ahli dan para pemimpin PAS diseru jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif.

Tujuan mereka menyerang adalah untuk mengharapkan kita memberikan reaksi yang salah dan rakyat mendapat persepsi yang menyimpang.

Tapi mereka silap. Ahli dan pemimpin PAS ditarbiah untuk menjaga etika sepanjang masa walaupun serangan itu berjenis menyinggung emosi.

Tidak perlu untuk mengulangi di sini apa yang diserang Umno-MCA-Perkasa termasuk kesanggupan mereka membiarkan agama Islam dipersendakan,

Kenyataan pimpinan MCA menggambarkan kejahilan mereka terhadap Islam khususnya hukum hudud dan kegagalan Umno memahamkan mereka tentang Islam.

MCA perlu diajar menghormati budaya dan agama lain serta memahami sensitiviti umat Islam.

Islam mengajar kita agar menjawab hujah dengan hujah bukan emosi amarah yang tidak terbendung. Firman Allah, “Dan apabila kamu berbicara dengan orang yang jahil, maka ucaplah selamat kepada mereka.

Seluruh pimpinan dan ahli PAS ditarbiah untuk  beristiqamah dalam perjuangan. Respon dengan berhemah dan tertib. Kita menjawab isu dengan hujah.

Dengan ini, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan terlondeh sendirinya untuk dililhat rakyat.

PAS  mengingatkan semua tentang operasi Lalang yang dicetuskan oleh MCA dan Umno. Namun yang ditahan ialah pimpinan PAS dan DAP.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat


Selasa, 23 Oktober 2012

BURUH YANG TELAH DI BANGANG KAN OLEH GEROMBOLAN



KOMENTAR TUKAR TIUB
tak perlu ugut ugut
perjuangan pakatan bukan ugut ugut

inilah contoh pemandu yang telah dibangangkan
buruh yang hanya berupaya membuat ugutan
tidak faham bahawa perjuangan pakatan rakyat
ialah untuk menegakkan keadilan
keadilan untuk semua
keadilan untuk anak semua bangsa
buruh seluruh pekerja

inilah contoh kaum buruh yang telah dibodohkan
mereka tidak sedar apa  yang diperjuangan oleh rakyat

mereka ini menjadi buruh sampah atau lumpen proletariat
kaum buruh yang tak tentu hala arah perjuaangan
kaum buruh yang orputuns

untuk buruh yang bersiakap sademikian
mereka boleh jalan
boi liau
 
pakatan rakyat TIDAK memerlukan
kumpulan ini kerana
kumpulan sademikian ini
akan lebih banyak membawa mudarat

harap harapkan
akan muncul pimpinan kaum buruh
yang akan membawa pencerahan
yang akan mempersekolahkan
para pemandu ini  untuk melihat
perjuagan itu bukan melalui ugutan

NOTA:
ini gunakan trik ibrahim ali
kalau tak bagi kerusi di pasir mas
akan masuk pakatan
kah kah kah
tapi pakatan pun  tak ambil pot
kah kah kah

 
 NOTA:
nanti bila kita turun berdemo
geng iniklah yang cakap mereka
tak dapat buat rezeki


PEMANDU TEKSI UGGUT SOKONG  PAKATAN JIKA KERAJAAN TIDAK TUNAIKAN JANJI – minsider

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Pemandu teksi hari ini mengugut akan menyebarkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) jika permintaan mereka tidak dipenuhi kerajaan.

Lima puluh orang pemandu teksi melancarkan kumpulan pendesak, Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI) pagi ini, menuntut 11 tuntutan termasuk memberi permit teksi serta membatalkan perkhidmatan bas percuma GO-KL.

“Kami membawa satu juta penumpang setiap hari. Bayangkan kami jadi duta kepada PR daripada duta pelancongan,” kata pengerusi TEKSI, Mohammad Ridzwan Mohamad Daud memberitahu wartawan dalam sidang media.

“Banyak benda boleh berubah dalam masa dua minggu sebelum pilihan raya umum.”

Pemandu teksi turut merancang untuk membuat bantahan aman setiap Sabtu di seluruh Malaysia hingga tuntutan mereka dapat ditunaikan.


BERSEDIA 
UNTUK BERDEMO LAGI

BERITA BERGAMBAR YANG MEMBUATKAN SERONOK HIDUP






NOTA
gambar gambar ini
adalah contoh perlawanan dari rakyat

orang ramai kata jangan saman
tapi united malays national organistion
nak kayakan kroni
buat undang undang untuk pastikan
kroni pungut duit

gambar di bawah adalah
langkah orang ramai

mereka melawan

NOTA
nanti gerombolan akan swastakan polis
akan swastakan askar

jika boleh united malays national organisation
akan swastakan oxygen
akan swasta cahaya matahari
dengan mengeluar ayat suci
yang berbunyi:
...na ah mano... wal berikun  tum tom
la angin nun  wal ca ha ha ya run..




