Selasa, 15 Mac 2011

LETUPAN LOJI NUKLEAR DI FUKUSHIMA




KITA HANYA MANUSIA





SEBELUM ITU BUAT INI DAHULU


Wira kami meluncur meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Merlimau. Cuaca petang agak nyaman. Lalu saya meminta si Pemandu memadamkan alat hawa dingin kerana saya ingin membuka cermin kereta. Saya ingin menghidu udara petang. Berkali kali saya tekan punat tetapi sang cermin amat degil tidak mahu turun ke bawah. Si Pemandu menoleh sambil ketawa dan bersuara ‘ ini Proton Bro… tak kan tahu tahu… ini pun belum sampai setahun’. Kami terbarai ketawa.
( dari ingatan berkempen ke Merlimau)

Saya sedang memberi kuliah di Akademi Seni Kebangsaan. Bangunan ini belum sampai lima tahun. Hujan yang awalnya renyai renyai menjadi lebat. Tertiba diluar air mencurah masuk. Atap bangunan ini telah terbarai.
( dari ingatan mengajar di ASWARA)

Apabila kita membaca dan melihat apa yang sedang terjadi kepada lima buah loji nuklear di Jepun maka kita akan sedar bahawa ini adalah satu pelajaran yang amat mahal. Mata pelajaran ini sedang dibayar dengan harga darah dan nyawa oleh warga Jepun. Pelajaran dihadapan mata kita ini sedang membuktikan bahawa radioaktif ini amat merbahaya untuk umat manusia.

Ini adalah kali kedua warga Jepun membayar dengan nyawa mereka untuk membuktikan kepada dunia tentang malapetaka yang akan dibawa oleh radioaktif. Kali pertama dahulu pada pada 6 dan 9 Ogos 1945. Pelajaran itu telah dipaksakan keatas warga Jepun apabila dua butir bom atom telah diledakan ke atas kota Nagasaki dan Hiroshima.

Kali ini agak berbeza – bukan dengan paksaan dari sesiapa tetapi hasil dari kerja lobi para saudagar penjual loji tenaga nuklear.

Lihat dan perhatikan - ketika loji nuklear di Fukushima terbakar - para saudagar tenaga nuklear, para pelobi tenaga nukelar, para kang kong pakar nuklear dan para politikus rasuah - sedang meminta kita semua bertenang. Suara paling terbanyak meminta kita bertenang datangnya dari sosok yang mengakui diri mereka sebagai arif dan berilmu dalam hal nuklear.

Justeru, para profesor dan ilmuan yang arif tentang hal radioaktif kini sedang sibuk membicangkan pandangan mereka. Ilmuan kang kong dan pakar nuklear ini sedang bersilat lidah dikaca tv untuk mententeram keadaan. Para pakar ini dilihat gah dan hebat dengan ijazah berjela-jela tetapi bila kita selidiki dengan rapi maka akan kita temui bahawa mereka ini ada pertalian kepentingan dengan saudagar penjual loji tenaga nuklear.

Di Malaysia para kang kong ini tidak perlu menyorokkan diri untuk berselindung. Mereka secara terbuka menyokong rancangan kerajaan untuk untuk mendirikan loji nuklear pada tahun 2021. Suara sokongan mereka sedang dijadikan alat untuk bercanang ke hulu ke hilir oleh para saudagar loji nuklear.

Para kang kong ini bersuara menyokong tenaga nuklear bukan kerana mereka berilmu tetapi kerana dengan cara ini sahajalah suara mereka akan dilaporkan oleh media arus perdana. Dengan menyokong tenaga nuklear maka muka mereka akan muncul di kaca tv. Dan jika mereka rajin sadikit mereka akan dapat menulis di ruangan akhbar Utusan atau Berita Harian.

