Khamis, 1 April 2010
KOMIK ISU DALAM IBRAHIM ALI – AMJAL RESTORAN
INI DIA : THE BEAUTY AND THE BEAST
INI LAH CARA MENANGKAP KATAK
NURUL IZZAH – MINAH CUN – LANCAR KOMIK ZUNAR ESOK - JUMAAT
AHLI Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan melancarkan
majalah terbaru Zunar berjudul Isu Dalam Katak. Majlis tersebut akan
diadakan pada hari Jumaat 2 April, jam 11 pagi di restoran Pak Amjal,
Pantai Baru, Kuala Lumpur.
Isu Dalam Katak adalah sebuah majalah kartun isu semasa yang
dihasilkan oleh Zunar serta kartunis-kartunis seperti Jonos, Ronasina,
Art, Lan dan Naza.
Tempat tersebut dipilih kerana kami mahu venue pelancaran kali ini
lebih dekat kepada rakyat, iaitu di sebuah restoran tepi jalan
berbanding hotel atau dewan.
Restoran Pak Amjal terletak di tengah laluan, dengan itu memudahkan
orang ramai untuk hadir dan bertemu dengan kartunis-kartunis kami.
Selain itu ia terletak berhadapan pintu masuk Universiti Malaya,
dengan itu memberi kemudahahan kepada mahasiswa untuk hadir bersama.
Sebagai tambahan, kami menawarkan diskaun istimewa kepada mahasiswa
untuk membeli produk-produk kami ketika pelancaran. Selain majlis
pelancaran dan ramah mesra, juga diadakan sesi bertemu kartunis,
karikatur dan bacaan puisi. Majlis akan bermula jam 10 pagi hingga 5
petang.
Antara yang menarik dalam Isu Dalam Katak ialah seksyen "wilayah
katak"yang dipenuhi dengan karya-karya menyindir ahli politik yang
melompat seperti ruangan "Wikipakdia" yang mengupas spesis-spesis
katak di Malaysia.
Selain itu, ada kartun khas tentang kes fitnah Kedua terhadap Anwar
Ibrahim, Dengan tajuk "6 Jahanam", kisah dimulakan dengan membongkar
kepincangan yang berlaku dalam konspirasi pertama pada 1998 membawa
kepada kepincangan konspirasi kedua.
Juga komik "Dari Kerana Mata" yang menghimbau kembali tragedi 20
September 1998 di lokap Bukit Aman.
Kartunis penyumbang ialah Enot, Haili, Enot, Nur, Abdullah Jones, Roy,
Rockafalas, Madsein, Kidol dan Ubilepih. Manakala penulis ialah
Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Pusparos, Benludin, Aki Lanang dan Tok
Wan.
Ia setebal 84 muka surat dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah.
Pada 20 Mac lepas, sepasukan polis dari IPD Jasin Melaka merampas
majalah-majalah kartun kami -- Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, Isu
Dalam Kartun dan 1Funny Malaysia.
Februari lepas, majalah sama juga dirampas di Seberang Jaya,
Butterworth, Permatang Pauh serta beberapa kawasan lagi di Pulau
Pinang.
Ogos tahun lepas, pegawai-pegawai KDN merampas 408 naskah sulung
majalah Gedung Kartun di pejabat saya di Brickfields, Kuala Lumpur
Juga dirampas ialah plat dari kilang percetakan.
Semua majalah ini boleh dibeli secara online di website
www.cartoonkafe.com atau email kepada cartoonkafe@gmail.com atau
hubungi pejabat Sepakat di 03 22-74-49-31 untuk keterangan lanjut.
Zunar (Zulkiflee Anwar Haque)
Pengarah Urusan/Ketua Pengarang
Sepakat Efektif sdn bhd
nota:
siapa tak tahu ?
ni nak bagi tahu
amjal itu ialah
bapak saudara tt
satu kabilah lawan gerombolan
tapi kalau makan kena bayar kah kah kah
Labels:
altantuya gadis cun mongolia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
19 ulasan:
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Hello Bro ! Lu orang ada jemput FRU / SB / SPRM / PDRM / KDN tak ? kalau tak ada tak Fun La!
kelmarin katak sungguh marah !! katak sudah berkata 'don't talk shit' tiga kali berturut-turut dengan kepalanya bergeleng ke depan dan ke belakang !! satu dunia gempar tengoh bagaimana seekor ketuanan Melayu UMNO mengamuk !!
kah...kah...kah....
