Jumaat, 4 November 2011

SUARA ANAK MUDA




ANAK MUDA BANGUN MELAWAN




ISU YURAN DAN KEBAJIKAN MAHASISWA KUIS


Merujuk kepada beberapa aduan yang telah disuarakan oleh mahasiswa KUIS & ibu kepada mahasiswa KUIS mengenai isu bebanan yuran serta permasalahan lain yang menimpa mereka di ruangan media tempoh hari, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) menasihatkan agar barisan kepimpinan mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) lebih bersifat merakyat dan responsif terhadap isu tersebut.

MPMN melihat isu bebanan yuran yang tinggi serta permasalahan kebajikan yang menimpa mahasiswa KUIS bukanlah isu yang boleh dipandang enteng oleh kepimpinan mahasiswa di kolej universiti tersebut kerana isu ini melibatkan elemen-elemen kebajikan serta hak asasi yang harus diberi perhatian khusus oleh barisan kepimpinan mahasiswa.

MPMN difahamkan bahawa yuran pengajian & asrama di KUIS telah dinaikkan atas beberapa faktor yang masih kurang jelas kepada mahasiswa. Malah permasalahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga telah menjadi masalah utama yang dihadapi oleh mahasiswa KUIS saban tahun.

Sebagai contoh bagi permasalahan yuran penginapan di KUIS, yuran penginapan asrama bagi asrama jenis D (yang paling murah di KUIS) telah dinaikkan kepada RM786.50 bagi satu (1) semester daripada RM550.00 pada semester yang sebelumnya dan difahamkan bahawa tiada penambahbaikan dari segi fasiliti di asrama tersebut yang dilakukan.

Oleh yang demikian, MPMN menggesa agar barisan kepimpinan mahasiswa di KUIS terutamanya Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) KUIS mengambil inisiatif yang lebih bersifat merakyat bagi membantu mahasiswa menangani permasalahan tersebut.

Pimpinan mahasiswa KUIS juga harus menjadi agen saluran yang telus dan diyakini oleh mahasiswa untuk membuat sebarang aduan dan memastikan agar aduan tersebut benar-benar sampai ke peringkat pentadbiran KUIS untuk diselesaikan.

Selain itu, MPMN juga menggesa pihak pentadbiran KUIS agar lebih serius untuk memastikan kebajikan mahasiswa di institusi pengajian tinggi Islam tesebut benar-benar terjamin dan dalam pada masa yang sama mampu melahirkan mahasiswa yang lebih berintelektualisme, idealism & aktivisme.

Dalam pada masa yang sama, MPMN juga menyeru kepada seluruh kepimpinan mahasiswa KUIS agar menghidupkan kembali pengamalan pendidikan politik yang lebih jitu kepada seluruh mahasiswa seperti budaya Sudut Pidato, Pilihanraya Kampus yang sihat serta aktiviti-aktiviti lain yang mampu mendidik anak muda mahasiswa untuk kembali kepada peranan mereka yang sebenar seperti menjadi ejen semak dan imbang kepada Negara dan mampu merencana masa hadapan Negara yang lebih baik.

Tuntas, MPMN percaya bahawa segala permasalahan kebajikan yang menimpa mahasiswa KUIS mampu diselesaikan dengan cara yang terbaik melalui peranan yang perlu dimainkan oleh barisan kepimpinan mahasiswa KUIS dan MPMN akan terus menyokong usaha-usaha untuk menjamin kebajikan mahasiswa di KUIS terus terjaga.

Yang benar,
Mohd Syahid Zaini,
Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN),



BANGUN DAN LAWAN



PERATUAN KUIS SEMAKIN MENGARUT

Assalamualaikum. Saya seorang pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) ingin membuat aduan mengenai peraturan baru yang dikenakan terhadap pelajar KUIS. Baru-baru ini, KUIS telah mengenakan peraturan baru yang dianggap tidak relevan dan banyak membebankan pelajar. Peraturan tersebut ialah:

Pelajar tidak dibenarkan untuk membawa masuk kenderaan sendiri ke dalam kawasan kolej sama ada untuk ke kelas, atau ke asrama.
Semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama. Dan pelajar yang tinggal di luar kawasan kolej dikehendaki masuk dan tinggal di asrama.

