Selasa, 21 September 2010

INI DIA KESAHNYA - YANG DI TUNGGU TUNGGU



nota:

ramai yang bertanya bila tt
menayangkan imej imej ini
ramai yang tertanya tanya

cilako apo bondo eeeh?

kita cari hari baik bulan baik
untuk membuka labon
kita cari hari baik dan bulan baik
untuk buka gelanggang

kah kah kah




SIAPA MINAH CUN INI?


Kesah ini terjadi amat lama dahulu. Ketika itu keluarga kami berlanggan Utusan Melayu tulisan Jawi. Dari harian Jawi ini aku mula berkenalan dengan Christine Keeler. Ketika itu aku tidak tahu makna dan apa tanda yang di bawa oleh Christine Keeler.

Minah cun ini ialah Christine Keeler lahir tahun 1942. Christine memang minah cun. Dari kampong dia berpindah ke London. Dalam umur yang bagitu muda – 15 tahun – Christine telah menjadi model di sebuah kedai pakaian di Soho London. Kemudian menjadi pelayan dan akhirnya bekerja menjadi penari bogel di sebuah cabaret di Soho.

Di cabaret ini Christine bertemu dengan Dr. Stephem Ward. Dr. Stephen ini mempunyai ramai teman dan kenalan dari elit kota London. Ada yang menggunakan kepakaran Ward sebagai bomoh dan ada yang hanya kawan sosial.

Salah seorang sahabat baik Dr. Stephen ialah Lord Astor. Lord Astor anak Lord - memiliki rumah lumayan di perkamponag dimana Ward dan kawan kawan sering bersantai di hujung minggu.

Pada bulan Julai 1961 Stephen telah memperkenalkan Christine Keeler dengan John Profumo. Ketika ini suasana dalam Perang Dingin antara blok USSR dengan Amerika. John Purfomo ialah Menteri Perang.

Menteri Perang dalam kabinet Harold MacMillan dan Christine telah diberitakan berompi pompi dan sutut menyutut. Heboh seluruh dunia. Skandal pecah.

Ketika kesah ini pecah aku tidak berapa faham kenapa gadis cun ini menjadi agenda harian dalam akhbar Utusan Melayu. Sekali sekala aku lihat juga tubuh mongel minah cun ini. Bergegar juga kejantanan aku walau pun aku masih belum bersunat. Aku tak reti rupa rupanya kalau keluar cerita macam ini akhbar akan laris. Manalah aku tahu masa itu aku rasa Kuala Klawang ini pusat dunia.

Ada satu babak yang aku baca - dimana di kesahkan Christine mandi berenang bogel bersama Profumo dalam kolam renang Lord Astor. Bahagian ini aku cukup ingat kerana aku hairan lagi pelik kenapa mandi bogel ini menjadi heboh. Di kampong aku – ini non issue - lelaki dan perempuan ada yang mandi bogel dalam sungai – terutama bila selesai kerja di sawah. Kalau tak bogel banyak celah celah yang berlumpur tak dapat dibasuh.

Cara nya cukup senang : mula mula pakai kain sarong bila masuk ke dalam sungai. Bila sudah dalam sungai tanggalkan kain sarong dan balingkan ke tebing - berbogelah sebogel bogelnya. Air sungai ini menjadi pelindung yang baik. Tak ada pulak mat sekodeng ketika itu.

Kemudian aku membaca bahawa Christine Keeler ini juga adalah kekasih Yevgeni Ivanov pegawai diplomat bertaraf military atache di kedutaan USSR London. Wow! Hebat Christine ini - ada dua kekasih. Dan kedua-duanya adalah musuh ketat. Tapi mereka berkongsi lendir. ( macam pernah dengar cerita berkongsi lendir ini – macam kesah najib dan razak)

Entot tidak salah . Yang jadi salah besar mungkin ketika Christine duduk atas muka Ivanov, jantan ini akan ternampak pula dalam lubang kecil Christine terselit satu surat rahsia tentang senjata nuklear UK yang tertinggal oleh menteri Profumo.