Saifudin nasution ade tak dalam komik tu? dia banyak lompat oooo, kalah katak. Dia macam buah dam aji pon ada.
izzah punya pasai mesti mau pergi la tuan tt..
kesian kat ezam kotak...terlepas minah cun lagi BERGETAH.....
muahahhahahahahah
Hak alaaa... besok kasik free makan laaa kat pengikut setia blog lu semua... kah kah kah.
zambry................... Pergi cermin muka kau dulu. Tak ada sebab Pakatan nak pujuk kau supaya melompat parti dan tawar kau sebagai menteri besar. Pakatan selesa dengan bilangan kerusi yang dimenanginya untuk menubuhkan kerajaan.. Siapa kau ??? Kau ingat besar sangat ke diri kau tu ?!?!?!
tajol, ...................... Kau ni dah gila.agaknya !!!! Mana ada negeri yang mempunyai 3 orang menteri besar. Kalau nak berbohong sekali pun, biarlah masuk akal. !!!
Rakyat Malaysia ................. Jangan termakan hasutan dan pembohungan umNO . Mereka sekarang dah mengelabah dan perasaan tertekan mereka berada di kemuncaknya. Mereka akan lakukan apa saja, menepati 'matlamat menghalalkan cara'.
Percayalah. Selepas ini mereka akan mereka-reka bermacam - macam lagi cerita dongeng yang karut-karut... Perjadahkan semuanya.
tuan tt,
semua dokumen bukti dan perjanjian dgn APCO telah terpampang kat blog anwar ibrahim.
najib razak dan sewaktu dengannya sudah kantoi secara besar2an...
tengok sekarang anak mentua bekas PM nak pusing kot mana plak...
KAH KAH KAH
SAMADA KERANA KE'CUN'AN NURRUL IZZAH ATAU KOMIK ISU BRAHIM ALI ITU TAK KISAH
JANJI MATLAMAT TETAP SATU!
ITU YANG KITA MAHU!
KATAK ADA BANYAK KATAK OKE.
ADA KATAK BAIK
ADA KATAK JAHAT
KALAU NAK JADI KATAK BAIK KENELAH PANGGIL HUJAN. ARTINYA KEMBALI KEPADA AJARAN.
KALAU NAK JADI KATAK JAHAT KENELAH PANGGIL GEROMBOLAN. ARTINYA KEMBALI JILAT TELOR UNTUK DAPAT SOKONGAN.
Simpel. Mudah. dan tak payah amek sempoa pun boleh congak. Ini kaedah matematik mudah. Jalan kerja cukop panjang, gentel telor pensyarah sikit dah pun dapat jawapan..
KAH KAH KAH
video terhangat terkini ternow...
Ibrahim Ali: "Don't talk sh*t! Don't talk sh*t! Don't talk sh*t!"
boleh didapati di kedai2 web berhampiran..
Dalam PKR dan PAS pun banyak katak JUgak......hang je yang bodoh tak sedar. Adakah dengan membuat buku yang menghina orang dan menjualnya dijadikan rezeki untuk memberi anak bini makan itu HALAL.....
Orang2 PAS mesti kata halal.....
hasil nya sama juga berjudi
Don't talk shit ! Ai..ai...ai...ai...ai....ai... (berapa banyak ai daa....kah kah kah)
berahim, sapa cekgu enggeris ko ni, peranonsiashen engko menggerunkan kanak2 pasca-PPSMI, ahahaha...
aku pun takut!, lari....
don't talk shit...we...we...we.. ai, ai, ai, ai, ai, ai, don't talk shit...
podah! aku nak sedekah ko buku grammar and peranonsiashen la, hapa halamat ko? Ke, aku kirim gi perkosa je, korang suma bleh buka and belajar ramai2, amacam berahim? Kelakar punya orang tua bangang!
"hasil nya sama juga berjudi" Fuyooo...Tanpa Nama 115:17
Hebat betul hang no.. nas mana yang hang pakai...org macam hang ni la bagi pelingkup sistem pendidikan negara...hancoq negara...takde nas takde ijtihad tetiba ada hukum daaaa....tinggi betul belajornya ye....skeptikal ameno...nak tanya skit...loteri kebajikan ameno tu halal lah yer?...he he he maklumlah kebajikan...
tabik sama zunar & kawan2 pekartun!
moga terus berjaya berlipatganda
insyaAllah
-average joe-
klakka-la.blogspot
nak pegi Amjal pekena sup gear box! Tabik sama Pak Jamal
beli banyak sikit
kalau boleh satu gudang
bagi anak sedara kat kampong
kasi satu kampong gegar ketawa
biar sampai pecah perut
biar amno nangis
oih...amjal depan maktab aku je....
Ibrahim Ali: "DONT TALK SHIT"
VERSUS
Nik Ajis: "CELAKO CELAKO CELAKO CELAKO"
Winner: Nik Aziz
haha Malays like to mencarut. It's like entertainment
errr...pak amjal idup lagi ke?
TT xde can langsung nk baca komik ni,selalu cari kt kdai buku ssh nk dpt,xleh terbit kt blog ke
Catat Ulasan