Orang awam jangan terperanjat apabila diberitahu bahawa menulis di Utusan atau di Berita Harian ini juga akan diambil kira sebagai pencapaian keilmuan yang ilmiah. Ini juga akan dihitung untuk kenaikkan pangkat dan gaji. Nampaknya menulis diakhbar arus perdana di Malaysia ini telah disamakan tarafnya seperti menulis di majalah Foreign Affairs, New Scientist, Nature atau Oxford Journals

Maaf. Jangan silap faham. Tulisan saya ini bukan bercita atau berniat untuk memperlekehkan para ilmuan tempatan ini. Tidak. Saya tidak perlu meperlekehkan mereka kerana mereka sendiri memang telah lama lekeh. Majoriti ilmuan kang kong ini lekeh kerana tidak pernah melahirkan buku atau menulis secara ilmiah. Kebijaksanan mereka ialah membodek dan mengampu untuk naik pangkat.

Kalau kurang yakin tentang apa yang saya nyatakan disini – sila rujuk laporan akhbar minggu lalu bagaimana Najib Razak telah mengingatkan kangkong – kangkong ini agar tidak berebut-rebut untuk menjadi Naib Cancelor

Biasanya para akademik yang tegar dengan ilmu pengetahun dan kajian akan menolak pangkat Naib Cancelor. Sosok yang berilmu akan menolak pangkat ini kerana ianya akan membuang masa kerana terlibat dengan kerja mentabir universiti. Cita-cita sosok yang berilmu ialah membaca, mentelaah, mengkaji, menduga, mencuba dibilik makmal dan akhirnya menerbitkan bahan kajian untuk untuk dibincangkan oleh rakan-rakan dalam dunia akademia.

Seorang akademia yang bukan jenis kang kong tidak akan membuang masa untuk hadir di majlis-majlis hampeh seperti menghantar menteri ke lapangan terbang atau yang membuang masa dan tenaga untuk memastikkan mahasiswa dari kumpulan Aspirasi menang dalam pilihanraya kampus.

Saya telah dan akan terus menimbul dan mempersoalkan tentang keupayaan ilmu profesor kang kong. Saya lakukan ini kerana saya yakin dalam minggu ini akan banyak suara-suara kang kong ini kedengaran. Mereka akan dijemput untuk memberi pandangan-pandangan juling tentang letupan loji nukelar di Fukushima.

Komen dan pandangan profesor kang kong ini akan digunakan untuk mengolah persetujuan orang ramai agar menerima hakikat bahawa negara kita tidak ada pilihan melainkan menggunakan nuklear sebagai punca tenaga leterik dalam masa 10 tahun yang akan datang. Kang kong ini juga akan memberi pandangan kontot mereka bahawa loji tenaga nuklear ini selamat untuk diguna pakai.

Para kang kong ini tidak akan menyebut berapa banyak kecelakan kecil dan besar yang telah terjadi di loji nuklear. Dengan sempoi para kang kong akan melupakan data dan sejarah. Jika ada disebut satu kecelakaan kecil maka si kang kong ini akan menyatakan yang ini terjadi pada satu ketika yang lama dahulu. Di zaman teknoloji secanggih hari ini tidak mungkin kecelakan akan berlaku lagi.

Hakikatnya, kecelakan yang berpunca dari loji tenaga nuklear berlaku terus menerus. Pada tahun 1979 sebuah loji nuklear Three Mile Island di Pennsylvania Amerika telah hampir meledak. Ini kerana kesilapan teknikal. Selama tiga hari Amerika Syarikat dalam keadaan mengigil menunggu apakah akan terjadi satu letupan.

Pada tahun 1986 satu lagi ledakan loji nuklear telah berlaku di Chernobyl Ukraine. Ini telah membawa mala petaka yang amat dasyhat. Hingga ke hari ini wilayah sekitar Chernobyl telah ditinggalkan kosong kerana bahaya radioaktif yang masih berkeliaran. Untuk berapa tahun lagi wilayah ini akan ditinggalkan? Berapa lama radioaktif ini akan berkeliaran?

