Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 15 Mac 2011

SIMPATI KITA KEPADA WARGA JEPUN





TEKINI TERBARU - AKHIRNYA




PM JEPUN SAHKAN LOJI BOCOR, PARAS RADIASI SANGAT TINGGI - mkini

Radiasi yang merebak dari loji kuasa nuklear yang meletup di timur laut Jepun selepas dilanda tsunami dalam tempoh empat hari, memaksa kerajaan mengarahkan rakyat berdekatan supaya duduk dalam bangunan bagi mengelak terdedah.

Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen seluruh negara, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, berkata kesan radiasi yang merebak dari empat reaktor di loji nuklear Fukushima Dai-ichi, wilayah Fukushima adalah kawasan paling diteruk ditimpa gempa bumi berukuran 9.0 magnitud dan ombak tsunami.

"Tahap (radiasi) nampak amat tinggi dan masih wujud risiko lebih tinggi bahawa banyak radiasi akan merebak," kata Kan.


UCAPAN ANAK MUDA BERTANGGUNG JAWAB!!!


nota:
bukan lawak bodoh
dalam berita hairan
lawak bangang jenis senario








DARI WAN AZIZAH

Salam takziah dan simpati kepada warga Jepun

Menginsafi akan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Jepun beberapa hari yang lalu, saya mewakili warga kepimpinan dan akar umbi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) seluruhnya merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun dan juga rakyat Malaysia yang bermastautin di sana. Tsunami yang diberitakan antara yang terburuk dalam sejarah Jepun jelas merentap sanubari.

Walaupun begitu, kita seharusnya mencontohi masyarakat Jepun yang begitu berdisiplin meskipun ketika berhadapan dengan malapetaka besar. Tahap kesabaran mereka juga sepatutnya menjadi contoh kepada seluruh masyarakat dunia. Kedua-dua ciri penting ini pastinya membolehkan mereka bangkit dengan cepat bagi membina semula bandar yang musnah teruk. Apatah lagi dengan kegigihan dan kesungguhan mereka mengenalpasti kaedah dan strategi serta penyebaran maklumat cepat dan tepat kepada seluruh rakyat, pasti akan membantu.

Nyata sekali insiden ini mengundang kesedihan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga dan sahabat handai. KEADILAN mendoakan agar Tuhan mengurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi kepada mereka yang terlibat. Semoga Kerajaan Jepun cepat menyusun pembangunan semula infrastruktur yang terkesan akibat bencana ini.

Dr Wan Azizah Wan Ismail


KENYATAAN MEDIA
15 Mac 2011

Pagi ini kita dikejutkan lagi dengan berita letupan ketiga di loji tenaga nuklear Daiichi di Fukushima, Jepun. Mengikut laporan agensi berita Reuters serta The New York Times, letupan di reaktor No 2 telah berlaku jam 6:14 pagi waktu Jepun dan kerosakan yang timbul mungkin bersifat lebih kritikal, lalu menyebabkan senario “full meltdown” semakin mungkin berlaku. Reuters menambah bahawa kadar radiasi sekitar loji nuklear tersebut telah meningkat empat kali ganda.

Oleh itu, saya berharap agar pihak Kerajaan Pusat bertindak lebih pantas tetapi tepat dalam menerangkan situasi sebenar di Jepun serta apakah akibat yang mungkin dialami rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Apakah peratusan kemungkinan radiasi dari loji tenaga nuklear ini akan tiba di Malaysia, berdasarkan senario “full meltdown”? Apakah langkah berjaga-jaga yang harus diambil rakyat Malaysia? Adakah Kerajaan Pusat benar-benar bersedia menghadapi situasi pencemaran nuklear yang mungkin terjadi?

Pada masa yang sama, Kerajaan Pusat wajib menghentikan dahulu sebarang perancangan untuk membina loji tenaga nuklear mahupun pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth refinery) di negara ini.

YB Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai


7 ulasan:

Stupid University berkata...

Saya sokong penuh pembinaan loji nuklear di Putrajaya dan Angkasapuri! Dicadangkan di bina di setiap negeri yang menyokong BN! Kalau boleh disambungkan semua sekali supaya apabila satu meletup biar semua sekali meletup! Biar spesis bodoh nie pupus sama sekali supaya tak menyusahkan umat manusia di masa hadapan! Kah! Kah! Kah! Kah!

James Iha berkata...

Kahkahakh...geng makcik felda suruh buat satu loji satu felda...depa nak mampos cepat..kahkahakah..

AHMAD AKMAL berkata...

gamaknya,nak mampos berjemaah lebih berkat,afdhal silalah bina loji nuklear hahahaha

AHMAD AKMAL berkata...

Agaknya nak mampos secara berjamaah tu lebih berkat dan afdhal, marilah kita menyokong pembinaan loji nuklear
huwahuawahhuawah

arief fikry berkata...

membayangkan pengorbanan sekumpulan jurutera.
terus tingal di loji nuklear untuk menyelamat dari bencana.
walaupun penduduk sekitar lari menyelamatkan diri.
gagal berjaya mereka menentu masa depan jepun atau mungkin asia timur.

selamat berjaya!

billy corgan berkata...

pm jepun dah announce dah suh rakyat dia dok dalam umah.PM malaysia nak tunggu apa lagi?nak tunggu radiation sampai depan pintu umah baru nak suruh rakyat get ready ke apa?5200km je weh jarak malaysia dgn jepun ni.sat je kalau awan radioaktif tu nak sampai.....

Tanpa Nama berkata...

"arief fikry berkata... membayangkan pengorbanan sekumpulan jurutera".

Ya kan! Lupa kite pada jurutera2 yg duduk dalam loji tu....mereka ni aku respect....korban diri asalkan dapat selamatkan negara dan penduduk (sedunia).....Mmng Hero sebenar!