Jumaat, 23 September 2011
DARI LIDAH PENGARANG
BANGUN DAN LAWAN
SIMPANAN TUNAI SELANGOR RM1.1 BILION REKOD 28 TAHUN – harakah daily
SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.
“Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun,” kata Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.
Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.
Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat.
Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri.
Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.
Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.
KOMENTAR TUKAR TIUB
Syabas kerajan Pakatan Rakyat di Selangor. Tahniah !
Ini terbaik. Selama 28 tahun gerombolan United Malay Nationnal Organisation telah merompak peti khazanah Selangor.
Tetapi awas dan waspada!
Mentabir sebuah kerajaan bukan sama seperti mentabir sebuah syarikat perniagaan. Mentabir sebuah kerajaan memerlukan lebih dari telus, lebih dari bertangung jawab, lebih dari berhemah dan berhemat. Telus , baik dan jujur adalah nilai yang amat amat diperlukan untuk menjaga Masjid Nabi tetapi mentabir kerajaan memerlukan realpolitik - politik yang dieja dengan huruf k.
Rakyat biasa tidak arif apa dia surplus budget. Rakyat biasa tidak faham apa itu bank akoun. Rakyat biasa tidak ambil pot bagaimana sesebuah kerajaan di tadbir. Tetapi mereka naik stim apabila membaca bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ada 1.1 bilion ringgit. Dalam masa yang sama mereka akan naik bengang apabila hidup mereka tidak ada perubahan. Apabila mereka selalu dipindah-pindahkan. Apabila tanah mereka dirampas.
Hakikatnya apabila warga mendengar Selangor ada 1.1 bilion ringgit maka mereka juga ingin berjoget sama – they want a peice of the action. Ini lah hakikat real politik. Ini hakikat realpolitik di seluruh dunia bukan hanya di Malaysia.
Kalau mentabir sebuah syarikat – berita ini akan dilihat amat berjaya. Apabila pemegang saham diberitahu bahawa telah terkumpul 1.1 bilion ringgit dalam simpanan mereka akan tersenyum lebar. Pemegang saham amat gumbira kerana perlaburan mereka membawa keuntungan. CEO dan semua Pengarah Syarikat pasti akan mendapat bonus besar. Pemegang saham dengan berbesar hati melantik kembali CEO dan Pengarah untuk terus mengendalikan syarikat ini.
Dalam real politik ini tidak berlaku. Dalam real politik Malaysia dan dunia ketiga pentabiran yang telus akan dimusuhi.
Apakah terlupa ucapan Najib – Selangor wajib dirampas kembali. Rancangan merampas Selangor ini tidak ada sangkut paut dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang jujur dan telus. Kenyataan Najib ini tidak ada sangkut paut dengan bertambahnya duit simpanan dana Selangor.
Malah bayangkan bagaimana air liur Khir Toyo, air liur Mat Ezam dan air liur Noh Omar meleleh apabila membaca berita bahawa kini di Selangor ada tersimpan 1.1 bilion ringgit tunai.
Bayangkan juga bertapa buntangnya mata para Gerombolan dan ketua ketua bahagian United Malay National Organisation apabila mendengar bahawa MB Selangor telah berjaya membawa masuk 35,000 juta ringgit i.e 3.5 bilion ringgit pelaburan. Ini adalah lubuk makan mereka dan mereka sedang bersedia.
Bayangkan para ‘contract jungkies’ , penjual kontrek, kontretor kelas F, broker dan segala macam setan gerombolan menelan air liur kerana sebelum ini Selangor ialah lubuk ikan mereka - lubuk ini wajib dijadikan lauk sekali lagi. Ketika ini mereka sedang bersedia.
Para penyokong Pakatan Rakyat di Selangor dan Malaysia sedar lah bahawa United Malay Natioanal Organisation dan segala ajensi-ajensi kerajajan pusat telah merancang, sedang merancang dan akan terus merancang. Tidak dapat tidak Selangor akan jatuh kembali ke tangan gerombolan. Ini hakikat. Ini realpolitik. Apakah telah lupa tentang Terangganu yang diambil alih pada tahun 1998? Apakah telah terlupa bagaimana kerajaan Pas tumbang?
Ada ahli Pas yang menuduh ini kerana Hadi tadbir tak betul. Ada yang tuduh kerajaan Pas jatuh kerana dasar Islam salah pakai. Semua ini tidak tepat. Dalam realpolitik ini semua tidak penting. Yang penting ialah duit petrol. Yang penting ialah harta kekayaan Terangganu. Tidak mungkin para pemodal akan membenarkan Teragganu dipimpin oleh Pas.
Bagaimana gerombolan merampas Terangganu kembali?
Dengan pendaftaran pengudi baru. Untuk mereka yang lemah jantung cukup membaca sampai disini kerana apa yang akan ditulis ini akan memutus urat jantung yang lemah. Sedarlah wahain semua, tim pendaftaran pengundi yang membuat kerja untuk Terangganu juga sedang bekerja untuk Selangor. Ada yang terperanjat mendengar apa yang di baca?