Umur radioaktif ini ditakrifkan sebagai : half life. Half life ini mungkin 300 tahun dan mungkin 3000 tahun. Half life hanyalah konsep. Kerana itu hingga ke hari ini masih ada bekas warga Chernobyl yang melahirkan bayi cacat dan tidak cukup sifat akibat serangan radioaktif.

Lalu timbul persoalan – jika tenaga nuklear ini amat bahaya kenapa ianya masih digunakan. Jawapan untuk soalan ini ialah keuntungan. Para saudagar penjual loji nuklear akan mendapat keuntungan berbilion ringgit apabila ada negara yang ingin membeli loji ini. Loji tenaga nuklear bukan dijual macam kereta. Teknoloji tenaga nuklear ini amat tinggi dan canggih. Tidak semua negara dalam dunia ini memiliki keupayaan untuk mendirikan loji nuklear ini. Negara-negara yang memiliki teknoloji untuk membuat dan menjual loji nuklear ini juga terhad. Ini menjadikan harga loji ini mahal.

Dalam masa yang sama kefahaman dan kesedaran orang ramai terhadap bahaya radioaktif dari loji ini telah ditumpulkan. Seperti di Malaysia banyak pekara dilakukan oleh politikus tanpa banyak perbincangan. Malah ada pekara dilakukan secara senyap-senyap tanpa diketahui umum. Contoh terbaik ialah kilang nadir bumi di Gebeng yang juga akan membawa malapetaka radioaktif tetiba muncul tanpa perbincangan.

Kerana tidak ada perbincangan maka orang ramai tidak mendapat maklumat yang penuh sama ada menerima atau menolak pengunaan tenaga nuklear sebagai punca tenaga leterik. Ini di tambah pula oleh lebong para kang kong yang kerap muncul dimedia arus perdana untuk menjadi juru heboh tenaga nuklear. Pandangan ke dua atau cadangan alternatif akan dinafikan untuk untuk memastikan orang ramai dapat terus ditipu.

Malah si pembawa pandangan kedua atau alternatif mungkin akan ditangkap untuk di ISAkan. Ini pernah berlaku di Bukit Merah Perak pada tahun 1987. Warga di Bukit Merah telah bangun menentang rancangan untuk mendirikan kilang nadir bumi yang kini telah dipindahkan ke Gebeng. Beberapa orang aktivis Bukit Merah telah ditahan dalam Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987.

Para menteri pula akan berhujah mengatakan bahawa kita perlu tenaga nuklear kalau tidak kita akan bergelap. Cakap cakap seperti ini menakutkan orang ramai seolah-olah kita tidak ada pilihan. Di belakang cakap-cakap menteri ini ialah saudagar penjual loji nuklear. Ini samalah seperti kita membeli kapal selam dari Peranchis. Rakyat Malaysia telah dipaksa menerima kapal selam ini kerana ada menteri yang telah menerima suapan dari saudagar kapal selam.

Saudagar penjual loji nuklear ini juga bergerak sama seperti saudagar senjata. Malah kadang kala yang menjual senjata ini juga menjual loji tenaga nuklear.

Untuk saya keputusan sama ada Malaysia akan menggunakan tenaga nuklear atau tidak cukup senang untuk dibuat. Kita tidak perlu melihat ke Jepun atau ke Chernobyl. Kita hanya perlu melihat kereta keluaran Proton. Berapa ramai pembeli kereta Proton telah menyumpah dan menyesal kerana cermin tingkap kereta Proton tidak boleh dipakai. Juga kita sering terbaca bangunan kerajaan runtuh. Malah kita juga terbaca bagaimana atap bangunan Parlimen telah runtuh. Kali terakhir ialah berita runtuhnya stadium di Kuala Terangganu.

Untuk saya sebelum kita mendirikan loji nuklear di bumi ini marilah kita meminta secara jujur agar para ilmuan, para saintis dan para jurutera kita dapat memperbaiki cermin tingkap kereta keluaran Proton. Ini adalah asas teknoloji. Kalau yang asas ini pun selalu kantoi bayangkan apa yang akan terjadi apabila loji nuklear meledak.

