Jumaat, 10 Disember 2010
RAYA KAN HARI INI - HARI HAK ASASI MANUSIA
HAK ASASI DI PULAU PINANG
nota:
tukar tiub akan berada di tanjung
untuk melnacarkan buku diskopi
buku anak muda yang wajib di baca
oleh anak muda dan old tai
penulisan yang cool
penulisan avant garde
penulisan melawan
penulisan yang anti bodekisma
dapat kan sekarang !
nota:
program ini disokong
olejh kerajaan pakatan rakyat
pulau pinang - pasal itu
boleh gunakan dewan seri pinang
dan bukan lancar buku dalam kedai
nasi kandar !
SALUT UNTUK YANG BERANI
nota:
salut untuk yang berani
salut untuk yang berkorban
salut untuk semua anak muda
yang mula bangun melawan !
SEPULUH DISEMBER HARI HAK ASASI MANUSIA
Liu Xiaobo lahir pada 28 December 1955 adalah seorang pengkritik sastera, penulis, professor dan paling penting aktivis hak asasi manusia di China.
Liu menentang hebat penindasan yang dilakukan oleh rejim China tehadap warga China.
Liu ada sosok yang bertanggung jawab melahirkan Charter 08. Charter ini adalah manifesto tentang hak asasi manusia.Charter ini telah ditanda tangani oleh 350 intelektual, pemikir dan aktivis hak asasi di seluruh China.
Pada ketika ini Liu dalam penjara. Dia telah ditangkap pada 23 December 2009. Liu dijatuhkan hukum penjara selama 11 tahun atas tuduhan menentang kerajaan.
Ini adalah kali ke empat Liu ditahan dan dipenjara.
Pada tahun 2010 ini Hadiah Nobel Keamanan telah dianugerhklan ke pada Liu sebagai tanda setiakawan. Sebagai tanga menyokong aktiviti beliau yang menentang kezaliman dan penindasan.
Hari ini adalah hari istiadat penganugerahan Hadiah ini dari Sultan Norway kepada Liu Liu. Hanya keluarga yang rapat sahaja yang boleh menerima hadiah ini.
Kerajaan China yang zalim lagi ganas dalam beberapa hari ini telah menangkap lebih dari 250 orang aktivis hak asasi manusia di seluruh China. Isteri Liu telah ditahan sama. Para aktivis telah ditahan untuk mengagalkan mereka pergi ke Oslo untuk bersama merayakan anugerah ini.
Dalam masa yang sama kerajaan China telah menekan kerajan Pakistan, Iran, Russia, Kazakhtan, Colombia, Tunisia, Saudia Arabia, Serbia, Iraq, Vietnam, Afghanistan, Pilipina, Mesir, Ukraine , Cuba dan Moroko untuk jangan hadir di istiadat penganugerahan Hadiah Nobel ini.
Kesemua kerajaan ini memiliki rekod yang buruk dalam hal hak asasi manusia.
Marilah kita bersama-sama rakyat sedunia merayakan hak diri kita sebagai manusia
yang bebas dari semua bentok kongkongan !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
ya bebas-bebas jugak.. kita semua suka bebas
tapi ada had... seperti dlm quran kata "Tidak aku ciptakan manusia & jin semata-mata untuk menyembahku"
maknanyer kebebasan kita ada batasan. hidup di dunia sekejap & harus ada batasan. ala kejap ajer batasannyer..
takut nanti kalau dah BEBAS sangat, kat SANA nanti terikat pulak..
kalau nak bebas & MAHA BEBAS tempatnya di syurga..
ini bukan ceramah... ini kata-kata real untuk kehidupan.. kehidupan kita sangat2 panjang bukan takat dunia sajer..!!!
-ANAK MUDA BANGUN MELAWAN-
salut kepada Julian Assange !!!!
akhirnya...kebebasan jadi milik kita..
Catat Ulasan