Rabu, 21 Januari 2009
SEKALI LAGI - ZIONISMA DAN NILAI MELAYU
Bila saya menulis ini Kuala Terengganu telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Ketika saya menulis ini warga Palestine di Gaza masih lagi di guddam. Ketika saya menulis ini masih ramai lagi warga di negara kita ini kurang faham tentang apakah itu Zionisma.
Zionisma ini adalah satu pandangan politik. Zionisma bukan Orang Yahudi tetapi pengasas Zionisma memang orang Yahudi. Hari ini Zionisma bukan lagi milik eklusif orang Yahudi. Zionisma yang wujud dan sedang mengoddam rakyat Palestine ini, majoritinya didukong hebat oleh individu dan kumpulan yang bukan Yahudi.
Agama orang Yahudi ialah Judaism. Kitab suci agama ini adalah Torah. Rumah sembahyang penganut agama ini dipanggil synagogue. Kepala agama mereka di panggil rabbai. Ini mungkin semua telah diketahui umum.
Wajib juga di ketahui bahawa ramai orang Yahudi sendiri yang menentang Zionisma. Di Isreal sendiri ada kumpulan penganut agama Judaisma yang menentang keras fahaman Zionisma. Mereka menolak masuknya fahaman Zionisma ini ke Palestinee. Untuk kumpulan ini mereka percaya bahawa fahaman atau idealoji Zionisma ini telah membawa porak peranda dan kesengsaraan terhadap orang-orang Yahudi di seluruh dunia dan juga kesengsaraan yang tidak terhingga kepada warga Palestine.
Kumpulan ini bernama Neturei Karta – mereka ini pada tahun 2006 telah datang ke Iran atas jemputan Ahmadinejad Presiden Iran. Neturei Karta bersama rakyat dunia telah mengutuk negara yang dipanggil Israel. Neturei Karta adalah kumpulan Yahudi yang menyokong perjuangan adil rakyat Palestine. Mereka juga menentang Zionisma bermatian-matian.
Ini adalah satu bukti bahawa Zionisma bukan ajaran agama Judaism. Zionisma adalah falsafah yang menggunakan agama sebagai jubah untuk mengabui mata penganut agama Judaism.
Ramai pemikir dan intelektual Yahudi yang unggul dalam ilmu pengetahuan dan falsafah juga menentang fahaman Zionisma. Noam Chomsky adalah salah seorang darinya. Susuk intelektual ini adalah suara Yahudi yang paling lantang menentang keganasan Israel. Albert Einstein ahli sains yang menemui teori e=mc2 adalah seorang Yahudi yang anti-Zionis.
Di Israel sendiri ramai orang Yahudi-Israel yang menentang fahaman Zionis. Mordechai Vanunu adalah contoh terbaik warga Isreal yang menentang Zionis. Susuk ini telah membocorkan kepada dunia tentang senjata nukler Israel yang kini tersimpan secara rashia di padang pasir Negev. Vanunu diperangkap dan culik dari London untuk di bawa pulang ke Israel.
Kerana membocorkan rashia ‘bom nukelar’ Israel dan memberi amaran kepada dunia tentang bahayanya Zionisma - Vanunu telah dipenjara selama 20 tahun semenjak tahun 1986. Selama 18 tahun Vanunu telah kurung bersendirian. Bila dibebaskan, Vanunu terus ditahan lagi. Hingga ke hari ini Vanunu tidak boleh keluar meninggalkan Israel.
Pada ketika saya menulis ini berpuluh-puluh anak muda Israel yang sedang di penjara kerana tidak mahu mengangkat senjata membunuh warga Arab Palestine. Juga terdapat beratus-ratus anak muda dan warga Israel telah lari meninggalkan Israel kerana menentang perang dan keganasan daulah Israel.
Semua ini adalah bukti bahawa bukan semua Yahudi Zionis. Bukan semua Yahudi menyokong Israel.
Saya mengulangi ini kerana saya perhatikan terlalu ramai warga di Malaysia ini menganggap konflik Palestinee/Israel ialah konflik agama. Terutama dikalangan orang Melayu. Ini satu pandangan yang salah. Konflik di Palestine bukan konflik agama. Konflik di Palestine ialah konflik hak milik bumi tanah Palestine. Konflik ini lahir kerana bumi tanah Palestine telah di rampas oleh penganut fahaman Zionis untuk mendirikan apa yang di panggil Israel.
Konflik di Gaza, Tebing Barat, Jenin, Hebron – konflik Arab/Israel – bukan konflik diantara penganut agama Islam dengan penganut agama Yahudi.