Mari berfikir sejenak. Sebelum ke sekolah kita ke Alif Ba Ta dahulu. Sebelum buat itu – buat ini dahulu.(TT)

nota:
tulisan ini terbit dalam suara keadilan
yang sedanga dalam pasaran sekarang
sila dapatkan suara keadilan atau
berlanggan dengan memukul talipon: 03 -22-72-40-45


25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya perlu memuji saudara kerana memiliki gaya penulisan yang kreatif dan simple. Sememangnya di Malaysia kita ada pasukan pengarah yang akan mengarah cerita dengan sumbangan pelakon pelakon yang senantiasa mengiakan segalanya mengikut telunjuk pengarah. Masalahnya pengarah buat cerita untuk untung duit jadi pangkalnya ialah DUIT. Rakyat pula diberi gula dan diperbodohkan dengan peranan media dan jawatan yang disandang oleh individu tertentu. Tergelak kita masih Menteri seperti Rais Yatim yang dah lama boleh pencen menjadi arus perdana berita lagi. Apakan daya sekiranya rakyat masih tidak atau enggan menerima perubahan yang berlaku sekitar kita semua. Allah selamatkan Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

"Saya tidak perlu memperlekehkan mereka kerana mereka sendiri memang telah lama lekeh."...

wakakakaka...hahahahahhaa..

wali nikah berkata...

seriosly,hishamuddin rais diberikan akal yg cerdas oleh Allah untuk membongkar banyak kekeliruan...

Allah Maha Pengasih..

Saya doakan hishamuddin rais mnjadi seorang yg soleh..mgkin juga seirang wali di akhir zaman,insyaAllah..amin..

Tanpa Nama berkata...

Penahanan aktivis Bukit Merah ni semua kerja zalim Mahafiraun, yang baru ni tulis buku tebai nak tunjuk dialah orang paling baik.

Profesor TakKangkong berkata...

Tulisan saudara mmg baik.. tapi berapa buku yg TT dah buat...!!! heheh.. tapi filem Jemapoh ke manchester dah tgk.. cuma nak tau kesudahan ceriter dari manchester ke jemapoh plak.. wakakakak

Oklah, sekarang Kangkong2 sedang menunggu & berbaris utk glemer sekarang.. masing2 menunggu turn utk muncul di ruangan Utusan, BHairan, rancang2an bual bicara di RTM, Tv3 dll.

tapi tulisan saya hanya di ruangan Ulasan TT, tidak sglemer tulisan Profesor Kangkong yg disebutkan.

di utusan & bharian, hanya ruangan keputusan perlawanan bolasepak sajer yg betui2 telus. WAKAKAKAK.. kalo kat situ pun kangkong nak amik alih.. memang lekeh ler..

Apapun tahniah... secara rumusannya...

"SAYA YANG TAKDAK PHD, MASTER & ULASAN ILMIAH DI UTUSAN, BHAIRAN MAUPUN PRESS CONFERENCE DI SRI LANKA, DJIBOUTI DLL TIDAK SEKANGKONG kANGKONG untuk menyokong LOJI NUKLEAR DI MALAYSIA"

Stupid University berkata...

Dicadangkan pembinaan loji nuklear di PutraJaya dan Angkasapuri! Kah! Kah! Kah! Biar meletup dan pupus terus golongan pengampu BN terus! Kah! Kah! Kah! Oh yea satu lagi di universiti yang banyak profesor kangkung! Kah! Kah! Kah!

zulldg berkata...

Terbaikk!!

Tanpa Nama berkata...

Ulasan dan kupasan yang amat mudah di fahami, makcik2 felda tak perlu nak sakitkan kepala hantuk kedinding kerana tiada perkataan2 "si si si si"

Perkataan yang berakhir si si si si si hanya digunakan oleh kangkong2 dengan tujuan menipu rakyat 1Malaysia terutamanya makcik2 felda.

Aku juga tak ada lah nak memperlekehkan makcik2 felda sebab TT dah bagitahu awal2, mereka memang dah lama lekeh..

