PULAU PINANG 16 Jan. — Umno Pulau Pinang membidas aktivis politik Hishammudin Rais kerana menyalahgunakan forum mengenai keganasan Israel di Palestin yang diadakan di Dewan Sri Pinang di sini Rabu lepas bagi mengutuk kerajaan Barisan Nasional.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim berkata beliau bersama lima lagi rakannya dari Umno bertindak keluar dewan apabila Hishammudin menyamakan kerajaan BN dengan Israel pada forum anjuran negeri itu.
“Dia tuduh kerajaan BN runtuh kuil Hindu dan macam-macam lagi, menyamakan BN seperti Israel. Mana boleh dia kata macam tu,” katanya kepada Bernama hari ini.
Azhar berkata semua anggota panel forum itu antaranya Ketua Menteri Lim Guan Eng, kedua-dua Timbalan Ketua Menteri, Mohammad Fairus Khairuddin dan Dr P.
Ramasamy dan beliau sendiri, hanya menyentuh soal kekejaman rejim Israel terhadap penduduk Palestin.
“Saya ada bercakap dengan Ketua Menteri mengenai perkara itu pada malam itu dan beliau sendiri tidak bersetuju dengan tindakan Hishammudin itu,” katanya.
Azhar berkata dalam usaha membantu rakyat Palestin, semua pihak perlu bersatu dan mengetepikan fahaman politik masing-masing.
“Topik forum itu tentang Israel dan Palestin, kenapa perkara penting macam ni pun nak dipolitikkan? Lagipun siapa dia (Hishammudin) nak cakap tentang perkara itu. Dia hanya aktivis politik,” katanya.— BERNAMA
JIKA KAU MENANGIS TENTANG GAZA
Jika kau lihat rumah di gaza itu runtuh
Hati kau kecai berderai
Air mata kau meleleh panas
Kalehlah mata kau
Dan lihat rumah rumah di berembang di runtuhkan
Hati kau wajib berderai juga
Bila kau lihat rumah di hebron roboh
Kau lihat juga rumah di plentong roboh
Jika kau lihat rumah di jannin rutuh
Kau lihat juga rumah di chu badak runtuh
Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang padri
Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang rabbai
Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang imam
Tangisan seoarang ibu di gaza
Adalah tangisan seorang ibu di ulu yam
Tangisan seorang di tel viv
Adalah tangisan seorang ibu di jemapoh
Ibu yang anaknya hilang di padang pasir negev
Adalah ibu yang anaknya hilang di kamunting
Ibu yang suaminya hilang entah kemana
Adalah ibu yang anaknya di pukul di brickfield
Kau lihat tanah tanah itu di rampas
Kau perhatikan kondo kondo itu terdiri
Kau perhatikan di tapak rumah itu
Adalah sejarah turun temurun
Tapak rumah itu adalah cerita hidup mereka
Tanah itu di rampas di tebing barat
Tanah itu di rampas di plentong
Tanah itu di rampas di kerpan
Lihatlah tanah tanah palestin di rampas
Lihatlah tanah tanah dayak di rampas
Jika hati kau menngis untuk gaza
Hati kau juga menangis untuk balih dan kapit
Tahukah kau bila jentolak itu datang ke gaza
Jentolak itu juga datang ke simunjan
Jangan kau menangis seorang diri
Jangan kau terpencil keseorangan
Buka kan mata mu sayang
Buka kan luas
Hati kau adalah hati suci
Yang lebih tinggi dari seorang pelestin
Yang lebih tinggi dari seorang dayak
Yang lebih tinggi dari seorang melayu
Hati kau adalah hati seorang manusia
Hati kau adalah juga hati aku sayang
Jumaat, 16 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
37 ulasan:
Konsep zionisme yang tidak berperi kemanusian seperti meroboh rumah, membedil sebuah negeri, mengkasari hak-hak asasi manusia dan menindas sulit untuk masuk dan diterima oleh para pemimin mahupun mantan pemimpin. Mereka tidak tahu tiada bezanya darah manusia di mana saja, baik orang Asli, Hindu, inggeris, Palestin dan ..... dan mereka enggan menerima hakikat bahawa tindakan membunuh, meroboh kuil ke masjid di Palestin adalah bentuk yang serupa tapi beza sedikit skala atau caranya. Datuk Azhar tidak mungkin dapat terima penggunaan ISA itu adalah salah kecuali oleh BN/UMNO atau AS sedangkan itulah cara Zionis bertindak terhadap orang yang difikir akan menjejas kedudukan kuasa atau pemerolehan keuntungan apa jua bisnes.
Itulah manusia sulit nak faham konsep penindasan itu sama diguna pakai oleh banyak rejim di atas bumi ini.
peeergh!!! benar! tepat! aku sokong!!!!
biasa la tu bro depa tu bengong, semut seberang laut nampak, bangkai dinaso dalam seluaq xnampak
Sedey la sajak bro ni...
Hati bagai disiat-siat...
Teruskan berkarya, biar panas menggelegak telinga org UMNO...
Dorg tu sensitif bila kena hentam, tpi bila dorg aniaya rakyat tak nak mengaku...
