Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Ahad, 9 November 2008

BERITA SUKAN TERKINI !!! PERWAKILAN BERTUMBUK, MESYUARAT UMNO BAHAGIAN SEREMBAN DI TANGGUH - melayau


SEREMBAN 9 Nov. Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Seremban hari ini ditangguhkan selepas tercetusnya pergaduhan di antara perwakilan dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar di sini.

Keputusan tersebut dibuat oleh Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian, Othman Senara selepas perwakilan mula bertumbuk antara satu sama lain, membaling kerusi ke arah barisan jawatankuasa bahagian serta mengeluarkan kata-kata kesat dalam kejadian yang turut disaksikan pengerusi jawatankuasa pemantau UMNO Bahagian Seremban, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Berikutan kejadian itu, mesyuarat tertangguh selama lebih 30 minit dan difahamkan dua perwakilan mengalami kecederaan.


kah kah kah kah…… kah kah kah kah….. terguling guling…. kah kah kah…. berderai derai….. kah kah kah….terbaha bahak….. kah kah kah…

wakil WORLD BOXING FEDERATION (WBF) dan wakil WORLD BOXING ASSOCIATION (WBA) telah datang ke seremban untuk melihat dan memberi takrifan apakah ini bantamweight, middleweight atau heavyweight…… kah kah kah…

DON KING promoter muhamad ali cley sencara senyap-senyap telah menandatangai pejanjian untuk membawa penumbuk-penumbuk ini ke CEASER PALACE sebelum akhir tahun ini…. kah kah kah….

kalau dulu don king membuat Thriller in Manila… kah kah kah…

kali ini pertumbukan seremban ini akan di kenali sebagai THRILLER REGU GILEER….. kah kah kah kah…. kah kah kah… kah kah kah



15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Kalau takde orang lerai masa tu, harus bertukar jadi WWF Smackdown ! Kahkahkah..!!!

~Penanggah

Tanpa Nama berkata...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm

zairi berkata...

Makan lama makin macam SIAL politik kat malaysia ni.aku x dapat nak gambar kan keadaan malaysia ni 10 thn akan datang.sape la yang layak nak aku undi? arrrrgggghhhhhh.....bastard!!!!!

Siapalah aku berkata...

Bila manusia gila kuasa, bila memilih atas dasar wang, inilah akibatnya.

Mereka yang layak dipilih sebagai pemimpin ditolak atas dasar pengaruh kuasa dan wang.

Sebab itulah pemimpin umno pada hari ini tidak lagi mempunyai kelayakan sebagai pemimpin. Yang bodoh memilih si bodoh. Yang bijak disisir kerana tidak mempunyai kuasa wang untuk membeli kuasa yang dipertaruhkan.

Aku yakin, jika umno masih memerintah negara, mereka akan memusnahkan negara.

Aduan rasuah dalam pemilihan kali ini melebihi 900 aduan. Sungguh menjijikkan. Dimana sahala pemilihan berlaku pergaduhan..

Malang nasib rakyat jika terus membenarkan umno memerintah negara...

amanlegend berkata...

Salam..

Sumber:Amin Iskandar Blog.

Kerajaan Mongolia yang kecewa dengan tindakan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Razak Baginda akan membawa kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ke mahkamah pengadilan antarabangsa.

Terima kasih kepada Susan Loone kerana mendedahkannya.

Jika kes ini didengari di mahkamah penadilan antarabangsa, perbicaraan akan bermula dari 0 dan semua yang terkait dan terlibat boleh dipanggil untuk memberikan keterangan.

Mungkinkah pada ketika kes itu bermula, Perdana Menteri Malaysia akan menjadi salah seorang yang dipanggil?

etong berkata...

oi din.. aku dengag samibelu masuk aisiyu ospital ipo pasai kes kat sromban ni. Sbab di golak lebih dahsyat dari hang...

Sblum pengsan dia dipetik sbagai berkata "ayoyo hapa mou jadi sama yini yamno.. lebe bayek kasi bukar yitu keahlian samar kita worang..
kalo ada gado pon worang tara tarkajuit... chehhhhh... madaya"

Bummm...(jatuh) tapi sempat diangkat oleh Datok Sarokan yg kebetulan ada disitu setelah melawat Datok Kamal Asan dan Datok Amitab blacan yg pengsan setelah menjalani penggambaran filem boliwood terbaru diMelako bertajuk
'Kasi Dato hey, Kasih terima hey"


ipar preety zinta.

Tanpa Nama berkata...

Hahahahaa.....kenapa ada orang p lerai lak...potong stim betoiii..biar la depa lawan....bertombok..bergusti..berkuntau kekadang keganasan adalah salah satu jalan terbaik menyelesaikan masalah...