Wajib di ketahui ada hampir 10% warga Palestine beragama Kristian. Hanan Ashrawi perempuan yang pada tahun 1980'an dahulu sering kita dengar namanya kerana memulakan rundingan damai Palestine/Israel ialah seorang Kristian. Arwah Edward Said intelektual pemikir bertaraf dunia itu adalah seorang Kristian. Arwah George Habaash pemimpin Popular Front for Liberation of Palestine beragama Kristian. Kristian di Palestine adalah Kristian yang berasal usul dari susur galur pengikut Nabi Isa. Ini kerana Nabi Isa dilahirkan di Nazareth – di Palestine.
Betul agama dilihat memainkan peranan penting tetapi yang di perjuangkan ialah menuntut kembali bumi Palestine yang telah dirompak dan di rampas oleh penganut fahaman Zionisma. Tanah air Palestine yang telah di rampas ini telah melahirkan nasionalisma Palestine. Semangat nasionalisma Palestine inilah yang membolehkan rakyat Palestine terus berjuang bermati-matian menentang bala tentera yang terbesar di Timur Tengah.
Kita wajib memahami dengan lebih dalam tentang apa itu Zionisma. Fahaman ini percaya kepada satu bangsa – bangsa Yahudi. Hanya bangsa Yahudi sahaja yang terpilih. Yahudi sahaja yang ada hak keistemewaan di Israel. Bangsa-bangsa lain diangggap bangsa kelas kedua. Agama orang lain salah. Kitab suci agama mereka sahaja yang betul. Kitab suci agama lain di anggap menyeleweng. Hanya agama mereka sahaja yang dipilih oleh Yang Maha Esa. Justeru di sini jelas bahawa Zionisma ialah satu fahaman rasis.
Apa yang kita lihat di Gaza dan Tebing Barat hari ini adalah manifestasi dari fahaman ini. Keganasan yang wujud di bumi Palestine adalah hasil dari falsafah rasis Zionisma. Merompak tanah-tanah warga Palestine, menghalau orang Palestine keluar dari tanah air mereka adalah juga manifestasi dari fahaman rasis Zionisma.
Kita dikatakan hanya dapat memberikan bantuan ubatan-ubatan, wang ringgit, makanan atau menerima warga Palestine datang ke negara kita untuk belajar atau menetap. Semua ini betul. Semua ini amat-amat dihargai. Semua ini adalah kerja baik yang wajib di teruskan. Tetapi saya menolak pandangan yang mengatakan bahawa kita tidak dapat membuat apa-apa lagi untuk menyokong perjuangan rakyat Palestine. Pasti ada lebih dari ini yang dapat kita sama-sama lakukan.
Pada hari ini bukan susah untuk kita memahami bahawa pendukung unggul fahaman Zionisma dan Israel ialah Amerika Syarikat. Ini bukan kerana adanya Yahudi di New York atau di California. Zionisma wujud kukuh di Amerika kerana kepentingan ekonomi Amerika pada ketika ini berjalan selari dengan kepentingan fahaman Zionisma dan Israel.
Bukan sahaja Zionis Israel mendapat sokongan kuat dari Amerika malah – Kesatuan Eropah – Peranchis, German, Itali – semuanya menyokong Israel. Ini bukan kerana mereka cintakan Yahudi atau benci kepada Palestine – TIDAK. Mereka menyokong Israel kerana kepentingan ekonomi mereka.
Ekonomilah yang menjadi asas kepada fahaman Zionisma ini. Pemodal–pemodal global melihat bahawa Zionisma dapat membantu mereka meneruskan dan mengembangkan modal mereka. Kaum pemodal antarabangsa melihat fahaman Zionisma ini sedang memberikan keuntungan melimpah ruah.
Industri persenjataan dunia bergantung kepada perang. Dengan wujudnya perang atau konflik yang berkemungkinan membawa perang adalah cuaca dan suasana yang amat baik untuk pembuat dan peniaga senjata antarabangsa. Israel yang sedang memporak perandakan Timur Tengah adalah pemangkin perang.
Lihat bagaimana Amerika menjual dan membekal senjata kepada Isreal. Ini menakut-nakutkan negara-negara Arab. Suasana takut ini memberi peluang kepada Amerika untuk menjual senjata kepada Mesir, Jordan dan Saudi Arabia. Negara-negara ini tidak ada bezanya dengan Zionis Israel. Mereka tidak berani secara terbuka menyatakan sokongan kepada Israel – takut kepada rakyat mereka sendiri. Tetapi perangai dan tingkah laku terhadap warga mereka tidak jauh berbeza dari apa yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestine.
Bila telah memahami semua ini saya rasa kita akan dapat melakuan lebih dari apa yang sedang kita lakukan hari ini. Ada satu pekara yang dapat kita lakukan bersama yang pasti akan memberikan tamparan maut kepada fahaman Zionisma. Pekara ini ialah menentang sifat dan fahaman Zionisma di mana sahaja ianya berada.
Zionisma pada ketika ini bukan lagi bergerak di Israel atau di Palestine sahaja. Zionisma telah menjadi fahaman yang meluas dan telah melintasi sempadan Israel. Jika sesiapa memiliki ciri-ciri fahaman rasis yang telah saya nyatakan tadi bermakna mereka juga adalah pendukung fahaman Zionis. Zionisma ialah kezaliman.
