Jumaat, 10 Julai 2009

SIAPA AKAN GANTI ROSMAH DI UNISEL




1500 PELAJAR BANTAH ROSMAH SEBAGAI CANCELOR UNISEL



Satu resolusi tergempar telah di luluskan malam tadi di Dewan Utama Unisel – Kampus Bistari Jaya Batang Berjuntai.

Resolusi ini : Menuntut agar Rosmah Mansor dilucutkan dari menjadi Cancelor Unisel.

Seramai 1500 pelajar yang berasak -asak membanjiri dewan telah mengangkat tangan dan sebulat suara menyokong resolusi tersebut.

Awalnya satu forum ‘ Memperkasakan Mahasiswa dan Realiti Politik Kampus’ telah di adakan didalam dewan yang sama. Forum ini adalah anjuran bersama Kelab Anwar Ibrahim ( AIC) dan Majlis Perwakilan Pelajar Unisel.

Ahli panel : Naib Presiden Parti KeadilanRakyat Mustafa Kamil Ayub, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff .

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim telah memberikan ucapan. Setelah selesai uacapan Anwar telah membuka ruang untuk soal jawab. Ketika ruang soal jawab inilah resolusi tergempar itu telah diluluskan dengan sebulat suara.

Tidak ada seorang pun pelajar dan anak muda dalam Dewan Utama Unisel pada malam tadi yang membantah.

Majlis Perwakilan Pelajar Unisel akan berbincang tidak lama lagi untuk mencari ganti canselor Unisel yang baru.

Forum ini telah di pengerusikan oleh Profesor Mohd Noh Nawawi.
(TT)



20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus Bagus ...tapi skit hari lagi Prof Nawawi tu sure kena tukar pegi Univ lain UUM ka ajar Kelas P/jasmani saja atau jaga Ko-korikulum

hakimi mahmud berkata...

salut!!

Keylee Daud berkata...

ini macam ..bagus...hahaha..michele obama ka?..haha

RM Reza berkata...

Kasi tukar je..

alifreyes or berkata...

hahha... setuju setuju !!!

Tanpa Nama berkata...

LOGIKLAH! Rosmah bukan ada 'credentials' melainkan 'by default' adalah isteri kepada PM kini.Beliau ada kecenderungan nak sibuk mencampur urusan negara dan berangan sebagai 'first lady' pada hal first lady adalah Permaisuri Agung. Bagaimanapun oleh kerana sosoknya perkasa maka tempias pengaruhnya juga terserlah. mana-mana dia pergi mungkin akan terjadi gegaran kecil. Tak patut dia jadi Canselor, gantkan dengan Dr. Zeti, Gabenor Bank Negara tak bolehke? Kadang-kadan teringat burung hantu apabila melihat si gempal tu.

2kang berkata...

Bagi pada minah monggol....heeeee..

Tanpa Nama berkata...

antara yang dicadangkan

1. professor shaaribu

2. raja petra (bukannya uncle pet)

3. prof @ PI Balasasundram (kena cari dulu)

4. Dr Fazley (menantu bik mama)

5. ikhmal hisham (aktor utama C4 production)

Tanpa Nama berkata...

Berani! Syabas.Ini tidak perlu dilihat sebagai personal attack on Datin Berseri tetapi bantahan kepada sesiapa yang tidak layak/bekepentingan duduk di dunia akademia.Dunia akademia perlu bebas dari sebarang politik.Hanya yang berhad wajar jadi Chanselor agar arahtuju pendidikan pengajian tinggi boleh mencapai status maksima.

DR 1221 berkata...

Rata2 dari pelajar yg hadir adalah pelajar melayu. Kenapa diganggu pelajar2 kita ? Berikan mereka masa utk berfikir dengan matang dan lebih2 lagi masa utk mereka belajar.

Dunia Firdaus berkata...

Cari yang sama size. Godang dan pinggang 40 - 42 cm. Menakutkan.

kucingsiam berkata...

meow~

Itu sememangnya satu tindakan yang revolusioner. Salut kepada anak muda Malaysia.

Lancarkan kempen puaka sifar di kampus universiti negara!

Tanpa Nama berkata...

Permaisuri Tuanku Siti Aishah, Bekas Permaisuri Agong Ke 11 antara nama yang patut dicadangkan untuk menggantikan Rosmah....

Tanpa Nama berkata...

salah tu saiz pinggang 40-42 cm kecik.. yang betul 40-42 inchi...:)

Unknown berkata...

sy calon kan Tun.. bkn Tun Madey.. Tun Salleh Abbas!

Tanpa Nama berkata...

Kah..kah..kah.. bagus saya sokong blog ni..kerja lain berlambak nak nyebok jadi canselor.Penguin mana leh jadi, cari la Al-man tuya ka baru ok.Nak jadi ketua kena la rekod bersih baru tak kalut.Di booom lak Sel tu baru tau.Habis terbang ke Monggol..kah...kah...kah...

Gedung Akal berkata...

Kata tuan DR 1221 "Rata2 dari pelajar yg hadir adalah pelajar melayu. Kenapa diganggu pelajar2 kita ? Berikan mereka masa utk berfikir dengan matang dan lebih2 lagi masa utk mereka belajar."

Kah..kah..kah..Mealyu? Kenapa pula Melayu? Bangangkah depa?
Kah..kah..kah..kah..
Diganggu? Siapa ganggu? Hantu? Siapa hantu itu?..kah..kah..kah..
Berfikir dengan matang?
Kat mana? Dalam tandas? ...sambil2 tu meloceh? kah..kah..kah..kah..
Saya terima padangan DR 1221...kah..kah..kah.... Malaysia Kita Bahagia..kah..kah..kah..

Anak Lenggong berkata...

Bagi kat bini nuar laa...ini lah cara nuar dan golongan PAS ..mereka meracuni pelajaran melayu untuk bersama mereka tetapi apabila timbul sesuatu isu sama seperti kes di UM ..puak nuar akan ilang..sepatutnya jangan diganggu pelajar yang tengah belajar..biarlah mereka dapat ijazah dahulu..nanti sekiranya tindakan tatatertib dikenakan kepada pelajar yang terlalu taksub..siapa yang rugi..nuar dengan puak dia buat tak tau sahaja yang menenggong rugi dan malu pelajar dan keluarga pelajar tersebut.

Tanpa Nama berkata...

salam...sy sebagai salah seorang pelajar unisel...sangat setuju kalau canselor unisel di tukar...kalau boleh biar la secepat mungkin...hehehe...saya cadangkan DSAI ke, Datin Seri Azizah ke...

Johan berkata...

gua cadangkan Hishamuddin Rais, Rahmat Haron dan Joe Kidd!