Bagaimana pula dengan pengundi Indon? Bagaiman pula dengan pengundi Bangla? Semua ini strateji untuk mengalahkan Pakatan Rakyat di Selangor telah disusun. Gerombolan hanya memerlukan 9 kerusi sahaja. Justeru – mereka akan menipu, merasuah, membeli, merompak untuk mendapatkan kerusi ini. Ini realpolitik – jangan marah – politik ialah perebutan kuasa. Perbuitan kuasa untuk memiliki punca punca ekonomi. Baik hati, tulus ikhlas, jujur tidak cukup dalam realpolitik – mungkin baik untuk menjadi menantu Pak Lebai. Realpolitik memerlukan kesedaran ekonomi dan licik melawan.
Para penyokong Pakatan Rakyat wajib sedara yang serdang dilawan dan ditentang bukan hanya parti cabuk bernama United Malay National Organisation. Parti in parti taik kucing. Sekali kentut dah terbarai.
Dalam realpolitik di Malaysia aktivis dan penyokong Pakatan Rakyat sedang berhadapan dengan semua ajensi dan lembaga kerajaan – semua lembaga daulah – tentera, polis, mahkamah, media, tv, akhbar - namakan lagi – kemas, guru, pegawai kerajaan, jakim, jais , jawi, raja gopal, raja wali, raja bersiong dan dan dan segala tan seri dan datuk seri.
Juga jangan lupa dibelakang semua ini ada lagi musuh Pakatan yang paling kuat. Mereka ini jarang nuncul tetapi dalam realpolitik mereka inilah yang berkuasa. Mereka ini ialah Daim, Lim goh Tong, Ananda, Syed Mokhtar, Nazir Razak, Yeoh Tiong Lai, Vincent Tan dan dan dan. Lidah mereka juga telah pernah menjilat nikmat peha Selangor. Mereka mahu membaham peha yang sama sekali lagi.
Untuk ahli-ahli dan penyokong PKR kerajaan negeri Selangor adalah bintang Kejora yang menjadi rujukan perjalaan mereka. Kalau dalam sesebuah syarikat pemegang saham akan menentukan masa depan CEO dan Lembaga Pengarah. Dalam real politik yang menentukan jatuh atau terbarainya Selangor ialah ahli parti dan aktivis parti. Jika lupa atau terlalai tentang ini maka sesudah Pru 13 - sesudah Selangor diambil gerombolan makan pasti ramai akan bercakap:
...kan den dah cakap
.... aku dah royak
....i told you so
.... khalid tak boleh pakai
Maki dan hamun untuk bekas MB Khalid Ibrahim akan kedengaran siang dan malam tetapi Khalid selamat sehat walafiat di rumah gergasinya di Bukit Damansara.
Justeru – sedarlah bahawa kekuatan Pakatan di Selangor bukan kerana banyak dana terkumpul. Dalam realpolitik ini tidak penting. Apa yang penting ialah apakah aktivis dan penggerak parti PKR, DAP, PAS di Selangor telah tersususn rapi untuk bertempur? (TT)
GUNAKAN BUTANG INI
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
17 ulasan:
isham.. jangan lupo jugak dengan jemaah tablik.. mereka2 ini asyik pergi berdakwah dan tidak amik peduli apa nak jadi dengan negara.. mereka2 ini juga tidak peduli siapa berkuasa kerana mabuk berdakwah cibai lanchow dia tu..
jangan lupa yang orang2 tablik ini, cukup kuat di belakang tabir UMNO.. kaki dakwah ini bukan calang2 malaun.. mereka adalah orang2 yang membuat keputusan2 penting dalam kompeni2 GLC UMNO... bagi tujuan mencuci dosa kejahatan mereka bersama bersekongkol dengan UMNO, berdakwah tabliklah mereka beberapa purnama sebelum balik kerja dan bersekongkol semula dengan gerombolan.. ini sumer bergerak secara diam dan orang ramai tak tahu apa tablik cibai ini sebenarnya.. entah2 kehulu kehilir dengan IC yang sah untuk mengundi... cer check tengok..
TT, kalau semua dah dalam "planning" apa rakyat macam kita nak buat? Nampaknya mengundi sahaja tidak mencukupi :(
KAWE PEHEEEE DOOOOHHHHHH
Bro.. ada sekor lagi beruk yang meleleh air liur iaitu hasan mat ali.
lagi la lapar puak2 gerombolan nakkan selangor ni... setakat 1 billion tak sampai sebulan habih licin kalau dapat kat puak2 amno nih....
Ade sorg makcik ni...(mak kpd kakakmipar aku) ckp selangor dah xde duit...tp raya haritu terima bantuan dari PR...tukarkan cermin mata spek dia...gi interview seminggu trs dpt bantuan...tu pun xreti2 lg bersyukur...dah elok2 org tukarkan cermin mata...tp masih 'buta' lg...ngok btol...
Negeri Silver pun macam tulah semasa Nizar jadi MB...Perbendaharaan penuh...Dan akhirnya?....
