Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 4 November 2011

KENYATAAN PKR TENTANG PPSMI




PPSMI OPSYENEL BUKAN DASAR PAKATAN


Minggu ini DAP mengumumkan bahawa mereka menyokong pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai opsyen bagi sekolah-sekolah yang mana majoriti ibu bapa memilihnya.

Kami memahami keperluan pelajar menguasai Bahasa Inggeris dan mendapat pendidikan yang bermutu. Tetapi PPSMI bukanlah dasar untuk mencapai kedua-dua objektif ini.

Tambahan lagi, PPSMI tidak disebut di dalam Dasar Bersama mahupun Buku Jingga yang mendasari muafakat antara KEADILAN, PAS dan DAP.

PPSMI diperkenalkan pada 2003, tidak sampai enam bulan selepas Kabinet Tun Dr. Mahathir Mohammad memutuskan untuk berbuat demikian tanpa sebarang perundingan, penyelidikan mahupun kajian.

Dasar ini mendapat tentangan ibu bapa, pendidik dan sarjana daripada pelbagai latarbelakang dan kaum. Sementara PPSMI diperkenalkan sepenuhnya di sekolah-sekolah kebangsaan dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah-sekolah Cina dibuat di dalam dwi-bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris berikutan tentangan keras Dong Jiao Zong.

Akhirnya kerajaan menerima kelemahan PPSMI pada 2009 dan memutuskan untuk memansuhkan dasar ini pada 2012.

Kami menentang PPSMI kerana:

1. Cara terbaik mendidik anak-anak kita ialah menerusi bahasa kebangsaan yang difahami semua. Mendidik pelajar dengan bahasa yang asing pada mereka kecuali segelintir kecil keluarga yang beruntung datang daripada keluarga yang fasih berbahasa Inggeris (yang merupakan minoriti kecil) hanya akan memberi manfaat kepada mereka yang fasih Bahasa Inggeris dan merugikan majoriti pelajar-pelajar lain, sekaligus melebarkan jurang pendidikan. Malaysia merosot secara mendadak di dalam kajian Trends in International Mathematics and Science Study 2007, Amerika Syarikat selepas pelaksanaan PPSMI.

2. Kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan telahpun termaktub di dalam muafakat Perlembagaan kita yang dipersetujui bapa-bapa kemerdekaan kita. Pakatan Rakyat telah mengulangi komitmennya kepada muafakat ini.

3. Kami menyokong usaha menambahbaik pengajaran Bahasa Inggeris untuk semua rakyat Malaysia. Namun cara sebetulnya ialah dengan meningkatkan kualiti guru-guru dan kurikulum Bahasa Inggeris serta menambah masa pengajaran Bahasa Inggeris, bukannya menerusi PPSMI!

4. Pelaksanaan PPSMI yang dibuat serta-merta menyebabkan guru-guru sains dan matematik yang tidak menguasai Bahasa Inggeris dipaksa mengajar di dalam bahasa tersebut, sekaligus menjejaskan mutu pengajaran mereka. Mangsa paling besar dasar ini ialah pelajar-pelajar yang datang daripada keluarga yang tidak berbahasa Inggeris yang menanggung beban tambahan menyesuaikan diri dengan guru-guru yang tidak dapat mengajar kedua-dua mata pelajaran ini dengan baik.

5. Pada masa dunia berbahasa Inggeris menjadi semakin terbuka terhadap pengajaran bahasa-bahasa asing seperti Mandarin, Perancis, Sepanyol dan Arab, keghairahan kita dengan Bahasa Inggeris adalah luarbiasa. Kita sepatutnya bersyukur dengan warisan masyarakat majmuk kita yang membolehkan semua diajar Bahasa Malaysia dan Inggeris dan diberi peluang untuk mempelajari bahasa-bahasa lain seperti Arab, Mandarin, Tamil dan lain-lain lagi.