Disini ingin saya nyatakan bahawa kita tidak perlu ke Palestine untuk menentang kezaliman. Apa yang perlu kita lakukan ialah menentang kezaliman dan kejahatan dimana sahaja ianya berada termasuk dalam negara kita sendiri. Zionisma tidak memiliki sempadan.
Tetapi, saya agak kecewa apabila melihat orang Melayu berlumba-lumba bangun menentang Isreal yang zalim. Mereka bertempik marah apabila rumah di runtuhkan di Hebron. Tetapi mereka tidak bersuara apabila rumah di runtuhkan di Kampong Berembang atau di Plentong atau di Chu Badak. Orang Melayu marah apabila Masjid di roboh di Jenin tetapi orang Melayu tidak marah apabila melihat gereja Orang Asal diruntuhkan di Gua Musang.
Orang Melayu keluar berdemo kerana tanah rakyat Palestine di rampas tetapi mereka tidak pula bersuara apabila tanah-tanah Orang Penan di rampas. Atau tanah adat di Serawak satu demi satu dirampas oleh pemodal antarabangsa.
Hairan. Dimana silapnya fikrah Melayu ini ? Kenapa bangsa Melayu memiliki nilai yang setengah jalan. Dimana akal fikrah mereka terputus. Kalau di Palestine mereka yakin rakyat Palestine sedang di zalami. Kenapa apabila orang Penan dizalimi hati mereka tidak tergerak untuk membantu. Apakah mereka tidak memahami bahawa zalim dan kejahatan itu tidak berbangsa dan tidak beragama. Kebaikan dan keadilan juga tidak berbangsa dan beragama.
Orang Melayu tidak dapat menerima Ketuanan Yahudi tetapi bagaimana orang Melayu yang sama dapat pula menerima Ketuanan Melayu. Dimana songsangnya fikrah Melayu ini. Apakah mereka telah terputus nilai kemanusiaannya?
Justeru sesudah membaca tulisan ini marilah kita bersama-sama meneliti dan menilai kembali nilai Melayu kita. Apakah kita benar-benar faham tentang kezaliman dan keadilan. Atau kita hanya menjadi Pak Turut – berGaza ke hulu berGaza kehilir. Orang bercakap hal Gaza kita bercakap hal Gaza tanpa kita melihat ke dalam hati nurani kita sendiri.(TT)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
33 ulasan:
TT memang tepat , padat , pedas , "On target (dengan izin)"dan "berat" kan kepala keparat si pak turut-pak turut yang suka dengar cerita daripada politikus yang suka main agama.
Zionist ialah fahaman untuk control power,control duit dan control semua pak turut. Tiada kaitan dengan mana -mana agama ataupun bangsa.
Saya sendiri ada kawan karib bangsa Yahudi dan satu lagi orang Israel tinggal di US of Amerika .Dia orang tak zionist pun, dia kepala macam Pakatan rakyat punya.
Cuma kerajaan israel yang zionist.
Tak perlu pakai teropong untuk lihat jauh-jauh sampai Israel.
Dalam PutarJaya dah ada banyak zionist. Malaysia dah lama ada umnoist , umno dah lama ciplak zionist punya kerja.
Mca , mic dan pundek pundek pundek semua jadi pak turut sebab duit dan power punya pasal.
Sesiapa yang tak baca apa yang di tulis oleh TT, memamg rugi dan haprak.
Betul Isham,
Yang berlaku depan mata haram buat-buat tak nampak. Fikrah Melayu disesatkan dengan medium media mainstream yang sememangnya menipu melayu.Ini menipu.Ini buat Melayu jadi bodoh.
Apa kess?!
Tipu aa Madey!
panjang sangat speech abang kali ini.Memori span pembaca kat sini memori ikan.Mana nak ingat semua tu.
Saya rasa kita tak boleh kotak-kotakkan conflict di Palestin.It can be all those you denied.It can be isu agama (Islam-Yahudi).It can be isu politik dan nationlisme.Tidak ada manusia atau politik yang boleh dikotak-kotakkan (compartmentalised).A matter of perspective.Sebagai orang Islam, saya lihat ia sebagai isu saya harus menolong saudara seIslam saya dari dikunyah hidup-hidup oleh musuh Islam.Rabbi mereka pun hasut Olmert supaya membunuh musuh mereka ikut cara Torah.Baca suratkabar mereka tentang hal ini.
rencana yang bagus. patut dibaca oleh banyak org.. saya juga berfikiran sama, cuma x pandai menulis atau berkata.
hapuskan ISA!
Zionisme is all about feel superior,feel greater than everyone,and only single race who has so called 'divine gift' from God to punish other race.