Lan Hingaq berkata...

Lain kali kalu buat persidangan UMNO dan perhimpunan semua perwakilan kena pakai glove tinju kemudian jgn letak kerusi tapi buat gelanggang besar macam gelanggang tinju dalam dewan kat PWTC.

Sapa yg kuat masa tu bertinju dia menang tapi no rules...acara bebas...tomoi siam, WWF Smackdown, silat, taekwando dan Jujitsu.

Lepas tu kita panggil acara ni UMNOtathlon=gabungan semua acara; rasuah, tinju dan baling kerusi.

Pemenang akan dipilih ke Sukan SEA dan Olimpik.

Lan Hingaq

3viLXeIjI berkata...

aSik BeRtUmBuK je.PasTu BaLinG2 KeRuSi..aPe PunYa bEngaP oRg2 iTu..

Tanpa Nama berkata...

Sdra,

Terpampang foto Usup Misai ( Datuk Yusuf ) bekas ADUN Sikamat dan dibelakangnya Usup Benggali, pembuka pintu kereta Isa samad dalam Malaysiakini ketika pergaduhan itu.

Usup Misai ( juga bekas jruteknik JKR Negeri sembilan) dan Usup Benggali ( bekas pemandu bas di Sek Datuk Abd Razak, seremban ) sekarang ini mereka tiada lagi tempat bergantung.

Mereka ini sebenarnya berebut-rebut nak jadi perwakilan ke perhimpunan Agung Mac depan.

Sesiapa yg jadi perwakilan itu nanti - boleh jadi kaya - kerana tatkala inilah kesemua calon berebut-rebut nak menghulur dan perwakilan pulak tak cukup tangan menadah wang dari pelbagai sumber.

Bila calon Timbalan Presiden ada tiga orang, maka berkemungkinan sumber wang dari calon itu menjadi tiga. Bayangkanlah kalau seoarang bagi RM1,000 sahaja...

Itu belum termasuk dari calon naib. Berapa calon naib presiden ? Kalau lapan orang, dah dapat RM8,000. Mungkin juga ada wang dari beberapa calon Ahli MT pulak.

Hooooo..banyaknya wang...kurrr semangat.

Adnan M

Tanpa Nama berkata...

korang belum tau lagi pemilihan wanita United Malays National Organisation (ntah bilamasa ada bangsa MELAYU original kat Borneo ni???)..

mesyuarat cawangan Tg.Aru panasss!!! siap dengan makcik2 selak kain!!!...kalau PUTERI yg selak kain..kira baikkk punya juga la bikin modal main sabun..

ini!..makcik2 Wanita United Malays National Organisation yang dah kuncup macam bunga raya kembang tak mau! ptui!

apa tidak janji RM100 masyuk...separuh jak perwakilan yg dapat!..pasai yg lain tu ahli UMNO tapi bangsa asal FILIPINA...kahkahkah..UMNO dah bukak cawangan kat Manila..kahkahkah

jebatderhaka berkata...

pening...pening...
nie pun crita pening...
negeri bro sham sudah bikin kami pening...

kerbau-kerbau UMNO dari N9 nie buat hal lagi ker???

elok nye masa diorg tengah berentap
simbah jer petrol pastu bakar jer dewan...biar rentung...

kerbau-kerbau jenis nie la yang buat hidup rakyat makin celaru...
nak buat korban raye haji pun tak sesuai....

malu kat bangsa lain la oit...
korang tu melayu negori..
kan penuh dengan adat pepatih, sopan santun, hormat menghormati...

apa sudah jadi oit....
mane pi korang punya adat..???
mane korang selit sopan santun korang..???
mane korang 'roket' korang punya hormat menghormati....

oit orang negeri 9...
bangun la....
dah nak senja dah nie...buat apa tido lagi.....

kucingsiam berkata...

meow~

biasalah tuh ... sekadar baling kerusi, cerita lamaaaaa dah. MCA MIC pon macam tuh jugak ... rampas mikrofon, baling botol air.

Kenalah garang kalau nak rebut kontrak. Kalau jinak-jinak nanti bini anak kelaparan.

Lain kali mungkin baling bom, C4, siapa tahu ...

Fadzli Kadir berkata...

Kah...Kah...Kah...

Kucingsiam kata" ...Lain kali mungkin baling bom, C4, siapa tahu ..."

Kah..kah..kah.

ilhamputra berkata...

apesal la sampai nak bergaduh tu.memang memalukan betul la wakil rakyat ni

Berita Sukan Terkini