Khamis, 19 Januari 2012

INI BUKAN KALENDER MAYA







SELAMAT DATANG 2012

Di Malaysia kita menyambut tahun baru ini dengan penuh ketidak tentuan. Apakah tahun 2012 ini tahun pilihanraya? Apakah Muhyiddin akan menyingkirkan Najib? Apakah Malaysia akan mendapat Perdana Menteri baru? Apakah Khir Toyo akan di penjara? Apakah Shahrizat akan di tangkap untuk bawa ke tingkat 14 pejabat SPRM? Apakah kes Najib di Paris akan di buka tahun ini? Apakah Rosmah akan cuba menurunkan berat badannya? Semua tidak menentu.

Pada Jumaat lalu Peranchis , Itali dan Sepanyol telah diturunkan taraf sebagai negara peminjam. Taraf ini adalah ukuran dari Standard&Poor – badan penilai ekonomi dunia. Dari taraf AAA kini telah turun menjadi AA atau satu A. Sembilan buah negara Kesatuan Eropah telah diturunkan taraf. Taraf 3A bermakna ekonomi negara ini segar bugar dan tidak ada masalah untuk meminjam dan membayar hutang.

Apabila taraf diturunkan bermakna meminjamkan wang kepada negara ini membawa risiko tinggi. Jika negara ini ingin menjual bond – sebagai cara meminjam duit - kemungkinan bond ini perlu menjanjikan faedah yang amat tinggi untuk menarik si pembeli. Akhirnya mungkin tidak ada bank dan pemilik dana yang berani meminjamkan duit untuk negara-negara ini.

Seawal 2009 lagi Greece, Iceland dan Ireland telah diumumkan sebagai negara muflis. Maknanya negara ini tidak ada keupayaan untuk membayar hutang negara. Apabila negara muflis bermakna ekonomi negara tidak bergerak. Ramai warga kehilangan mata pencarian. Khidmat sosial – hospital, jalan raya , sekolah sebagai contoh merosot. Nilai wang jatuh. Krisis ekonomi ini akan membuka krisis politik.

Krisis ekonomi dunia kapitalis ini bermula di Eropah pada bulan September 2008 dahulu. Kesah bermula apabila sebuah bank yang bernama Northern Rock di utara England tetiba tidak memiliki duit untuk palanggannya. Bank ini cuba mendapatkan pinjaman dari Bank of England tetapi gagal. Negara Eropah menjadi kelam kabut. Krisis keyakinan terhadap bank melanda Britain. Untuk meredakan keadaan , kerajaan British tidak ada jalan melainkan bank ini dimilik negarakan.

Punca asal krisis sebenarnya datang dari Amerika. Untuk sekian lama bank-bank di Amerika telah meminjamkan duit kepada sesiapa sahaja yang mahu meminjam tanpa cagaran. Justeru bukan satu yang pelik untuk seorang warga Amerika memiliki berpuluh-puluh kad kredit. Bank di Amerika tanpa kaji selidik dengan senang telah memberi pinjaman untuk sesiapa saja yang ingin membeli rumah. Hasilnya industri perumahan mengelembong. Suasana ini menjemput lebih banyak lagi bank untuk meminjamkan duit kepada bakal pembeli rumah.

Hutang-piutang dari para peminjam ini dikumpulkan untuk dijual kepada bank yang lebih besar di Amerika. Bank-bank besar Amerika ini pula akan mengumpulkan hutang-piutang ini dan menjualkan sekali lagi ke pasaran dunia. Setiap kali hutang ini dikumpul dan dijual – bank dan juru jual ini akan mengaut keuntungan. Dalam sistem ekonomi kapitalis apa yang boleh dijual akan dijual asalkan mendapat untung. Justeru hutang piutang pun boleh dijual beli.

Masaalah timbul apabilan bank-bank ini ingin memungut hutang. Tuan empunya hutang tidak ada keupayan untuk membayar. Jumlah hutang hutang ini berbilion bilion dolar. Akhirnya kerana gagal membayar hutang maka rumah dirampas oleh bank. Industri perumahan di Amerika jatuh berdentum. Tuan rumah kini menjadi warga gelandangan dan merempat. Hari ini hampir 4 juta warga Amerika telah kehilangan rumah.

Bank-bank kini menjadi pemilik rumah yang semakin bertimbun tambah. Perniagaan bank ialah pinjam meminjam dan bukan menjual rumah. Akhirnya banyak bank kecil di Amerika tutup kedai. Keadaan ini menjerat bank yang besar kerana perniagaan bank ini kait mengait. Ini membawa mudarat pula kepada lembaga gedong dana antarabangsa.

