Rabu, 21 Januari 2009
LELAKI MATI MENGEJUT KETIKA DISOAL SIASAT - bernama
SHAH ALAM: Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes curi kereta mewah mati secara tiba-tiba ketika sedang disoal siasat di Balai Polis Taipan, Subang Jaya dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika lelaki itu disoal siasat berhubung kes samun dan curi kereta mewah membabitkan kumpulan yang bergerak aktif di sekitar Lembah Klang.
“Ketika disoal siasat, lelaki itu minta segelas air minuman, sebaik minum dia jatuh dan tidak sedarkan diri. Doktor dari sebuah kilinik berhampiran dipanggil untuk memeriksa lelaki berkenaan dan mengesahkan dia telah mati,” katanya.
Khalid berkata keluarga lelaki terbabit ada memaklumkan lelaki itu menghidap penyakit asma.
kah kah kah…. hairan… pelik…. ajaib…. semua yang mati dalam siasatan polis ini semua pengidap asma….. kah kah kah…..
kah kah kah…. dulu yang mati di brickfiled ada asma juga…. kah kah kah…. apa dalam lokap ada kucing ke?..... kah kah kah….
kah kah kah… kalau ada asma jangan jadi pencuri…. kah kah kah…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
kakakaka
lawak betul
sapa nak caya pada polis?
mati dlm lokap?? ini cerita biasa dlm m'sia..kahkahakah..klu kat barat ada kes mcm ni,dh lama on the spot masuk court..tp kt tmpt kita lps dpt duit dr lokap terus masuk court mammoth ..kahakahakah dalam lokap bkn kucing jer ada...mesin tebu,kaberator rxz,kompang, nenas semua ada..nk hempok kat kepala pencuri..kahakahakahakh
lokap kita kotor & berhabuk kot.. itu pasal kena asma..
lepas ni istilah OKT (Orang Kena Tahan) perlu ditukar kepada OKA (Orang Kena Asma)..
Allah Maha Kuasa, ajal, maut, di tangan tuhan, Allah menentu segalanya. Asma dan Polis hanya sebab akibat yang menjadikan peristiwa itu disebut kematian. Kalau orang itu tidak di tahan POLIS mungkin dia akan mati juga di tempat lain atau ketika lain..WALLAHUALAM
Bro..
mintak ulas lagi panjang berkenaan perlantikan Obama sebagai Presiden baru...
ramai para Penyiasat Konspirasi mendakawa Obama salah seorang yang diberikan "tugas perang dunia ke-3" oleh para pemodal zionis/iluminati dibelakangnya khususnya pemodal besar Yahudi David Rockfeller & Keluarga Rostchild......pelan WW3 dirancang sejak tahun 1900 lg
pada mulanya perlantikan mungkin dianggap positif pada pandangan umat pemimpin/umat islam...tetapi apabila campurtangan kaum laknat ini dibelakangnya menjelaskan lg misi mereka untuk menubuhkan "One World Government" berdasarkan resolusi akta "New Wolrd Order"....
Hubungan dan kenyataannya berkenaan Israel juga mencetuskan banyak tanda tanya, belaiu juga banyak mengecam Iran, sudah ada tanda2 sebenarnya...
Peyembelihan di bumi gaza baru2 ini juga adalah babak2 awal Perang dunia ke3 yg akan dimulakan obama....Pengeboman Gaza,dimana Israel mencetuskan provokasi & menjangkakan Iran akan bertindak terhadap provokasi mereka, dan menjadi reason memulakan perang....
Harap bro Isham dapat mengulas...tentang konspirasi pemodal zionis ini dibelakang perlantikan Obama
Maklumat, Konspirasi perlantikan Obama di blog Saudara IbnuYaacob: http://dajjal.wordpress.com/2008/11/06/perang-konspirasi-dajjal-tugasan-obama-bahagian-2/
melayu cool..
memang la ajal maut di tangan Allah..
kalau sekali dua org mati dalam lokap sebab asma,boleh la kita kata kebetulan..
tapi kalau dah banyak kali, kebetulan jugak kah?
PS-KEBETULAN yang perlukan PEMBETULAN..
Biasa le tu bang.
kalau tak kena 'lepuk', sape yg nak ngaku buat kerja-kerja bodoh tu. Tak tau le pulak kalau ada Polis-Polis kt negara lain yg boleh dapat pengakuan dari saspek tanpa di'lepuk'. Tapi ingat-ingat sikit le abang-abang Polis, kalau "lepuk' tu biar le berpada-pada sikit, jangan smpi kojol plak, kesian family dia orang ...
POlis tu tanya gertak ala2 Adibah Nor
"siapa awak? kalau pencuri cakap pencuri, kalau kucing cakap kucing"
Mati mengejut di sebabkan asma satu hal ....
Takut pulak nanti mati mengejut di sebabkan Rosmah? amacam?
possible jugak tu ....mungkin akan ada kes mcm tu nanti .... macam2 boleh jadi dlm negara kita ni.
Catat Ulasan