Aku ada gak mention about boycott,ramai la melenting bila aku cakap "kalau nak boycott,kosongkan supermarket".
http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/2009/01/kalau-nak-ikut-boycottkosong.html
Ya,kita suka boycott particular items je,pasal isu Israel-Palestin ni paling famous,kita hanya kecoh2 nak boycott barangan sokongan Zionis?
Zionis disokong oleh kapitalisme,jadi kalau nak boycott Zionis,boycott la kapitalis!
Cool...
hi Isham,
I am alarmed at how you project the meaning of zionisme to the notion of Malay sovereignty in Malaysia. Kalaulah Melayu ni zalim sangat, kenapa bangsa lain boleh hidup lebih makmur di sini berbanding di negara asal mereka. Come on lah Isham. Let us be fair.
Deep in your heart you know that the jews are zionists, and zionists are jews. Nama-nama yang you sebut anti-zionist itu hanya melukut sahaja dalam gerombol Yahudi itu. Macam melayu pun, ada seorang dua individu yang songsang, contohnya macam you Isham. Seorang dua yang songsang itu tidak akan menidakkan fakta bahawa Yahudi adalah zionists. Premis untuk andaian you tu terlalu lemah.
professor tua, you mane tahu bangsa lain dapat hidup makmur?Wa bangsa lain dari melayu.hidup wa mayak kaco maa kt malaysia.mana ada makmur.isham cakap ada betol.mayak betol.
Tukar tiub,
Jangan salahkan melayu sekiranya mereka tidak melihat apa yang berlaku kezaliman dalam negara sendiri. Tapi anda perlu menyalahkan pemimpin melayu yang menyeleweng dengan mengguna pakai dasar zionisma.
Bangsa melayu amat menghormati ketuanya, jika menentang... mereka dianggap sebagai menderhaka. Budaya takut ketua ini diguna sebaik mungkin oleh pemimpin UMNO untuk kepentingan diri mereka.
Oleh kerana itu dalam parti UMNO kita lihat bangsa melayu seperti lembu dicucuk hidung, mengikut saja kearah mana ia ditarik.
Bangsa melayu sudah mengamalkan dasar zionisma sejak zaman berzaman nenek moyang mereka dan sikap bangsa melayu sememangnya bersikap kejam lagi zalim malah lebih zalim dari yahudi-Israel. Tapi agama islam telah merubah sikap itu dari keburukan menjadi kebaikan.
Hari ini kita lihat yang gunapakai dasar zionisma adalah UMNO-BN. Kini ahli mereka keliru diatas tindak tanduk para pemimpinnya yang mengamalkan dasar zionisma secara terancang....
Anda bangsa apa..?
Rencana terbaik yang telah saya baca untuk tahun 2009 sejauh ini serta mengenai isu Zionisma, Palestine dan patologi kejahilan warga Malaysia terhadap kezaliman yang berlaku di muka bumi mereka sendiri.
Tulisan saudara Hisham ini harus dijadikan recommended reading — bahan bacaan yang disyorkan.
Perkara sebenar sekitar isu Zionisma telah dikapsulasi secara ringkas dan tepat, dan telah dikaitkan dengan isu menentang kezaliman dalam apa bentuk jua tidak kira warna kulit atau kepercayaan, walau di mana jua, terutama sekali di tanah yang dipijak kita sendiri. Poin terakhir ini amat relevan kepada kita sebagai warga Malaysia, dan adalah harapan saya agar pemuda-pemudi generasi baru kita lebih sofistikated dan pluralis dalam pemahaman, pemikiran dan bacaan mereka akan isu kritikal seperti ini.
Seperti juga saudara Hisham, saya juga seringkali mendengar orang Melayu beriuh mengadu jengkel bahawa masalah Palestine ini adalah satu "perjuangan/jihad Islam". Alangkah salah dan tersesat pemahaman ini, masakan seluruh umat Palestine termasuk orang Kristian Palestine berpadu tenaga untuk melawan okupansi tanah mereka.
Dan seperti dibangkitkan saudara Hisham dalam eseinya, soalan-soalan yang paling menarik dan membingungkan mengenai atitud warga Malaysia, terutamanya Melayu, adalah:
(a) Mengapa diendahkan pembinasaan kuil orang Malaysia beragama Hindu di Malaysia tetapi melenting apabila masjid dirobohkan di Jenin, misalnya?
(b) Mengapa racisma Zionis dikecam tetapi racisma berbentuk Melayu didakap erat?
(c) Mengapa "saudara" atau "persaudaraan" itu satu istilah yang digunakan khas di antara Muslim (atau Melayu) sahaja dan bukan dengan setiap insan lain yang lahir di tanahair ini tidak kira agama atau warna kulit?
Jawapan kepada soal timbulnya atau tidak satu Malaysia yang benar-benar damai, makmur, moden, adil dan penyayang adalah di sebalik renungan ikhlas anda akan soalan-soalan yang saya kemukakan di atas.