Prom Shima. Babai!
Dear Saudara hisham,
I've watched your discussion on Astro with YB Ibrahim.
I am totally agree with you on your view, and 100% disgusted with the YB UNPREPARED & DENIAL ATTITUDE throughout the live session.
Ada lagi Sham
KAMPUNG TANJONG TOKONG
terbiar MACAM DI GAZA
BN tak amik tau macam mana Zionis bom manusia-manusia di Gaza..
-malcolm-
Bro Hisham.... teruskan apajua kepercayaan yang bro anuti kerana jelas dan nyata bro punya kekuatan tersendiri utk berdiri tanpa perlu meminjam kaki orang lain.
Teruskan ...
Salam..
Apa bezanya air mata itu
Apa beza rumah yang runtuh itu
Apa beza rampasan tanah itu
Malah ada yang sanggup menbunuh
Tiada bezanya..
Selagi sistem kapitalis dan fahaman zionisme diamalkan,ini akan merosakkan akidah umat Islam itu sendiri.
"Lagipun siapa dia (Hishammudin) nak cakap tentang perkara itu. Dia hanya aktivis politik"...
hahahhah...bodoh punya gombolan..dah banyak duit rakyat ko kebas...!!...sedap2 je ko ckp aktivis politik tu sape??...bro kalau gua dah lama gua lada mulut dia!!!...ingin bagus sgt jadi pak menteri mkn duit rakyat je tau....
hahahha,, tataw nak ckp pe?
Apa lagi nak dikata? Bila sendiri buat taik, mana nak mengaku. Tapi, untuk sanjungan, cepat mengaku semua kebaikan dia yang buat. Teruskan, teruskan perjuangan.
gua sentiasa menyokong pendirian bro isham. pedulikan setiap kata gerombolan.
mereka hanya tahu menyalak. tanpa sedikitpun memanfaatkan fungsi otak.
Alangkah indahnya kata-katamu bang. kau memang dilahirkan seorang pemikir dan sasterawan sekaligus!
tak patut kau kata kerajaan BN sama macam kerajaan zionis..
sepatutnya kau kata KERAJAAN BN LEBIH KEJAM DARI KERAJAAN ZIONIS..
sebabnya?
zionis rampas tanah org palestin dan beri kepada rakyat sendiri..
BN pulak rampas tanah rakyat sendiri dan beri kepada org luar..
contoh? banyak..ambik 1 dah la.. tu WPI tu..
Salam abang Isham,
Ayat poweeerrrrr. Pemimpin UMNO rupanya ada yang tak reti baca yang maksud yang tersirat. Sedih ....sedih.
Bila kena batang hidung sendiri....mulalah cari alasan yang bukan2. Malaun ... Malaun.
Apa pun yang saudara nukilkan .... saudara memang dalam kelas golongan seperti saya. Saya rasa dekat dengan tulisan saudara.
Go on Isham!
Psst!
ATM plan nak beli robot ganti askar.
Kahkahkah.
Sapa pulak yang dpt kontrek bekal robot? Sapa pulak dpt komisen?
Bik mama dapat robocop?
Sombong bongkak bagaikan luncai
Yang bodoh para pecacai
Mentadbir negara main cincai
Rakyat berjuadah sayur kucai
Hati merintih hancur berderai
Altantuya hancur berkecai
Boleh kawtim boleh selesai
siapa isham rais? tanya azhar ibrahim.
isham bukan rasis yang koyak gambar koh su koon kerana dia berbangsa cina.
isham rakyat, dia wakil kepada suara rakyat.
dia wakil rakyat tanpa kerusi
hehehe..melayau sebab bukan yatimla nie...kekeke..atau mat mulut berbuih..ingat tadi hishamuddin,rais...kakakaka...
Berani Azhar tu bertanya "siapa hishamuddin rais tu?"
Dia tak tau ke yang Isham ni pernah mengangkat senjata di Palestin menentang israel ?
jgn risau bro,i'm on ur side...
bile isu palestin ini di bincangkan,saye teringat apa yg bro cite...negare ni x de beza ngan israel..so,xde hak utk kite kutuk israel,padehal kite sendiri juga lakukan...
i agree ur points da forum is rough and to be a sensetive one 4 dat forum,but....it's a fact...
i will always support n be on ur side bro
truskn bagi idea anda kepada saya dan seangkatan dengan saye...
salam
“Topik forum itu tentang Israel dan Palestin, kenapa perkara penting macam ni pun nak dipolitikkan? Lagipun siapa dia (Hishammudin) nak cakap tentang perkara itu. Dia hanya aktivis politik,” katanya.
Azhar masih nak tunjuk ego.
Siapa dia nak cakap?Dia hanya aktivis politik.
Sebelum dia tanya macam tu,dia kena tanya diri dia sendiri,siapa dia kalau rakyat tak undi dia?
YB-YB yang wujud ni semua pentingkan ego sendiri,tak boleh terima hakikat yang dorang pun sama macam Zionis.
Tanah orang Kelabit,Iban kat Bakun tu apa dah jadi?