Bila cerita rompi pompi ini bocor – akhbar di UK jadi ‘gila’. Akhirnya soalan timbul di parlimen. Disini Menteri Perang Profumo telah kelentong, pada mulanya - dia bersumpah – tak kenal dengan minah cun berambut panjang yang bernama Christine Keller – ( macam penah dengar ).

Tetapi akhbar British mencari dan mengeledah. Akhirnya Profumo letak jawatan kerana terbukti telah berkongsi lendir dengar agen Soviet Union. Ini membawa membawa bahaya – lebih bahaya dari menjual tanah KTM.

Berkemungkinan Ivanov boleh mengpau Menteri Perang United Kingdom ini. Malah gambar gambar mereka berbogel dalam kolam renang Lord Astor mungkin ada dalam simpanan KGB – badan perisek USSR ketika itu. ( cerita ini sama macam cerita mahfuz)

Perdana Menteri MacMillan jadi lemah. Kerajaan Konservatif kena asak. Lennon, McCartney, Harrison, Sutcliffe dan Pete Best sedang main gitar di Hamburg. John, Ringo, Paul dan George akan muncul kemudian. Era rock n roll – akan bermula dan revolusi sexual akan bermula sama.

Anak muda di United Kingdom mula bangun. Kerajaan Konservatif dilihat kerajaan menipu dan membodohkan rakyat. Pada tahun 1964 kerajaan Parti Buruh di bawah Harold Wilson mengambil alih pentabiran baru. Reformasi budaya bermula di United Kingdom.

Terbukti salah satu jenayah yang membawa keruntuhan kerajaan Konservartif MacMillan ialah Christine Keller. Kerajaan MacMillan jatuh di bawah kangkang Christine Keeler.


PASCA SKRIP:

Kemudian bila aku sudah besar dan mula membaca maka baru aku tahu makna dan tanda skandal Christine Keller dan Profumo. Rupa-rupanya Menteri Perang ini mungkin telah di pau oleh agen Russia. Ketika ini Russian ingin tahu kekuatan ketenteraan United Kingdom.

Bila aku di London pada tahun 80’an aku berkerja sebagai pelayan di Soho. Tempat dan kelab dimana Christine bekerja telah tutup. Yang tercacak ialah Raymond Revue Bar dan bilik-bilik sekodeng untuk warga Arab dan jantan dari negara dunia ketiga – seperti dari Malaysia - yang gian nak menengok cipap Mat Saleh berbulu perang menari bogel.

Kemudian aku berpindah dari Soho untuk bekerja di Shaftesbury Avenue. Di permulaan lebuh ini ada sebuah kedai perabut. Satu petang ketika aku meleser aku ternampak kerusi 3107 - yang aku panggil Kerusi Christine Keller yang direka oleh Arne Jacobson. Kerusi dimana Christine bergambar bogel ini telah menjadi ikon poster dunia hingga ke hari ini – sama seperti muka Che’. Gambar Christine ini telah i diambil oleh Lewis Morley dan kini dipamiran di Victoria dan Albert Museum yang tidak diruntuhkan seperti penjara Pudu walaupun dianggap ‘jahat’

Satu petang aku terlupa tarikh yang tepat – demi Zeus – Christine Keeler telah melintas di hadapan restoran tempat aku bekerja. Aku cukup yakin yang aku lihat ialah si minah cun itu kerana dua minggu sebelum ini ada satu dokumentari untuk melihat kembali apa yang telah terjadi pada tahun 1961 dahulu. Dari dokunentari ini aku melihat rupa bentuk si Christine.