Sekian,
P.S.
bro hisham...ini memang cool abis hahah
BENAR! TEPAT! BETUL!!! Ramai kumpulan2 'ketuanan melayu' tak nampak. Ya. Mereka kelihatan begitu hipokrit sekali bila melaungkan "Hidup Melayu". Mereka adalah musuh kita. Ya. kita semua yang membenci fahaman zionisme!!!
KAH KAH KAH..SAPA KATA ZIONISMA NI BUKAN YAHUDI? NAPA NAMA ZION? SIAPA TUBUH ZIONISMA NI? KENAPA WUJUD ZIONISMA NI? BRO..KAJI DULU SEJARAH...BILA WUJUD FAHAMAN ZIONISMA NI? MANA BLEY CAKAP BUKAN YAHUDI...DARI ZAMAN MANA WUJUD BENDA NI? ATAU BRO NAK BUAT FAHAMAN NI DI MELAYU KAN PLAK..TAK BLEY SEMBARANGAN LETAK NAMA BRO..LU MEMANG KARYAWAN KOT..TAPI GUNA LA NAMA LAIN..TIADA ZIONISME NYA DI MALAYSIA NIE..CUMA BRO SALAH PAHAM JER..GUNA LA PERKATAAN LAIN..UMNONISME KE.."BN"NISME KE..KAN LAGIK PEDAS...YAHUDI TETAP DGN ZIONIST NYA...
Isu pokok tentang isarael-palestine ini pada asalnya bukan berkisar tentang agama. Ianya melibatkan Hak rakyat Palestine untuk mengujudkan sebuah negara. Walaubagaimana pun bila kita berbicara tentang orang islam tak dapat tidak pengaruh agama itu akan masuk sampai satu tahap yang dibenarkan oleh agama. Ajaran agama mewajibkan umat islam melawan kezaliman. Apa yang berlaku di Palestine adalah proses melawan kezaliman tentera Israel. Maka tidak salah kalau pengaruh islam itu masuk sampai takat melawan kezaliman sahaja. Sebab itu terdapat istilah jihad di dalam islam. Jihad tak semestinya hanya tertumpu kepada protes guna senjata. Protes guna penulisan juga adalah jihad. Jadi gunalah akal kita untuk menentukan yang mana sesuai ikut keadaan masa dan keadaan. Jihad di palestine mungkin sesuai menggunakan senjata tetapi di Malaysia saya belum nampak lagi kesesuaiannya. Masalah di Malaysia ini orang islam terlalu beremosi dan jahil mengenai agama dan sebab itulah rata-rata mereka membenci Yahudi kerana bangsa mereka yahudi bukan kerana dosa yang mereka lakukan.
Salam..
Inilah topik yang tak akan difahami oleh golongan Gorombolan atau buat2 tak tau demi menjaga kepentingan.
国阵和amno 公共的聚会
Ugama "melayu" mengatasi ugama "islam" selama ini.
catatan yang bagus tapi terlalu terbuka. saya setuju kebanyakan ulasan tentang kezaliman zionis dan kaitan dengan apa yang berlaku dalam negara kita. namun ada beberapa perkara yang tak dapat diterima dan ada beberapa perkara yang perlu lebih dperincikan.
yang pertama, isu kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh israel / yahudi ini akan sentiasa berkait dengan agama. ini kerana mereka menganggap islam adalah musuh tradisi mereka hingga ke hari kiamat. saya tak kaji sangat tentang agama yahudi tapi saya belajar dalam islam (tak ingat sumber dari alquran atau hadis nabi) mafhumnya menyatakan "orang2 yahudi tak akan berdiam diri untuk memusnahkan agama islam selagi orang islam tidak mengikut cara mereka hatta ke lubang tanah" sejarah juga jelas menceritakan hakikat bahawa kebanyakan nabi2 turun dalam bangsa yahudi dan mereka akhirnya merasakan bangsa mereka adalah bangsa terpilih. sejarah islam juga menceritakan umat yahudi ini adalah bangsa yang paling khianat dan engkar. lihat saja sejarah nabi2 sebelum nabi muhammad. betapa engkarnya umat2 terdahulu ini.
lantas apabila rasul terakhir, nabi muhammad S.A.W diturunkan, mereka tidak dapat menerima hakikat nabi terakhir yang diutuskan ini untuk seluruh ummat ini berbangsa arab dan mereka menjadikan islam sebagai musuh nombor 1 mereka.
jadi, apa yang berlaku kepada palestin sekarang ada kaitan dengan perebutan baitul maqdis dan ini semestinya adalah isu agama.
pada pendapat saya, di malaysia bukan isu zionisma. tapi ia adalah isu asabiyyah. dan ketahuilah orang2 yang asabiyyah ini nabi kata "mereka bukan dikalanganku"
fikir2 kan lah...
namun 1 perkara yang pasti. semua bangsa sama saja. sebab kita tiada pilihan untuk memilih bangsa kita. tapi hanya satu sahaja agama yang benar. iaitu agama islam. tapi kita ada kebebasan untuk memilih agama. maka disinilah terletaknya nilai dan pentingnya akal yakni untuk membuat pilihan beragama. jgn kata semua agama sama sbb ini jelas sekali tidak benar.