Apa nak dikatakan, pengikut setia kepala kerala.

Tanpa Nama berkata...

Kalo nak buat nuklear jgk, aku cadang bina kat kawasan felda. Biar makcik2 dan pokcik2 felda semua mampos bila loji nuklear tu melotup.

Dek kebangangan diorg nie la gerombolan masih hidup dan memporak-perandakan negara Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

tuhan kata dia tak mau turunkan tsunami di msia.sebab tuhan kata msia akan roboh dan hancur semcam tsunami dek angkara rasuah

shahmetal berkata...

bestnye bawak proton aku. laju. selesa. selekoh laju, stay on track.

eh eh eh proton 10 tahun lepas memang bangang. tapi berapa lama ko dah tak ikut perkembangan?

hahaha.

anyway, kalau pasal loji nuklear, yes. memang aku tak setuju. kita tak ada pengalaman. tambah lagi dengan perangai sambil lewa orang kita. kalau bocor, satu malaysia boleh pupus.

Tanpa Nama berkata...

kangkong lulusan uum ler tuuu

Tanpa Nama berkata...

Kalau memang kemaruk sangat nak buat satu nuclear reactor, sila bangunkan ia di Pasir Gudang, Johor (Johor lubok umno). Dan korang pandai2 la jawab dengan kerajaan singapore.
Jangan memandai2 nak buat di Selangor! haar??? sultan johor tak setuju? sebab takut meletup? Kalau takut, maknanya sultan pon takut! kah kah kah kah

4g93t berkata...

hahahahaha.. cermin tingkap proton saya pulak.. senang nk turun.. nak naik lekat separuh.. kena tarik nan tangan baru boleh.. mahal jugak proton ni,

Tanpa Nama berkata...

Para kang kong ini tidak akan menyebut berapa banyak kecelakan kecil dan besar yang telah terjadi di loji nuklear. Dengan sempoi para kang kong akan melupakan data dan sejarah. Jika ada disebut satu kecelakaan kecil maka si kang kong ini akan menyatakan yang ini terjadi pada satu ketika yang lama dahulu. Di zaman teknoloji secanggih hari ini tidak mungkin kecelakan akan berlaku lagi

lagi 1jawapan standard 1malaysia, baik dari gerombolan KERA mahupun para kangkong:

Jika ada disebut satu kecelakaan kecil maka si kang kong ini akan menyatakan yang ini kejadian terpencil atau isolated case sahaja

dulu, kini dan selamanya,
bangang, diperbangang, membangangkan...
dah lama dahhhh...
rakyat didulukan untuk dikemudiankan hasrat & pandangan mereka...

-average joe-
klakka-la.blogspot.com
klickdefella.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

penulisan abg isham memang ada kelas. belajar kat mana bang?

Tanpa Nama berkata...

bro bila nak jadi ahli parlimen ni? bagi gegar parlimen.

Tanpa Nama berkata...

Alah shahmetal mai join jugak sini. Dia ni mesti tak pernah merasa bawa Honda, Toyota, Merc atau kereta-kereta lain yang sewaktu dengannya. Balik-balik dia naik proton jugak sebab tu lah kereta yang paling terbest untuk dia...Kesian...kesian. Mari kita ketawakan dia...keh..keh. Sebab dia tak pernah compare ngan kereta lain. Nak wat camana dah camtu sejak azali.

govofhate berkata...

proton aku lglah..sbb power window asyik nk trn jer, pintu tu terpaksa dipecahkn sbb nk ikat dawai kat power window bg tutup sentiasa..sng hati xyah nk beli brg ori ataupn second hand..haha

Tanpa Nama berkata...