Demi Zeus – lihatlah lingakaran sejarah ini – dari Utusan Melayu hingga ke Soho – aku mengikuti minah cun ini. Yang lainnya walalh wu alaam bisawab.

nota:
di united kingdom
minah cun tidak dibunuh
atau di letupkan walau pun
telah di entot oleh menteri

nota:
kesah kongsi menteri kongsi lendir
kesah menteri bersumpah tak kenal minah cun
macam pernah dengar
di nama ya ?
dimana kita dengar?
di sweden ke ? kah kah kah




SIAPA MAMAT GEMOK INI ?


Nama dia Alfred Hitchcock.

APA DIA BUAT ?

Dia pembuat filem. Asal British pindah ke Amerika.

HEBAT SANGAT KAH DIA?

Memang hebat - dia pembuat filem seram.

APA LAGI ?

Dia gemok dan hodoh. Muka tak laku. Kerana itu
dia selalu mengambil pelakon minah minah cun. Kemudian
semasa penggambaran dia buli minah minah ini.

Tak caya : Tanya Doris Day, Kim Novak, Grace Kelly,
Marlene Dietrich – semua menanghis kena buli.

ITU SAJA...APA LAGI?

Ha ha… filem pertama sesudah zaman filem bisu
yang bercakap dan bersuara dibuat
di London pada tahun 192'
Filem ini di arahkan oleh Alfred Hitchcock.

ITU SAJE ..POORAH?

Tunggu sat ! Nama filem ini ialah BLACKMAIL kah kah kah

KENA PAU


nota:
kena pau kah kah kah
macam pernah dengar aje
dimana? kes jual tanah ke ?
kah kah kah









nota:
hisamudeng tukor tiut, 'Terengganu Investment Authority Berhad (TIA)" bertukar nama kepada 1MDB? Pada 11 Jan 2010 !!! puluh juta, ratus juta, ribu juta.. aku dok pahang sikit haghang, kawang2 aku geng nelayang seberang takir, besut, marang, dungung, kuala kemamang jugok dok reti, kerana kite rakyat bawahang yang tadok pelajarang hanye reti bab ikang. ikang kecik , ikang besor - ikang mahal, ikang muroh. rakyat susoh cari makang macang aku memang kene tipu sokmo oleh puok2 nnatang bewok yang ccakap lembot gigi pade lidoh. tipu la rakyat, gomol habih harte negare, buat la projek yang cepat ruttoh... Kalu mung dok ccaye tanye la Mat Said Kemamang yang bijok itu. Di bawoh rang ikan.


17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam Datuk Mohamad Idris Abu Bakar menafikan dakwaan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bahawa beliau memberikan tazkirah, lebih-lebih lagi tanpa tauliah ketika berada di sebuah masjid di Hulu Bernam ketika Ramadan lalu.

“Bila masa pula saya beri tazkirah? Mana beliau (Khalid) tahu saya cakap pasal hal hal agama?

“Saya cuma berucap untuk merasmikan program yang dianjurkan sahaja. Bagi saya tidak ada isu, cuma ia sengaja diperbesarkan,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada program Hari Raya Bersama Perdana Menteri anjuran Badan Perhubungan Umno Selangor di sini malam tadi.

NOTA:
TAZKIRAH LA TU BANG..KAN UTUSAN CAKAP TEO NC PON BERI TAZKIRAH…ATAUPUN SEKARANG BARU KAU TAHU APA ITU TAZKIRAH WAHAI ADUN UMNGOK?

Tanpa Nama berkata...

Dalam pada itu, Kamalanathan enggan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan beliau memasuki ruang solat Masjid Sungai Tengi Selatan untuk menyerahkan sumbangan cek, sebaliknya beliau memarahi pihak media kerana membuat laporan tersebut.

“Saya tidak akan komen mengenai itu, tapi saya mahu tanya kepada anda (media) mengapa mengeluarkan laporan itu tanpa mendapatkan penjelasan saya terlebih dahulu?