YB Tajudin Rahman dari Pasir salak dah terangkan dan cerita ini semua dalam astro itu hari.
jadi tak payah la isham kau tulis semua ni lagi hahahahaha
dulu masa forum di penang 6 ADUN keluar dewan, sekarang kalau diorang semua baca ini mesti keluar terus blog ni hahahaha
(a) Mengapa diendahkan pembinasaan kuil orang Malaysia beragama Hindu di Malaysia tetapi melenting apabila masjid dirobohkan di Jenin, misalnya?
(b) Mengapa racisma Zionis dikecam tetapi racisma berbentuk Melayu didakap erat?
(c) Mengapa "saudara" atau "persaudaraan" itu satu istilah yang digunakan khas di antara Muslim (atau Melayu) sahaja dan bukan dengan setiap insan lain yang lahir di tanahair ini tidak kira agama atau warna kulit?
(ulasan oleh pak sako)
maaf lah saya cuma nk mengulas sikit.ini pendapat saya..
a)tiada kerajaan yang berhak mengganggu atau menyekat kebebasan beragama. ini termasuk meruntuhkan tempat ibadat. namun saya sebagai islam tidak akan membela perkara ini kerana saya tak mahu membenarkan agama mereka (yakni menyatakan agama mereka agama yang benar). ini soal orang2 agama hindu dengan kerajaan. biarla mereka yang menentang kerajaan. mereka yang patut lebih concern dan bersatu menentang kerajaan. kita blh sokong atas dasar kemanusiaan saja. bukan jadi front line yang sanggup berkorban untuk agama lain. tapi kita blh lawan habis2an bila agama kita sendiri yang dinafikan hak. namun andainya budaya (budaya dan agama adalah berbeza) org2 india yang dicabuli, maka kita blh la tolong2 mereka ini. macam tok guru nik aziz, perayaan agama lain dia x pergi rayakan sekali. tapi klu perayaan budaya bangsa lain yang tak berkaitan agama, dia pergi.
b) racism zionis dengan racism melayu lebih kurang ja. tapi dalam islam, kita panggil asabiyyah. asabiyyah bermaksud "kamu tolong bangsa / puak kamu untuk menzalimi bangsa / puak lain"
nabi tak mengaku umat. klu nabi tak ngaku umat, takde can nk masuk syurga. ini yang patut kita tanam dalam diri. klu org bukan islam paham hal ini, mereka pun akan sokong pas. bukan sokong gerombolan. silap2 mereka akan masuk islam terus.
c)setiap orang2 muslim itu bersaudara. sebab itu kita lebih concern dengan saudara seislam tak kira la kat malaysia ke kat palestin. kita dengan agama2 lain pula saudara satu spesis. semua datang dari tok adam. ikatan saudara satu agama wajib diutamakan melebihi saudara satu spesis. namun saudara seagama yang jahat2 yang asabiyyah tu, biarla orang2 islam yang lawan. sbb tu ada parti pas. lawan tetap lawan !!!
Professor Tua (saya harap anda bukan kategori kangkung),
Hisham telah menerangkan dengan panjang lebar persamaan antara sikap dan perbuatan zionis yang berlaku di Gaza dan di sini.Pelbagai contoh telah diberikan namun nampaknya pemikiran anda 'adalah separuh jalan' sama seperti contoh 'nilai Melayu' yang Hisham maksudkan.
Kalau kemakmuran yang anda hujahkan benar2 berlaku di sini kenapa perlunya Hindraf menuntut itu dan ini. Bukankah kerana mereka tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka?
Kalau ada kemakmuran kenapa perlunya ada akta yang tidak demokratik malah tidak berperlembagaan (unconstitutional)seperti ISA, OSA AUKU dan sebagainya?
Zionis tetap suatu 'fahaman dan sikap' yang tidak identik dengan bangsa Yahudi sahaja! Ia boleh menjangkiti sesiapa pun.
Premis siapa yang lemah disini?
dokumnetari ttg palastine..
ada bezanya org islam dan kristian..
org islam ditndas lebih
TT, walaupun jauh merantau..semakin hari semakin tua..
drpd penulisan yg dibaca..brader ni belum matang sepenuhnya..
zahir dan batin...
tetapkan arah dan niat perjuangan anda..demi Allah atau omong2 kosong..
salam, jumpa lagi.
See this video:
http://video.google.com/videoplay?docid=-2451908450811690589
aku ikut imam ahmadinejad, menentang fahaman zionis, menghormati agama yahudi. Allahu Akbar!!!
since u write so understandable about zionisme, what about u write about islam too?? would it be a fair one??
