Jumaat, 23 September 2011

HANYA DI MALAYSIA ADA JUDI HALAL



INI JUDI HARAM



NOTA:
magic - judi haram ini
akan jadi judi halal
jika judi ini dimainkan
di genting

tak caya - cubalaaa kah kah kah




JUDI HARAM MAKIN BANYAK DI MELAKA
- meloya
MELAKA 21 Sept. – Sebahagian daripada penduduk di negeri ini kini melahirkan kebimbangan dengan kewujudan pusat-pusat perjudian haram yang tumbuh membiak bagai cendawan di negeri itu tanpa tindakan tegas pihak penguat kuasa.

Pusat perjudian yang beroperasi di kafe-kafe siber di seluruh negeri ini dikatakan turut menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pemimpin kerajaan negeri ini.
Menurut sumber, kerajaan negeri pernah melahirkan rasa tidak puas hati itu kerana pihak berkuasa tidak tegas dalam menangani kegiatan itu.

Namun, pengusaha premis perjudian berkenaan pula semakin rakus mengaut keuntungan apabila kegiatan mereka berjaya menarik minat ramai pelanggan berpendapatan rendah, golongan belia, pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Ahli Jawatankuasa Gerakan Belia 4B Bukit Katil, Adnan Saad ketika mendedahkan permasalahan itu mendakwa, lebih daripada 100 premis menjalankan kegiatan perjudian berkomputer secara terbuka dan beroperasi tanpa lesen di beberapa daerah di negeri ini.

Menurutnya, kebanyakan premis berkenaan beroperasi di sekitar Alor Gajah, Masjid Tanah, Merlimau, Jasin, Melaka Tengah dan Ayer Keroh.

“Orang ramai kecewa dengan sikap tidak endah pihak berkuasa yang dilihat tidak serius mengambil tindakan terhadap kewujudan semakin banyak pusat judi berkomputer di negeri ini.

“Kami diberitahu, setiap kali serbuan hendak dilakukan melalui kerjasama pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ia sering kali gagal.

NOTA:
cuba baca berita ini
baca betul betul
apa yang difahami?

pertama dimalaysia ini ada dua jenis judi
ada jdi haram
ada judi halal

judi halal ialah judi yang bayar cukai pada kerajaan gerombolan
toto, ma chai, magnum, genting - ini judi bersunat dan halal
judi haram ialah judi yang tiga kali lebih besar dari judi hahal
judi haram ini tidak bayar cukai pada kerajaan geromb olan
tapi judi ini bayar duit pau kepada polis
kalau tidak mana mungkin judi haram ini bergerak
jarangan judi haram ini lebih luas
mereka juga lebih profesional

NOTA:
judi haram ini bergerak

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

melaka.... apa nak heran... tolong budak sekolah yg kena rogol pun haram...

Tanpa Nama berkata...

Judi halal ada GST

Tanpa Nama berkata...

malaka darul judi....

Tanpa Nama berkata...

apa saja perkara kalau dapat restu Maha Firaun akan halalan toyibban..tapi kalau Maha Firaun tak restu apa pun akan haramm jadah... walaupun hukum agama...di Malaysia Darul Mama err Big Mama..

Tanpa Nama berkata...

Laaa....bukan judi aje TT...banyak lagi...ada Beer halal...ada Beer haram....ada rasuah halal...ada rasuah haram...ada rogol halal...ada rogol haram...ada curi halal...ada curi haram....ada China doll halal...ada China doll haram...dan yang terbaru...ada Pendatang halal....ada Pendatang haram....kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

sama gak mcm ada komunis jahat dan ada komunis baik...senang citer.... mana2 yg menguntungkan gerombolan itu semua halal suci bersih dan baik