“Bukankah sebagai wartawan, anda perlu mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua beliau pihak. Tetapi anda gagal berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata media yang mengeluarkan laporan tersebut telah melanggar etika kewartawanan.

“Sepatutnya anda perlu dapatkan maklumat terlebih dahulu daripada saya tetapi tidak. Saya tidak akan cakap apa-apa mengenai perkara ini lagi,” katanya.

NOTA:
TEPAT SEKALI CAKAP KAU TU..KENA DAPAT PENJELASAN DARI KEDUA2 PIHAK TAU! BUKAN MAIN TULIS JA... CUBA KAU CAKAP KAT UTUSAN MALAYSIA DAN AGEN KAU UMNO TU...

sumber: malaysianinsider

Tanpa Nama berkata...

cerita best..
tp apa tindakan setrusnya TT?

-madey kimak-

Tanpa Nama berkata...

wakakakaka, sejarah adalah sesuatu yg berulang lagi dan lagi dan lagi....cerita pasal agen menyusup masuk utk jatuhkan organisasi mmg best.. dulu pemberontah amerika mau jatuhkan tentera beritish pun pakai agen gak..

kawan yg baik rupanya musuh kita..hahaha

Sivakumar berkata...

Christine Keeler, boss. Bukan Christine "Keller".

Husin Kg Baru berkata...

catatan terbaaaeeekkkkk~!!!

rattlehead berkata...

kupasan cerita yg bagus bro....moralnyanya disini bila dah pegang tangungjawab besar (jadi menteri) kena jaga tingkah laku....jgn jadi bodoh mcm lembu...nanti hidung kena cucuk...itu sahaja..sekian.

Tanpa Nama berkata...

Apa le babun ketingalan zaman cerita ktisten keeler tu zaman arwah tok nenek aku punya story pe le nak flashback plak stori tu...sekarang cerita karipap kunyit le kalu gambar tu letak muka CIFUT BABI lagi le meletop...bodoh le babun ni masih mentaliti kolonial penjajah.....

matstimketum berkata...

jadi pok jib, pm mesia ni dah jadi lembu singapor ler! arakian,itulah moral ceritanya.

Tanpa Nama berkata...

'Bonsification' of the Malay mind
http://malaysia-today.net/component/content/article/58-video/34479-bonsification-of-the-malay-mind

Kah.....kah....kah.....


Here are the tricks.......
These are the pictures shown us how you get earning or richer without depending on all type of "Tongkat".

Totems by Alain Delorme
http://mobergfung.wordpress.com/2010/09/17/totems-by-alain-delorme/


Shame ....! Shame....! Shame....!
"Tongkat" user

Kah....kah....kah....
Kah.....kah....kah....

cicit ngah layor berkata...

TT...ceghite sejarah yg mike tulih ni teman samekan macam hujan lebat ghibut topan.Tempiaihnye sampai masuk dlm ghomah tok besan teman.

Org Biasa berkata...

sejarah tersebut mungkin tidak kan serupa sekiranya isteri kepada Menteri Parfumo mempunyai keperibadiaan Bik Mama....:)

Tanpa Nama berkata...

Tapi kalau ada orang nak dengar si Deris punya tazkirah memang betul bangang la....
Alahai....Deris nak tazkirah? brader cuba semak sikit apa kegemaran si Deris ni.

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro,

Aku kenan betul dgn Kerusi Christine Keller..Korang bayangkan Bik Mama duduk atas kerusi tu..
Kaki tak boleh kepit wooo....
Kah kah kah !!

HantamSajaLah berkata...

Laaa..

Bukan gambar Mat Monggol ker???

Kah kah kah


Tanpa Nama berkata...

Oii...tuan TT
Christine Keller ni ada lagi ka?
kalau ada mcm lah agaknya rupa dia.
rasax bik mama pon kalah.

Tanpa Nama berkata...

mcm cite cifut babi dgn bini min je....pakatan kelentong rakyat dh nak terbarai beb!