Thanks
Professor tua... sekurang-kurangnya perangai zionis tu melekat kat pemimpin kita
Ingin saya membuat penjelasan berkait beberapa komen yang disiarkan di ruang ini.
Mula-mula sekali kepada saudara Saiful:
Selari dengan konteks Palestine dan Zionisma yang menjadi subjek rencana ini, bolehkah saudara kemukakan fakta atau data kukuh yang menunjukkan peluru bom atau senapang mesin Israel lebih "menindas" Arab Palestine Muslim daripada Arab Palestin Kristian?
Harap saudara dapat membuat kenyataan yang berdasarkan fakta dan fikiran akal, dan bukan berdasarkan andaian atau emosi cengkung.
Kepada saudara J:
Sebahagian besar rakyat Iran tidak akan bersetuju dengan pendirian anda mengenai Presiden Ahmadinejad atau polisi-polisi kerasnya. Sekiranya saudara tidak kenal warga Iran, tidak merisik dari orang Iran pendapat dan pandangan mereka, atau langsung tidak pernah melawat negara itu, saya cadangkan saudara kurangkan retorik saudara agar tidak kelihatan terlalu jahil.
Saudara Amba:
Pertama: Saudara berkata, antara lain: ... isu kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh israel/yahudi ini akan sentiasa berkait dengan agama. ini kerana mereka menganggap islam adalah musuh tradisi mereka hingga ke hari kiamat. saya tak kaji sangat tentang agama yahudi tapi saya belajar dalam islam (tak ingat sumber dari alquran atau hadis nabi) mafhumnya menyatakan "orang2 yahudi tak akan berdiam diri untuk memusnahkan agama islam selagi orang islam tidak mengikut cara mereka hatta ke lubang tanah".
Soalan saya kepada anda mudah sahaja -- bagaimana saudara dapat membuat kenyataan-kenyataan di atas dengan penuh keyakinan padahal saudara "tak kaji sangat" agama Yahudi dan "tak ingat sumber" dari Al-Quran/Hadis? Memandangkan saudara "tak kaji sangat" dan "tak ingat sumber", bagaimana saudara boleh membuat interpretasi yang tepat mengenai ayat-ayat atau maksud yang terkandung dalam teks-teks tersebut? Soalan yang berikutnya adalah: adakah saudara benar-benar yakin bahawa semua orang Yahudi menganggap sebagai musuh setiap Muslim atau agama Islam? Sekiranya yakin, adakah kenyataan saudara berdasarkan kajian statistik yang jelas menunjukkan buktinya itu? Sekiranya tidak, atas dasar apa saudara membuat andaian ini?
Kedua: Saudara berkata: tapi hanya satu sahaja agama yang benar... jgn kata semua agama sama sbb ini jelas sekali tidak benar..
Soalan saya kepada saudara: Terangkan bagaimana saudara dapat sampai ke kesimpulan bahawa hanya satu agama sahaja yang benar (adakah saudara telah kaji semua agama yang wujud dengan sebaiknya, dan telah membandingkannya mengikut satu metrik yang objektif?). Adakah saudara memandang rendah agama lain berbanding agama saudara? Sekiranya ya, boleh saya tanya -- siapa dia Pencipta segala agama (serta segala bangsa) yang wujud di dunia ini? Sekiranya saudara mengatakan agama-agama lain itu salah, adalah saudara terima bahawa Pencipta kita itu salah atau tidak bijak?
Saudara juga menyatakan bahawa: namun saya sebagai islam tidak akan membela perkara ini kerana saya tak mahu membenarkan agama mereka [iaitu Hindu] (yakni menyatakan agama mereka agama yang benar).
Soalan saya: siapa saudara untuk membenarkan atau tidak membenarkan agama lain? Dan, sebagai Muslim yang sebenar, adakah saudara akan berjuang mempertahankan hak orang lain mengamalkan agama mereka?
Saudara juga berpendapat seperti berikut: ikatan saudara satu agama wajib diutamakan melebihi saudara satu spesis.
Soalan saya: Mengapa harus begitu? Apa dasar pada hujah saudara? Kalau mengikut logik saudara, adakah penderitaan seorang bukan Muslim tidak sepenting penderitaan seorang Muslim? Sekiranya saudara berpendapat bahawa tiada perbezaan dalam penderitaan seorang Muslim atau seorang bukan Muslim, maka tidakkah hujah saudara bahawa persaudaraan keagamaan harus didepankan dari persaudaraan keinsanan salah, malah haram juga?
ya, tidak semua yahudi menyokong pendekatan keganasan.
walaubagaimana pun yahudi dgn apa cara sekalipun tidak akan dapat terima islam sehingga umat islam mengikut telunjuk laknatullah ini.
rujukan utama perlu berlandaskan al-quran. kemudian baru kajian-kajian ilmiah.