Haji Salah
Juga jangan lupa dibelakang semua ini ada lagi musuh Pakatan yang paling kuat. Mereka ini jarang nuncul tetapi dalam realpolitik mereka inilah yang berkuasa. Mereka ini ialah Daim, Lim goh Tong, Ananda, Syed Mokhtar, Nazir Razak, Yeoh Tiong Lai, Vincent Tan dan dan dan. Lidah mereka juga telah pernah menjilat nikmat peha Selangor. Mereka mahu membaham peha yang sama sekali lagi.
sebenarnya 54 tahun ini mereka telah meratah betis2 shj... kali ini barulah mereka baru tersedar ada nampak peha pula...
kalau mcm ni kena tai chi ala tsun zu la... bila kumpulan hanjeng2 ni berkumpulrapat sambil mulut2 busuk mereka berbuih2 tengok peha gebu miss selangor yang melenggang masuk sambil dipimpin tangan oleh khalid, mungkin kita semua perlu mencampak beberapa ketul daging betis busuk ke arah lain... biar hanjeng2 bangsat ni berantakan mengejar decoy tersebut!
realpolitik juga memerlukan sedikit tipumuslihat untuk membunuh hanjeng2 gila lagi liar - bukan semua ketikanya kita terpaksa keraskaku dan lurusbendul dengan konsep "keputusan tidak menghalalkan kaedah"! (perkumpulan bersih juga satu contoh jelas, bukankah hampir kesemua wajah2 yg berkumpul itu tidak langsung menampakkan raut seorang kakigaduh apatah lagi seorang pengganas yang hendak melancarkan perang atas agung sendiri???!)
-average joe-
klakka-la.blogspot
BERSIH 3.0 pun realpolitik kan Bro?
simpan ler duit tu banyak2, klu umno menang pru13, pandai2 ler puak2 dok perabis...
jemaah tabligh ni pasal politik semasa depa tak mau ambil tahu.katanya biarkanlah org politik tu.habis tu nak tanya islam dgn politik boleh asingkan tak??baik tabligh ni pegi ceramah pd pemborong yg kononya melayu bumiputera kat yang naikkan harga barang tu.situ depa tak berani pula pegi.sama mcm adun behrang si jamaludin yg ke hulu hilir dgn mercedes dia tgh meraih undi skrang.kah kah..org kg balun dah tau perangai kamu wei
Tabligh ni bnyak umno,depa pegi umah orang susah ja,apasal tak pegi umah adun behrang org kaya jamaludin harrier tu.kasi nasihat tlong tgk org kg balun sama.kahkah
sangat setuju bro! absolutely right.
isham.. jangan lupo jugak dengan jemaah tablik.. mereka2 ini asyik pergi berdakwah dan tidak amik peduli apa nak jadi dengan negara.. mereka2 ini juga tidak peduli siapa berkuasa kerana mabuk berdakwah cibai lanchow dia tu..
BAKKE si kwn rosmah pun janggut dan hitam dahi nya mcm org tabligh jgk! dari LUTH ke felda, dari felda ke Sime darby.
TANPA NAMA motehrfukcer kau jangan nak melancau kutuk jemaah tabligh kat sini.
ni mesti orang PAS ni...pergi lancau la
Justeru – sedarlah bahawa kekuatan Pakatan di Selangor bukan kerana banyak dana terkumpul. Dalam realpolitik ini tidak penting. Apa yang penting ialah apakah aktivis dan penggerak parti PKR, DAP, PAS di Selangor telah tersususn rapi untuk bertempur? (TT)...abih 5k sewa khemah. air meneral,kayu bendera.minyak, rokok.mcm mcm lg..lokasi bdr teknologi kajang selangor...dh menang bg la sikit...ini penting... kami suka rela dulu...tp bila nengok ahli majlis mpkj sapu projek... kami marah....apa ni...cakap kt mb dtg tengok kami...icam kajang.. kami anak muda suka rela kumpul duit sikit sorang buat belanja pilihan raya dulu...hargailah..dah nak pilihan raya pula sekali lg tapi kami ttp mcm ni...apa ni...semesta bg org bekas bn projek pasir...melompat slps bn kalah...apa ni...sekarang kami pakat nk slow down bila pilihan raya...apa ni...sebab kami marah...satu projek mpkj yg ikut prosuder pn tak dapat... bekas bn dapat....apa ni....tolong cek mpkj kerja2 pembersihan di seksyen 3 bandar teknologi kajang sapa dapat...adun bn sekarang yang dapat..yb johan.. nama syarikat lain..duit masuk kocek yb johan dh bertahun masuk kocek dia..sejak pr menang di selangor....apa ni...malas. marah. meluat...tapi kami ttp undi pkr..cuma tak aktif lg mulai sekarang..maci kajang ... samkam7933@yahoo.com
orang PAS cam cibai main kutuk jemaah tabligh. Orang PAS poyo. X cool langsung. At least tabligh ramai musician dan artis buat usaha sekali. kah kah kah..
Catat Ulasan