Solomon Brothers gedung keewangan yang menjadi pasak ekonomi kapitalis antarabangsa jatuh muflis pada September 2008. Gedung-gedung perniagaan antarabangsa inilah yang bertanggung jawab memasarkan hutang piutang , menjual beli bond dan pinjaman meminjam. Amat jelas sistem ekonomi kapitalis sedang menghadapi krisis yang lebih buruk dari zaman meleset tahun 1929.

Jawapan dari Presiden Obama ialah mengeluar 700 billion dollar untuk menutup lubang-lubang syarikat gergasi Amerika yang telah bocor dan tempang. Ini dipanggil ransangan ekonomi. Ini sama seperti 60 bilion ringgit jumlah ransangan ekonomi yang diajukan oleh Najib Razak. Hingga ke hari ini Obama dan Najib telah gagal untuk merangsang dan memberahikan ekonomi.

Di Amerika bank besar dan gedung dana antarabangsa telah mendapat suntikan dari perbendaharan negara. Mereka diberi nafas baru dengan menggunakan duit orang ramai. Manakala peniagaan kecil dan warga biasa jatuh muflis satu demi satu.

Bayangkan jika Mek Joyah dari Felda Pasoh duduk di Rumah Puteh. Apabila Mek Joyah ditanya apa yang wajib dilakukan dalam keadaan ekonomi sedang merundum? Pastilah Mek Joyah ini akan menjawab : berjimat cermat dalam masa susah.

Tetapi di Rumah Puteh yang duduk ialah Barak Obama. Jawapan Obama ialah terus melancarkan perang. Meluaskan lagi perang di Afghanistan, di Iraq dan membuka perang baru di Pakistan, Libya dan Syria. Berbilion bilion dolar hangus dalam perang. Mungkin rakyat dunia hairan ketika hampir 30 juta rakyat Amerika tanpa kerja dan lebih dari 4 juta warga Amerika tidur gelandangan di tepi jalan – Presiden Obama masih mahu melancarkan perang.

Pada minggu pertama 2012 ini telah lantang didengar bahawa Iran juga akan diserang. Rang undang-undang untuk menyekat ekonomi Iran telah diluluskan oleh Kongress Amerika. Akibatnya: harga minyak melonjak melintasi 100 dolar untuk satu tong. Dunia kapitalis mengigil takut. Jika perang pecah di Iran maka harga minyak akan meledak naik. Jelas kelihatan tidak ada lojik dalam dasar pentabiran Rumah Puteh. Seimbas pandang semua yang dilakukan oleh pentabiran Obama tidak masuk akal.

Tetapi awas! Semua yang dilakukan oleh Barack Obama ialah mengikut hukum-hukum dan syarat yang telah dipersetujui oleh orang-orang dan organisasi yang menobatkan Obama ke Rumah Puteh. Masuknya seorang berkulit hitam ke Rumah Puteh itu adalah satu rancangan yang telah dirancang oleh satu badan yang bergerak secara tertutup. Badan dan organisasi ini memiliki pelbagai nama dan bentuk. Ada yang rahsia, ada yang bergerak dibawah tanah dan ada yang bergerak terbuka.

Ada yang tersusun gelap dibawah Skull and Bones, Illuminati dan Free Mason. Ada yang bergerak dalam politik secara terbuka dan berkumpul dibawah lambang Neo-Con. Ada yang aktif cergas secara terbuka mempengaruhi dasar Amerika melalui Council of Foreign Relation. Secara gelap dan berahsia sosok-sosok ini akan berkumpul dan berbincang dan merancang program tahunan mereka di Bohemian Grove atau bertemu secara sulit dibawa jemputan Bidelberg Group.

Dalam apa pun organisasi yang mereka masuki tujuan asal mereka ialah untuk mendukung sistem ekonomi kapitalis. Mazhab dan rukun iman mereka ialah untuk melahirkan New World Order atau Satu Tata Dunia Yang Baru. Tata Dunia Baru dimana semua rakyat dunia akan tunduk dibawah pentabiran mereka.

Sebahagian besar dari ahli kumpulan ini adalah pemilik gedung dan syarikat besar dalam dunia. Tuan empunya bank dan gedung perniagaan mata wang. Tuan empunya syarikat senjata dan syarikat minyak. Tuan empunya syarikat media dan pemilik styesen tv. Merekalah yang mempengaruhi politik dunia harin ini.

Untuk perbandingan, kalau dalam negara kita mereka ini ialah keluarga Lim Goh Tong, Vincent Tan, Ananda Krishna, Daim Zainudin, Syed Mokhtar, Yeoh Tiong Lay, Mahathir Muhamad, Taib Mahmud - mereka inilah yang menggariskan dasar dan arah politik Malaysia. Justeru, secara micro politik kita sama seperti politik dunia yang dilakar oleh kumpulan Illuminati dan sekutunya.