RAKYAT JAWAB
wal kami turun
ke jalan raya won
satu juta ron
baru lah bagus rin


KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA



Kenyataan Umum
23 Oktober 2012
BERSEDIA UNTUK KE JALANRAYA ATAU DITIPU

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini memandang serius khabar angin mengatakan PRU makin hampir dan kemungkinan diadakan tahun ini. Kelihatan parti - parti politik atau aktivis yang melawan regim nampaknya juga sedikit terhanyut dengan persiapan PRU yang memperlihatkan betapa peluang untuk menang tinggi berdasarkan mood perubahan rakyat.

Namun SAMM mahu semua pihak sedar, regim pewaris penjajah ini sudah terlalu banyak jenayah terkumpulnya. Mereka pernah berikrar biar hancur tulang namun Putrajaya harus dipastikan tidak terlepas. Maka dalam PRU kali ini semua elemen akan digunakan untuk memastikan 'kemenangan' parti regim. SPR sudah tentu menjadi aparat utama untuk melaksanakan penipuan.

 Bukan setakat penipuan media tetapi penipuan lebih dasyat lagi. Klik sini lihat penipuan janji Najib. Yakinlah jika melalui pilihanraya Bn akan hilang kuasa maka pilihanraya ini juga akan diharamkan. Lihat sahaja Pilihanraya Kerajaan Tempatan ketika menyaksikan parti regim kalah teruk tanpa segan silu pilihanraya kerajaan tempatan inipun diharamkan dan perbagai mitos direka sehingga pengharaman yang menjadi tragedi buruk demokrasi negara berjaya ditelan rakyat walaupun secara paksa.

PRU ke 13 akan dilangsungkan dengan penuh penipuan. Bayangkan telah terbukti warganegara Filipina yang telah mengaku membeli kad pengenalan di mahkamah tetapi namanya dengan kad pengenalan yang dibeli itu ada dalam senarai pemilih.Klik untuk baca lanjut.

Itu belum lagi bagaimana nama dan no kad pengenalan dalam senarai pengundi tidak wujud dalam daftar pendaftaran negara. klik sini untuk baca lanjut.

antara contoh lain ialah Mohd Nawi Daud, bernombor kad pengenalan 500508-03-5345 mengundi di Daerah Mengundi Seksyen 16 mengikut daftar pemilih 2008.

Daftar turut menunjukkan alamatnya ditanda sebagai ‘Tiada’ dengan nombor rumah ditulis sebagai ’28′.

Ada berpuluh ribu rumah di Shah Alam, di Seksyen 16. Yang mana satu? Apa tujuan kemaskini tetapi dirombak dengan begitu mengelirukan?
Kejanggalan dalam senarai daftar pemilih berlaku apabila ada permohonan menjadi pengundi sebelum lahir. 
 
H’ng Sau Ching bernombor kad pengenalan 790823-08-5885, lahir pada 23 Ogos 1979 di Parlimen Parit Buntar memohon menjadi pengundi pada 15 Januari 1950.

Contoh permohonan menjadi pengundi pada hari kelahiran pula berlaku pada individu bernama Nur Khalida Salmi Mohd Nawar, pengundi di Serdang dengan nombor kad pengenalan 821026-10-5010.

Manakala permohonan sebelum umur masuk persekolahan berlaku di Parlimen Setiu kepada individu bernama Zulkarnain Harun bernombor kad pengenalan 790531-06-5559.

Individu ini memohon menjadi pengundi ketika berumur 11 bulan 29 hari.
Sehingga kini belum ada petanda daftar pemilih diperbaiki.

Pilihan raya mungkin akan diadakan pada Januari 2013. Rekod tak jelas. Bermakna pilihan raya akan dijalankan dalam penipuan,

Kepada parti - parti politik melawan Bn ketahuilah bahawa anda sedang diperdaya dan ditipu untuk memasuki gelanggang PRU yang penuh penipuan. Jangan nanti setelah masuk gelanggang dan tewas dengan penipuan baru mengajak rakyat melawan, rakyat akan bosan.

Tidak ada sesiapa pertikai perlunya menumbang regim untuk menyelamatkan negara tetapi lebih perlu membersihkan pilihanraya sebelum memasukinya. Jawatankuasa BERSIH juga perlu lebih bersifat terbuka menjalinkan hubungan dengan perbagai pihak. Perjuangan BERSIH bukan milih satu - satu pihak tetapi milik rakyat Malaysia, masa untuk forum dan bincang duduk dalam dewan sudah tamat. Ini masanya untuk turun ke jalanraya. Regim pekak ini harus diasak dengan berani.

Perlu usaha serius dari semua pihak ! Satu juta ke jalanraya "bubar SPR sebelum bubar Parlimen Malaysia"



che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

APA DIA SUKUK - APA DIA PENIPUAN

Sukuk Global dapat langganan lebih AS$6 bilion

Cetak
SUKUK Global Malaysia dikenali sebagai ‘Emas’ yang dilancarkan pada 19 Mei lalu mendapat sambutan memberangsangkan dengan menyaksikan saiz terbitannya ditingkatkan kepada AS$1.25 bilion berbanding cadangan awal AS$1 bilion. 