TAKBERNAMA (1/3)

alamak "shahmetal" lagi.. aku dah check profile budak ni, baru lepas sekolah menengah.. masih budak2 lagi..melancap pun entah reti entah tidak lagi.. kendian nak bagi komen kat blog2 revolusi orang muda (cuba study profile username2 shahmetal dengan menggunakan lebai google, relate dengan komen dan nilai sendiri) ..kete wira pun entah ada entah tidak, kalo ada pun entah uwan dia punyer ke hapa lagik... mentaliti dia tetap kokak hinggakan ramai mencaci-maki dia setiap hari pun, dia tak akan berubah dari kebangangan tahap mat sembab.. otak budak2, masih banyak perlu bertanya lagi, bukannya otak orang2 muda (cuba baca post2 dia yang lepas dan nilaikan sendiri, kalo orang muda UMNO, idea dia memang bangang. Tapi shahmetal ni, jelas budak mentah lagi) ... penat kita nak layan! lambat lagi nak datang pencerahannya..

--------------------------------

kebetulan aku pun banyak menumpang kete2 member yang berbisnes kapitalis ni.. merc, bm, volvo, honda dan beberapa kete cibai aku sendiri yang pernah aku beli dan tukar2 (tak mau bitau sbb memang tak sehebat mana, so-so, kereta hybrid jer), tujuannya nak check tengok hebat tak kete orang lain berbanding dengan kereta2 yang pernah aku pakai dan yang maha2 kokak tu.. pokoknya kereta, hebat setara mana pun ianya tetap sebuah kereta yang akan memburuk jugak selepas 5 tahun, bukannya semakin membaru ataupun boleh buat healing service kat diri sendiri...sama jugak dengan kilang, berhati2 menjaga tahap gaban sekalipun, sesekali tetap ada ujian Allah Taala datang menduga... mengkala dugaan tak berat, tak apa.. jika dugaan berat ie gempa bumi dan tsunami ni.. lu pikir la sendiri guna kepala pelir lu kesan selapas 2-3 hari, sebulan dan setahun malah hingga ke 10-100-500 tahun..

Tanpa Nama berkata...

TAKBERNAMA (2/3)

bayangkan sehebat mana pun engineer ataupun kepakaran mat saleh luar yang ada, selama manakah loji nuklear itu boleh bertahan? kebetulan aku pernah bekerja di 2 buah loji elektrik (gas + steam (5 tahun), dan coal (6 tahun)) dan sebuah loji penapisan minyak (4 tahun). Kalo engineer hebat, management pulak macam cibai, kebanyakan engineer power plant ni berkelulusan diploma universiti kang-kong dan kong-kang! Ijazah OUM! Politeknik! Tak percaya? Boleh check tengok yer... Aku berani bunuh diri dan kelar leher anak2 aku jika engineer2 + PAKAR2 kat sini datang dari universiti2 hebat dan berijazah kelas pertama dan diuji kepakarannya. Pergi check plant2 Malakoff, YTL dan TNB. Banyaknya ambil degree setelah tua, baru berhingus graduatenya, PJJ (muda2 otak lembab, bila tua, ada duit, belajar tetap malas dan boleh dikatakan macam beli degree jer), UTM space.. Tahap bercakap dan membaca bahasa inggeris ini, (apatah lagi menulis), cukup2 dipersoalkan (camana dia boleh paham baca buku2 engineering dan buat presentation/dissertation semasa amik degree dan diploma2 cibai tu), kalo amik IELTS (http://en.wikipedia.org/wiki/IELTS), aku jamin band 3 pun tak lepas ( jika boleh dapat band 4 keatas, aku sanggup bayar yuran test tu. tahap2 biasa ialah band 6, kalo dapat band 7-8, akan aku biayai pengajian anak beranak dia tu seumur hidup aku).. (TOLONG SAPA2 BUAT KAJIAN TENTANG SEMUA SET2 KEPERLUAN KEPAKARAN JURUTERA2 INI). Ini antara punca masalah dalam kesemua organisasi yang aku bekerja dan kompeni2 kapitalis di negara kita. Kompeni hebat pada nama saja, tapi idea kapitalis merayap2 tak pernah berubah.. Manager2 pulak, gila naik gaji dan elaun itu ini.. dan paling penting, gaji dan bonus, MUSTI LEBATTT!!! 10 bulan bonus paling kurang! Tapi kepala hotak dia, idea2 macam pungkok ayam!!! Menyedihkan!!!