Kami para pelajar telah berbincang dan ‘bertekak’ dengan pihak pentadbir mengenai peraturan baru ini namun, pihak kolej tidak mahu bertolak ansur demi pelajar. Bagi peraturan pertama, tindakan KUIS melarang pelajar untuk membawa kenderaan masuk ke dalam kawasan kolej telah membebankan para pelajar untuk ke kelas, keluar makan, balik kampung, ke perpustakaan luar, membeli barangan harian, dan sebagainya.

Apabila kami mahukan sebab, pihak kolej memberikan alasan tidak munasabah seperti tidak mahukan berlaku pencemaran udara, tidak cukup tempat letak kereta, masalah pergaulan pelajar lelaki dan perempuan, dan masalah kesesakan lalu lintas. Hal ini menunjukkan seolah olah pentadbir di KUIS adalah seorang budak yang tidak matang. Mereka melarang pelajar menggunakan kemudahan teknologi yang sedia ada serta mereka tidak dapat berbuat apa-apa mengenai masalah kekurangan tempat letak kereta sedangkan yuran yang dikenakan kepada pelajar KUIS terlalu tinggi.

Sebut pasal yuran, KUIS pernah popular suatu ketika dahulu apabila pelajar membuat satu demonstrasi membantah kenaikan yuran pengajian. Mana tidaknya, yuran pinjaman bagi seorang pelajar ijazah lepasan stpm adalah sebanyak RM64000. Soal duit, KUIS memang pakar namun kebajikan pelajar tidak terjaga. Apabila motosikal atau kereta tidak dibenarkan dibawa, pelajar akan sukar untuk pergi ke kelas yang jauhnya adalah hampir 1 kilometer dari asrama. Sekiranya hujan, sudah tentu pelajar tidak dapat ke kelas sementara menunggu alor gajah yang kian lama sedang dibina.

Pelajar juga lebih gemar makan di luar disebabkan makanan di cafe mahal dan tidak sedap. Pernah sekali pelajar mengalami keracunan disebabkan kebersihan cafe tidak dijaga. Jadi, peraturan ini benar-benar membebankan pelajar KUIS.

Bagi peraturan kedua, semua pelajar dipaksa tinggal di asrama disebabkan semakin ramai pelajar memilih untuk tinggal di luar kawasan kolej. Hal ini kerana yuran penginapan yang dikenakan ke atas pelajar terlalu mahal berbanding sewa rumah di luar. Yuran yang dikenakan adalah sekitar RM1000 untuk 4 bulan pengajian atau 1 sem. Berbanding tinggal di luar atau rumah sewa, pelajar hanya perlu membayar maksimum RM100 sebulan. Perbezaan ini amat ketara dan disebabkan tinggal di luar lebih murah, pelajar memilih untuk tidak memasuki asrama KUIS.

Jadi, peraturan baru ini telah membebankan ramai pelajar terutamanya pelajar yang miskin dan pelajar yang tidak membuat pinjaman. Saya mendapat maklumat, pihak kolej membuat peraturan ini kerana ingin membayar hutang yang semakin menimbun. Wallahua’am. Kami pelajar KUIS berharap, perubahan dapat dilaksanakan demi kepentingan semua, bukan hanya kepentingan pihak pentadbiran KUIS.

Mohd Saifuddin Ibrahim,
Pembela Mahasiswa KUIS.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adusss...kenapalah mahasiswa skrg ni.permintaannya yuran turun

kenapa tak mintak hapus along ptptn!
pendidikan percuma untuk semua di semua peringkat!

pikir la

duit diamond big mama dah berapa???

Tanpa Nama berkata...

bagus gak student skang ni repot dekat tukartiub. repot dekat polis dah macam pkr sgt.

Lang berkata...

hahahaha.... mmg disengajakan bagi institusi pendidikan tinggi mengenakan yuran menggila punya tinggi... karut marut... mrk buat business ke?... tp jgn bimbang... pihak kolej atau universiti akan membantu memperkenalkan along berlesen...

diorang nak sapu duit... guna duit along... abis belajar along setia menanti graduan membayar apa yg telah dihutangkan... baikkan along atau ceti berlesen ni... anak sapa la agaknya along ni yek?

Tanpa Nama berkata...

anak kepada sistem kapitalisme yang dilahirkan oleh barat,dididik oleh zionis,dijaga oleh umno,diintelektualkan oleh mahathir,didodoikan oleh paklah, di manjakan oleh najib n rosmah..lalu dikapankan oleh rakyat...kakakakaka

retropyanza