Justeru ketika kita menyambut 2012 ini kita semua wajib sedar bahawa perancangan telah dibuat untuk memastikan perang akan berlanjutan. Negara Arab di Timur Tengah akan terus di kacau bilaukan. Kemungkinan Iran akan diserang bukan lagi satu yang mustahil. Perang dan kacau bilau akan melipat gandakan lagi keuntungan untuk kaum pemodal. TT

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45


26 ulasan:

mahaza berkata...

tak mungkin kak ijat dibawa ke tingkat 14 sebab SPRM dah pindah bangunan bawah tanah....

Sebal berkata...

terbaik dari TT..

Tanpa Nama berkata...

gua sudah lama membenci sistem kapitalis ini.. ternyata apa yang gua lakukan ialah cukup berkesan untuk melingkupkan sistem kapitalis ini.. apa boleh buat kalo kita sensorang melawan sistem ini? takkan kemana.. kan.. ada caranya kalau kita study betul2 dan hidup anda nescaya akan selesan jika sistem kapitalis ini menjadi hamba kepada kita.. bukan kita menjadi hamba kepada kapitalis..

akan tetapi, 99.9999999999999999999 % manusia seluruh dunia tidak tahu bagaimana nak melingkupkan sistem ini.. bermegah sebagai orang islam malah lebih memalukan, mendaftarkan diri menjadi ahli pertubuhan islam, malah lebih teruk, menjadi ahli PAS, tetapi hidupnya bergantung kepada duit kertas, tiada pilihan dengan sistem riba kad kredit dan meminjam dari bank untuk keperluan masa depan (i.e. membeli rumah dan insurans kesihatan dan blablabla) adalah satu keputusan bangang sama sekali sama seperti malas membaca dan malas berfikir, tak mahu menganalisis.. sepatutnya sebagai umat islam atau ahli PAS, kita berasa cukup malu kerana hilangnya pergantungan kepada Allah Taala.. marah bilamana ada sosok mengutuk tuhan atau blablabla.. jadi ahli pertubuhan islam atau ahli PAS, tapi ASTRO ada kat rumah!!! jadi ahli PAS, tapi ada TV dekat rumah... gua sudah biasa dengar info2 bangang sebegini pun, masih boleh hidup dengan hiburan tradisional yang syok2 sendiri kerana apa? kerana sistem kapitalis tidak mampu memberikan nyawa langsung kepada kita..

terima kasih TT menyedarkan gua sejak dari 70an dulu lagi... tiada sosok didalam dunia ini yang membenci kapitalis, menyembah Allah Taala.. tetapi tidak faham pertalian sembahan Allah Taala dengan menyembah sistem kapitalis.. kehulu hilir berpekik2 mahukan hukum hudud tetapi sistem demokrasi dan kapitalis masih subur dan segar di dalam jiwa (apa lanchow maknanya nih???).. malah sistem ini sebenarnya adalah tuhan kepadanya dan tiada yang disembahnya melainkan sebuah sistem kapitalis..

nak explain wujudnya sistem hakcipta dan pempatenan? sama2 kita study sendiri brader.. terima kasih TT kerana mengajar gua menjadi manusia yang paling pelik di dunia... sepelik aruah N!xau (Gcao Tekene Coma)....

Tanpa Nama berkata...

Cerah minda...

Tanpa Nama berkata...

Terbaik TT... tapi Uncle Isham. the fact is, jew is mastermind , isn't ?

Tanpa Nama berkata...

Apa cerita pemindahan wang besar-besaran ke luar negara? tahun lepas dikatakan pemindahan wang ke luar negara adalah begitu besar..

ada projek amagedon ke?

Tanpa Nama berkata...

Salam to all

Kalau ada masa beli 30rm dan baca buku ni. A must for everybody

Start-up Nation: The Story of Israel's Economic Miracle
Dan Senor.

Sampai hari ni saya masih terpinga-pinga tidak tahu nak mula dan apa, dimana dan bagaimana? Mungkin artikel tt adalah permulaan. seterusnya baca buku ini.

zahrul berkata...

bila TT dan memberi pendedahan dan pencerahan mengenai Illuminati?

setkat ni yg paling byk membantu melalui link ni

http://www.youtube.com/watch?v=FSyK9KMCD6I

Tanpa Nama berkata...