Tanpa Nama berkata...

TAKBERNAMA (3/3)

Jika tak jadi isu besar, tak pa. Buleh makan gaji dan hidup senang dan tenang.. kalo jadi isu besar, mcm plant kat Middletown-Connecticut, Chernobyl dan Fukushima turbine meletup ka, OIL SPILL mcm kat Teluk Mexico tu… baru masyarakat akan sedar! Melalak melolong macam cibai pun, tak guna dah!!!

Nota: Aku rasa, ko patut sama highlight tentang ini Isham.. Ini nak buat kilang nuclear siot!!! bukan aku nak berlagak2 atau ketawa terbahak2 dengan kelulusan2 mereka, tapi aku terasa nak menangis teresak2 bila mengenangkan inilah lawak2 seram drpd masyarakat Malaysia aku yang nak mengejar standard taraf kemajuan di mat saleh kapir barat tapi realitinya, terbarai hampeh standard yang kita ada. Asalkan imej atau nama kompeni nampak hebat, kira ok la, boleh apply pengiktirafan itu ini.. Malas aku nak ulas pasal ISO lagi.. panjang cerita pulak! Tu la pasal, bila jadi apa2 masalah besar, kompeni2 ini dicover gila2 oleh menteri2 bangang, YB2 mat bisul dan management lembab dan sembab pulak, menggelabah tak tentu pasal. Lari dari membicarakan tentang isu yang berlaku.

arwen berkata...

tahniah kepada pakcik tukar tiub, saya suka baca artikel ini, walaupun panjang, tapi padat. Pakcik, makcik, atok, nenek (yg mungkin percaya dengan fakta2 org luar ttg idea nak bina nuklear ni) boleh faham kenapa kita SAY NO tu NUCLEAR...saya nak beri pendapat..kita kat malaysia inshaallah takkan kehabisan sumber tenaga. kalau kita terlalu terdesak sgt, kenapa kita tak gunakan sepenuhnya sumber tenaga semulajadi sbg cth tenaga dari cahaya matahari, tenaga dari angin, dan macam2 lagi. tiada istilah yang boleh membenarkan penggunaan nuklear melainkan disebabkan keuntungan semata-mata...saya terfikir seketika, Allah Maha Pengasih, sbab itu dia beri petunjuk - timpakan bala keatas jepun (tsunami, gempa bumi, rakdioaktif yang bertebaran)supaya dunia sedar, sehebat mana pun manusia ini dari segi teknologi, ekonomi, jangan angkuh dengan ciptaan sendiri kononnya mereka HEBAT lalu terlupa bahawa Dia yang mencipta..juga jangan sesekali rosakkan bumi ini... SAY NO to nuclear.

Tanpa Nama berkata...

mmg betui ape yg ko ckp bai..

td baru tgk rncnagn soal jwab tv3suku(17/3/2011)
salah sorangnye prof SHAHIDAN RADIMAN telah menyerlahkan ke KANGKONG annya dgn ckp2 yang berbelit2 lidah nak menyebutnye...pasal nuklear

kangkong2 ini patut disumbat kepalanye pitoknya kat paip gas nuklear yng bocor baru nak sedar agaknya

Tanpa Nama berkata...

TT,

kena highlight ni: semalam 16/3 ada seorang prof jenis kang kung juga kot mengatakan: kalau Tsunami itu boleh mencapai 10m tinngynya kita akan cari tempat yang tinggi dari itu untuk dijadikan tapak loji nuklear tersebut. sekarang, kita sudah ada 2 tempat yang dikenal pasti sesuai .....Dia lupa yang ALLAH mampu jadikan Tsunami setinggi 40m sekalipun? dia gila ke apa? SILA SIGN PETISYEN BANTAH LOJI NUCLEAR DI MALAYSIA di www.rights2write.wordpress.com