Tapi Yahudi pun boleh cakap Islam takkan langsung terima orang Yahudi, jadi siapa yang betul dan siapa yang salah? Hah, camana skrg? Jangan menuding jari kat orang lain, pasal ada 4 jari menuding kat diri kita.
Saudara Amba dan Faizal,
Ketahuilah bahawa Al Quran juga ade bersikap positif kepada Kaum Yahudi dan Nasrani. Ayat yg menyatakan Yahudi/Nasrani tidak akan redha dengan muslim harus dilihat dr konteks sosial dan sejarah ayat ini diturunkan. Tidak boleh membuat generalisasi berdasarkan teks semata2 bahawa kesemua Yahudi anti Islam dan Zionis. Pada zaman Rasulullah pun baginda hanya memerangi Bani2 (Yahudi) tertentu seperti Bani Nadir dan Qurayzah, itupun setelah umat Islam diperangi. Baginda juga tidak anti kepada semua Yahudi/Nasrani malah baginda tidak berdakwahpun kepada Yahudi/Nasrani. Kerana apa? tentunya baginda percaya bahawa agama Yahudi dan Nasrani yg diwahyukan sebelum Islam adalah benar dan sah. Baginda hanya menumpukan dakwah kepada kaumnya sendiri iaitu Quraish. Kecuali, dengan kerelaan penganutnya untuk memeluk Islam (seperti kes seorang hamba Nasrani dari Taif) barulah barulah pertukaran agama berlaku.
Malah sepupu isteri pertama baginda (Khadijah) iaitu Waraqah Naufal yg mengesahkan tanda2 kenabiaan melalui wahyu pertama yg diterima baginda di Gua Hira' adalah seorang Nasrani. Islam sesungguhnya tidak pernah membatalkan agama2 wahyu terdahulu. Semua agama adalah benar dan sah kerana ajaran universalnya tetap sama iaitu menyeru kebaikkan. Penyelewengan ajaran agama berlaku dalam agama apapun.
Apa yg perlu adalah pemahaman menyeluruh tetang ayat2 Al Quran. Perlu dilihat sudut konteks dan bukannya teks semata2. Antara lain, Al Quran membenarkan lelaki muslim menikahi wanita ahli kitab (Yahudi,Nasrani) tanpa pertukaran agama, halal memakan sembelihan mereka, dan amal mereka juga akan dihitung Allah SWT.
Jadi saya menolak sekiranya generalisasi dibuat berdasarkan satu ayat semata2 bahawa Yahudi anti Islam kerana Al-Quran juga jelas sekali ada bersikap positif kepada mereka.
Pada saya, Zionis tidak hanya identik dengan Yahudi, malah sesiapa sahaja yang memilih berfahaman dan berperlakuan seperti mereka adalah dalam kategori Zionis juga.
Cantik cakap abang Shahrizalisme.
Korang yh buta-buta menyerang semua Yahudi atau menyamakan Zionisme dengan semua Yahudi genap genap, jangan tersesat yek. Baca apa yg abang Isham tulis nih betul-betul pastu pikir skit sblum bukak mulut yek.....
bro,saya pinjam artikel ni letak dalam blog.artikel ni sangat bernas dan boleh buat kita faham apa itu zionis.syabas bro.
bro,pinjam artikel.nak letak dalam blog.artikel ni dapat memberi kefahaman apa itu zionis.syabas bro.
Bila kita selidik SALAH pada sesuatu, kita akan jumpa walau sebesar hama...sama jugak bila kita cari BAIK...Mungkin ulasan2 melayu mengenai zionis dinilaikan oleh mereka melalui sejarah silam,keadaan masa kini, dan ramalan masa depan melalui sumber sahih, bila ulasan ringkas..jadi nampak sgt mereka anti yahudi..Apapun pendapat, kita mesti hormat..Sama dari sudut pandangan TT yg bijaksana, juga wajar dihormati. Hal ni memang semua orang tak puas hati sebab masing2 nak tunjuk MANCHO dan rasa pandai.. Kena bising2 cam gini baru MANCHO!!! jadi, pahamla sikit pasal dunia ni, kalu dak asyik duk geram kat budak2 rempit wheely tayar depan ja!!..
Aku pun pernah duk dibawah BOS dari US yg bangsa yahudi. OK..malah..bila komplen pasal gaji, terus dia ambik tindakan, cuma BOS melayu ja yg duk garu kepala duk halang rezeki kami tu...Ada lagi benda baik yg dia buat..nak tau lagi ka? dah la kut,padan patut2la nk puji org pun.
Lagi sekali aku syorkan, ada baik kita buat koleksi dirumah kita (selain buku ilmiah) ialah buku tulisan Dr Ang Swee Chai..judul asal From Beirut to JErusaalam.. Tapi nasib baik ada dlm versi bhs melayu yg diterbitkan oleh HARAKAH, boleh gak aku baca, kalu dlm BI nganga ja lah...
Catat Ulasan