Justeru, dasar Pakatan adalah jelas dalam isu PPSMI dan tidak patut dibangkitkan lagi sehingga dan sekiranya kepimpinan Pakatan mahu mengkajinya semula.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT...
Pada aku untuk ajar English, kita perlu ajar dari anak kecil... kita mesti kaji apa yg anak2 suka dan minat... secara semulajadi nya, kebanyakkan kanak2 suka nonton kartun... tapi kenapa terlalu byk kartun English dialih bahasa ke bahasa melayu... logiknya kanak2 lebih mudah belajar dari kartun dan sekiranya kartun ditayngkan di dalam English... anak2 lebih mudah paham English... tidak perlu ppsmi... saya berani mengatakan begini berdasarkan pengalaman saya... saya mendedahkan anak2 saya dengan kartun English SAHAJA sejak mereka kecil... dan mereka boleh berbual(converse) dalam English dengan begitu fasih... dan bila berbual sesama mereka, English menjadi pilihan, tetapi mereka boleh berbahasa melayu dengan baik... jadi dasar PPSMI adalah dasar yg mengarut... bila pelajar tidak minat sains/matematik, mereka menjadi lagi meluat utk belajar dalam English. Lojik? Tambahan itu... cikgu2 pun bukan semuanya fasih berbahasa English... ramai juga yang broken English... jadi la spt ketam mengajar anak berlari lurus... PPSMI sucks... jadi... kartun adalah cara terbaik belajar English... PEMEKAR (pembelajarn English menerusi kartun) hahaha... stop translating english cartoon... let the kids enjoy and learn...

Tanpa Nama berkata...

kami sokong dasar kerajaan,Hidup 1Malaysia.pastikan anda UNDILAH BN.

karat biru berkata...

AMARAN!!! lembu sahjilat sudah terlepas kat sini pkl 10.13 am.!!
Sesapa nak buat korban hujung minggu ni boleh pegi tangkap beliau. Free je tu... kah..kah..kah..

alKhattab Batik - Classic Elegant Unique berkata...

Pernah dengar luahan seorg guru sains. Beliau sendiri tergagap-gagap sewaktu mengajar Fizik dalam bhs inggeris. Bila student tanya, termangu lama, & kdg2 jawapan guru limited sbb wajib mnyampaikannya lm bhs inggeris. Akhirnya ilmu sebenar tak tersampai, murid pula faham yg lain. Dlm exam tulih yg lain, bila dewasa, jadinya lain. Hmm.. Kalau slh, tolong ajarkan. :)

Tanpa Nama berkata...

bermulanya kehebatan tamadun manusia ialah melalui pengkajian dan penterjemahan ilmu...dpt dilihat dunia ibnu sinar sendiri menterjemahkan pelbagai ilmu yunani kedalam bahasa yang mudah difahami beliau sekaligus membuka jalan kepada pelbagai penemuan baru dari penterjemahan ilmu dalam pelbagai bahasa dan ini dikukuhkan lagi dengan buku2 beliau yang kemudiannya diterjemah kan semula kepada bahasa laen bagi merentas jalan kepada pelbagai pencambahan ilmu sains,matematik dan sastera..
ketemadunan jepun juga membuktikan bahawa mereka menigkatkan kemodenan budaya dan teknologi dengan menterjemahkan buku2 ilmuan barat dan pelbagai buku-buku ilmu pelbagai bangsa bukan sahaja barat kedalam bahasa jepun...lihat mereka telah mencipta kemudahan transit aliran ringan diseluruh negara jepun...ilmu sains dan matematik bukan sahaja ad dalam bahasa english tetapi ada diseluruh dunia..ini memerlukan kerja keras masyarakat terutama kerajaan bagi mengeluarkan dana bagi pro2 @ cendiakawan mempelopori pelbagai bahasa dan ilmu lalu diterjemahkan kepada bahasa malaysia sekali lagi diingatkan BAHASA MALAYSIA BUKAN BAHASA MELAYU agar dapat mencipta teknologi dan ketemadunan intelektual yang baru...kerajaan boleh memperkenalkan 1 kementerian yang mengkaji pelbagai bahasa dan untuk diterjemahkan ilmu...ini baru dikatakan pembudayaan ilmu...menyambil ilmu dan membudayakan didalam bahasa budaya bangsa malaysia...kakakakakakaka

retropyanza