Sabtu, 8 November 2008

BERITA GUMBIRA !!! UMNO TERIMA 900 ADUAN POLITIK WANG - melayau


KUALA LUMPUR 7 Nov. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, beliau sudah pun berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang, malangnya lebih banyak aduan diterima kali ini berbanding pemilihan UMNO empat tahun lalu.

Saya tidak ingat jumlahnya secara tepat tetapi rasanya sudah lebih 900 aduan mengenai politik wang diterima setakat ini,� katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi amaran kepada ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon pemilihan UMNO yang berada di hotel-hotel sekitar ibu negara dan negeri-negeri supaya pulang ke bahagian masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau serta dikenakan tindakan.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, masalah utama dalam membanteras politik wang dalam UMNO kini ialah gejala buruk tersebut telah diterima oleh sebahagian besar ahli parti itu dan sudah menjadi satu bentuk budaya.

kah kah kah…. kesian…. kesian… ada lebih 900 kes …kah kah kah….woit banyak nya…. kah kah kah …. yang datang perhimpunan berapa?........ lebih dari setengah…. kah kah kah…

kesian tengku ni…. dia dah beri amaran banyak kali…. kah kah kah… tapi tak ada sapa nak dengar…. kah kah kah…dah jadi quran buruk…. kah kah kah

nak suruh pelobi balik kampung…. kah kah kah….tak maka lah gro di teratak dan mawar biru…. kah kah kah…. sapa nak jarjir jarjis gro ni… kah kah kah..

SUDAH MENJADI SATU BENTUK BUDAYA
…. kah kah kah… abis lingkup…rahai…. terbarai….



16 ulasan:

Mwabe Nkrumah berkata...

Jadi pengerusi buat apa, ada komplen pun tak ambil tindakan.... baik balik Pattani tanam kacang......

Tanpa Nama berkata...

Mana boleh ambil tindakan terhadap tuan-tuan ketuanan melayu.
BPR pun takut ma....
semua cali makan ma....
Mata-mata tutup mata ma...

Tanpa Nama berkata...

bukan9,bukan 90,tapi 900 beb..! kah..kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

UMNO dah sarat 'mengandung', tunggu nak meletup je. Pak Lah, Najis dan Muka Sembak tak ambil pusing. Ia akan menjdi satu contoh klasik, UMNO sebagai badan NGO kononnya Islam bergelumang dengan rasuah/politik wang, tetapi 3 juta ahlinya yang juga beragama Islam tidak upaya membuang tabiak yang tidak didukung oleh Islam. TAPI jang jangan kutuk Islam orang UMNO yang berasuah itu akan melenting konon untuk mempertahankan kesucian dan kedaulatan Islam. Apa sudah jadi beb, orang 'Islam' dalam UMNO cukup rasuah demi mempertahankan Ketuanan Melayu. Apa kata Mufti Perlis, Mufti Wilayah, dan banyak lagi ulamak yang makan gaji dengan kerajaan? Ada mata lihat, ada mulut tutup, buatlah tak tahu. Pelik di negara kononnya Islamik gejala rasuah di parti tunjang tiada siapa boleh mengambil tindakan? Maknanya kesedaran dan tanggunjawab moral orang yang berkuasa dan Islam begitu lemah menanganinya. Maknanya lagi tidak salah orang Islam membatinkan nilai rasuah dan bermegah kerana tiada siapa boleh melarangnya.

azhar berkata...

Duit..duit..duit...ishh..!!ish..!!ish..!!kesiaaaan..Dulu..kini..selamanya...!!

Tanpa Nama berkata...

Teratak dan Mawar Biru...GRO... 20 tahun dulu..di Bunga Raya...ingat..ingat...

Tanpa Nama berkata...

Kena serangan jantung juga la pakcik sorang nie, baik letak jawatan main ngan cucu cicit lagi baik dari dok pikir PARTI HAMPEH nie.

Ingatkan baru 9 aduan politik wang, rupanya 900 dah, hehehehe memang la mungkee ala monkey um-NO nie.

Tanpa Nama berkata...

"dari kampung nak pegi Kuala Lumpur perlukan duit nak isi minyak kereta, tidur hotel, belanja semasa perhimpunan tak kan nak pakai duit sendiri . Kalau pakai duit sendiri baik dok kat kampung jaga lembu, kambing ...betul tak" ingat kalau hissam ambil juga. Duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit.

Tanpa Nama berkata...

bolehla letak dalam book record malaysia ..kan percapaian tu..kakakaka

MOHD RIZAUDIN berkata...

dari dulu lagi mmg dah berlambak org buat aduan tapi semua buat pekak badak saja....

Tanpa Nama berkata...

http://penarekbeca.blogspot.com/2008/11/this-is-bastard-he-is-bastard.html


oit sham,plz komen regarding hansard di atas...this pasir salak is absolutely animal!he's wild,man!i really2 hate him...instead of jarjis,plz make a fun from this 'bastard' issues...make me laugh dude!!jadikan tajudin ni sehina2 cam jarjis tu!!

Tanpa Nama berkata...

gaduhla lagi..biar mampos semua kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

aku teringat gambar tun mahathir tengah pegang duit dlm berite harian 20 tahun dulu...

Tanpa Nama berkata...

kalau ada 191 cawangan dan ada 900 complain, so satu cawangan ada berapa complain 900 / 191 = 4.712041884817 ataupun lebih kurang 5 complain satu cawangan, WOIT?????, ini semua budaya kangkung, buaya complain tak dapat makan cukup. keh keh hehehheh. mampus semua penyamun mti, wang dah habis tahun ini, pru march, lepas tu, klse share sudah jatuh, lagi sekarang pilihanraya umno utk 5 bulan, saja gajah yang banyak mkan dulu atau pun di panggil banyak modal.... AGUNG (gambar agung kat duit ringgit, dan bom, modal saat akhir yang masuk utk bela kuda yang nak bangkrupt, habislah macam ni, jikalau besok DSAI ambil alih kerajaan, semua ahli umno buat macham mat deros si mahligai yang commit suicide kat klang bila ternampak, selangor dan 5 negeri jatuh, mat deros terus bunuh diri, bukan mati sakit jantung, mati sakit takut telur kena pajak nanti. hahaahhahha, tengoklah nanti, DSAI, ambilalih kerajaan, banyak perahu bertuju ke indon kot. tapi semua tengellam tengah laut.

Tanpa Nama berkata...

Kita kena faham, bukan mudah nak selesaikan aduan politik wang yang terlalu banyak. Bila dah jadi macam ni, pembangkang mudah nak cari point untuk kenakan UMNO.Kalau dari dulu tindakan diambil, saya percaya, setidak-tidaknya 900 boleh jadi kurang kepada 100 kes. Tapi kalu dari dulu tak dibendung, memang sukarlah... Apapun, badan disiplin UMNO harus bertindak pantas dan bijak untuk bendung masalah ini daripada lebih teruk... Selamatkan UMNO demi maruah bangsa Melayu dan Islam...

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya gejala politik wang yang dianggap sebagi 'ketumbuhan' dalam UMNO kini dah mula membesar menjadi barah atau kanser yang boleh merosakkan keseluruhan UMNO.. Majlis Tertinggi UMNO harus selesaikan gejala ini sebelum ia makin teruk...