Bakun tak siap2,orang merana-dana.
Sudah lah Azhar,sick with people like you.Runtuhkan rumah rakyat atas nama pembangunan,sama gak ngan Zionis,runtuhkan rumah rakyat atas nama Yahudi.
tukar tiub memmang ganas giler dan cool dalam astro! tapi betulke pengacara tu cakap tukar tiub ni seorang ahli parti keadilan?
haha. taktik lama guna media tuk membalas serangan... kesian aku tgk puak gerombolan yg hanya layak jadi lembu dalam kandang fedlot. hanya tau nk makan smpai obese... pastu kena sembelih oleh tuan ladang... kahkahkah
Aku dok setaman perumahan ngn yb azhar, kenai sgt orangnya.
banyak tanah pertanian di penaga dibeli secara paksa dan dijual pada zionis sepet. sosial hancus,
bila dh dpt duit ribu-ribu skit, mulalah duit tu ke dadah, judi, siam.. anak bini xdihiraukan... anak nk jd penyamun pn x amik port.
ramai bdk yg belajaq smpi PMR, jadi mat rempit dan rempit anak orang. yg minah sangup jalan rentas bendang keluaq malam kerana nk pi Slippery Senoritas di tanjung minum chivas free.
anak muda melayu di penang dirosakkan oleh pemimpin mereka sendiri...
p/s: klu dah try line clear, try plak nasi beratur, nasi minyak telekom bagan, gerenti bau lekat kt tangan seminggu... kahkahkah
bro ada blogger upahan keparat umno kutuk bro...
gua sudah kasi hentam sama diorang..
bro jawab sikit..
link ada bawah ni bro...
http://umnolawanpas.wordpress.com
Hantam saja lah.Azhar dan yang sewaktu denganya memang manusia hipokrit dan menuju munafik.
Hanya mereka
yang 'humanis', 'pluralis' dan 'rasionalis' sahaja dapat memahami karya2 Hisham.
glamer hang. tapi bernama ni pun satu, berita sebelah je, ada tak editor nak tanya hang betul ke tak dakwaan tu?
FAIR COVERAGE MY ASS
Azhar tu sapa? Baru hari ni ku dengar nama dalam persada politik, sedangkan hishamuddin rais ni aku dengar namanya sejak aku darjah 2 tahun 1973 lagi, hisahmuddin ni sanggup abaikan pelajaran kat UM hanya kerana petani di baling, dah tu terpaksa jadi pelarian di negara orang untuk sekian lama, tapi AZHAR? Azhar ni hanya politikus kereta mercedes, berpolitik untuk mercedes sendiri saja. Jadi Azhar ni kalau nak bandingkan dengan hishamuddin rais ibarat beruk dengan gajah daaa,
"siapa hishamuddin rais" .. habih tu datuk azhar tu sapa??? aku lagi tak kenal sapa datuk azhar... kalo dia tak bising pasal ni, memang aku tak kenal dia pon. ahak..
sudah laaa bn nak kesal2.. media kat luar sane dah bias.. sini pun ape kurangnye, sama tak adil. kat sana tertindas.. sini pun sama. nak BERSATU camana baii.. hang semua pon dok wat kezaliman jugak.
hasimudin raih..lu benar..tt sampai hari nih dok naik kenderaan awam..aktivis sejati...
monyet sarkas termakan cili!
terlompat2 rasa pedas!
"hisahmuddin ni sanggup abaikan pelajaran kat UM hanya kerana petani di baling"
Alahai bodohnya la...suruh p belajar p buat benda lain..tu yg kepala hotak x de ilmuu...
memang ulasan aku x keluar punya. sebab nak kena ada kelulusan drpd pemilik blog. Bodoh punya pemilik blog
Sebab tu la budak la ni, walaupun mengaji tinggi tapi masih bodoh pasai terikat dgn sistem pelajaran yg statik..ikut teori org lain dlm buku semata2... tak boleh nak pikir sendiri...dlm erti kata penggunaan minda tak diterokai sepenuhnya..guna sekadar 10% fungsi otak.. 90% lagi biaq berkarat sampai tua...Hahahaaa...biaq..biaq!!!!biaq kita terus bodoh!!!!
"Lagipun siapa dia (Hishammudin) nak cakap tentang perkara itu. Dia hanya aktivis politik,” katanya."
Azhar Ibrahim tanya macam tu kepada orang yang pernah menjadi anggota gerila Al-Fatah pada tahun 70an? Woi Azhar Ibrahim! Sedar lah diri tu sikit dengan siapa kau tanya!
Yang ko nak pi ikut teori buku tu 100% buat apa bodoh. Buku tu sebagai panduan je...ko ingat ilmu tu boleh datang sendiri ke masuk dalam kepala batu ko tu..jd kalau x baca ko nak org suapkan ko dgn ilmu2 yg ntah apa apa ntah? bangang punya org.
monsieur..
cava bien?
aku nk mintak izin ko..
aku nak post ko nyer sajak kat frenster...
nk bg bdk2 melayu skang sedar ngan situasi kay malaysia yg cam bangsat...
merci...
Catat Ulasan