EKONOMI Sukuk Global dapat langganan lebih AS$6 bilion 2010/05/29 - 06:09:01 AM Cetak Emel Kawan SUKUK Global Malaysia dikenali sebagai ‘Emas’ yang dilancarkan pada 19 Mei lalu mendapat sambutan memberangsangkan dengan menyaksikan saiz terbitannya ditingkatkan kepada AS$1.25 bilion berbanding cadangan awal AS$1 bilion. 


KOMENTAR TUKAR TIUB
berita ini muncul dua minngu lalu
ketika itu tukar tiub tak faham apa itu sukuk

tukar tiub buat kajian maka ditemui makna sukuk

SUKUK IALAH CAKAP ARAB BERMAKNA BOND

menggunakan bahasa arab untuk menipu orang melayu
sukuk ini tak ada beza dari jual bond
dua dua pinjam duit
satu cakap arab
satu cakap orang puteh

APA MAKNA JUAL BOND

jual bond maknanya pinjam duit

berikan surat akuan janji
dengan bunga tahunan
lebih tinggi bunga
lebih banyak bond terjual

APA MAKNA JUAL SUKUK

jual sukuk maknanya pinjam duit

berikan surat akuan janji
dengan bunga tahuanan
lebih tinngi bunga
lebih banyak sukuk terjual

MENGGUNA BAHASA ARAB
tujuan guna bahasa arab ini untuk menipu
kerana orang ramai faham makna bond
bila kerajaan jual bond
maknanya kerajaan tak ada duit
jual bond ertinya pinjam duit

JUAL SUKUK GLOBAL MALAYSIA
dengan nama emas ke
dengan nama intan ke
dengan nama tempoyak ke
semua tak penting
yang penting kerajaan sudah tak ada duit
kerana itu pinjam duit

KEMANA DUIT PERGI
beli kapal selam
beli jet pejuang
mengalir keluar kerana saham sawit jatuh
kerana saham sawit jatuh dan dan dan..

kerajaan secara senyap senyap telah arahkan
kwsp beli saham kalau tidak runtuh lagi

SUKUK SAMA DENGAN CUKAI DAN SAMAN
sukuk ini pinjam dengan bunga 
dalam negara kerana tak ada duit
kerajaan gunakan saman
kerajaan kenakan cukai Gasak Sampai Terbarai


NOTA:
orang ramai tak ada pilihan
kita wajib ke jalan raya
sebelem ke pilihan raya





ORANG PASIR MAS TAK MAHU KATAK MEREKA MAHU LEMBU



PERKASA SERU AHLI SOKONG BARISAN NASIONAL - meloya

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyeru ahli-ahlinya memberi sokongan padu kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang termasuk daripada parti-parti komponennya seperti MCA dan MIC.

MENANGIS TAK DAPAT KERUSI
 
 Ibrahim Ali berkata, hal itu kerana Perkasa melihat hanya BN yang mampu memastikan keamanan dan keselamatan negara dapat dikekalkan.

Katanya, keputusan itu dicapai setelah beliau melakukan proses percambahan idea bersama Ahli Majlis Tertinggi Perkasa yang terdiri daripada bekas anggota tentera, pensyarah dan tokoh-tokoh dalam bidang tertentu.

"Berdasarkan sesi percambahan idea itu, kami membuat satu resolusi bahawa kita tiada pilihan selain memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang demi kepentingan dan keselamatan negara.

"Kami tidak mahu mengambil risiko memilih pakatan pembangkang yang nampaknya bercelaru dan tidak yakin pakatan berkenaan mampu menjamin keselamatan negara," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

BAIK LEMBU INI
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.... TAK PAYAHLAA BOOODEK LAGI.... kah kah kah..

 kah kah kah...JAMIN TAK DAPAT KERUSI.... kah kah kah..

kah kah kah... PUTAR PUTAR TAK GUNA....kah kah kah..

kah kah kah... JUMPA BIK MAMA PUN TAK GUNA.... kah kah kah...

kah kah kah.... GEROMBOLAN PASIR  AKAN BERONTAK..kah kah kah..

kah kah kah....JIKA CALON MEREKA SAEKOR KATAK.... kah kah kah..

kah kah kah... GEROMBOLAN PASIR MAS LEBIH SEDIA MENERIMA  LEMBU JADI CALON.... kah kah kah..

kah kah kah.... KATAK?.... NO WAY.... kah kah kah..

kah kah kah..LEMBU..... OKAY WAY.... kah kah kah


SEMUA BERSEDIA UNTUK TURUN
TARIKH TEMPAT AKAN DITETAPKAN
SILA LAYARI TUKAR TIUB