Cara terbaek mengatasi kapitalis adalah dengan menternak lembu

Dengan menternak lembu, kita akan kaya raya kerana lembu boleh beranak kondo dan mercedes

kita juga boleh mula berfikir dari sekarang, di gedung manakah yang paling baik untuk kita membeli cincin berlian dan beg tangan

dukun berkata...

sebagai kapitalis kecik(petite capitalist) iaitu pemilik rumah2 ayam,rumah judi,factory-factory,stable horse dilembah kelang, aku nak bersurah fasal kapitalis.

kapitalis memmebntuk pasaran yg tak wujud dan mengambil untung atas pasaran.kapitalisme bermula dari

1)sumber asli
2)peroleh sumber itu
3)perkilangan
4)pasaran
5)konsumer
6)landfill

ekonomi bagus.import ekspot baik.kilang jadi.masalahnya...

kapitalisme melahap buroh dan bahan mentah dgn byk.sumber ada had.boroh tak cukup.kapitalisme tak kisah kau kerja kilang 12 jam tak ada OT gaji mcm bangla dpt.

sumber asli akan habis.minyak,besi semua akan habis.kayu habis.puchong dulu ada lombong besi.betul2 bwh skve.mana bijih timah?timah jongang sj yg masih dara.

kapitalime menghasilkan sampah.sbb matlamatnya org beli brg bukan guna barang.woi...kitar semula tak akan menjadi dimalaysia!pernah dgr org cakap "baik beli baru,lau repair mcm ko beli barang ni dua kali"

korg nak tengok kapitalisme?tanya anak korang dalam 3 minggu ni berapa kali milo@vitagen@steadler@kedai buku chap semut panggil beri ceramah pastu suruh beli barang.apa kaitan minum vitagen dgn otak?disuruh beli pensil amalina kalau nak pandai mcm dia.

apasal?sbb duit ko lg wangi dr taik ko.

darah dan saraf kapitalime ialah duit fiat.apa tu?yang chap daulat tuanku tu.duit fiat pemegang nilai.tp kenapa ia jd x bernilai?krn ia boleh didagangkan.qarin duit fiat adalah inflasi.apa tu?susut nilai pada pemegang nilai.kenapa?dulu,tiap2 gram emas dibiakkan 80 keping duit seringgit.sekarang bg tiap gram emas dibiakkan 156 keping duit seringgt.

apa pasal?sbb duit fiat dan ketul2 emas dua2 boleh dijual.semua org nak nombor naik.masa ko sekolah dulu ko nak no1 ke no17?

apasal ko nak beli durian ada nama?dah hafal ang heer,musang king bla bla serupalah dah pandai pilih makan.sbg penjual durian sejak 1991 aku dekah2 sampai cirit.gred menentukan nombor dan warna agong yg aku nk ambil.

apasal nk beli astro?sbb kaya?sbb nk tgk bola?sbb nk tgk cleavage eva longoria?

tahun 97 dulu ada satu soap opera hongkong.aku dah lupa tajuknya,tp aku ingat nama watak.ting yee dan fong sun hop.simon yap yg berlakon.cerita tu bgtau dlm 5 episod cerita kapitalisme ni.

pastu sapa yg dok penang tolong pesan kat dr muhammad hj salleh suruh dia balik kampung.org nak tanam sawit dah langgar batu perenggan.

mad berkata...

bila tt sebut illuminati & bohemian groove teringat saya tentang video alex jones beberapa tahun lepas. alex jones adalah penentang dasar elit kapitalis amerika di bawah bush dan org yg lantang mengatakan 911 adalah konspirasi amerika + mossad. apakah tt juga peminat alex jones?

http://www.infowars.com/about-alex-jones/

Tanpa Nama berkata...

Sempoiii rahhhh... Cmna nk bg kapitalis jd hmba kita yek??? Apa lg.. Skim pak man telo.. Piramid piraun apa lanchow... Bru org len jd hmba, kita jd tuan kpitalis. Pala buuut....... Sembang cm keling. Krg2 keling dh kya. Kesian.

berlian berkata...

kahkah aku pun nak bela lembu beranak mercedes

Tanpa Nama berkata...

As always, terbaekk dari TT, Untuk lagi pencerahan tentang sistem kapitalist ni, disarankan baca buku " Conspiracy of the rich' ditulis oleh Robert Kiyosaki..same guy yg tulis pasal rich dad poor dad..

Tanpa Nama berkata...

Gua dh lama tau tntg sistem tentang Kapitalism neh even demokrasi dan siapa dibelakang 1st and 2nd world war,kitaran economi dan politics Order dlm dunia neh.. its a systematic chaos job and done by Grand Master2 penyembah setan..
Persoalan gua adalah berapakah nisbah manusia yg sedar akan wajah hodoh Kapitalism dan sistem2 tajaan mereka neh berbanding manusia yg tgh rancak berstruggle dlm sistem ini????
Setakat kita yg ada neh ble ker nk lawan mereka wat mase skrg?
Jd jgn apeke lanchow org lain dulu..
Sblm sedar hakikat neh Kita pon level apeker lanchow gak kan?
Tujuh generasi pon x abes nk ulang2 ayat neh Bro..
Mase gua tgk citer 2012 pon,it just a recall warning from towkeh2 hollywood to me..
Diorang bkn nk citer psl kiamat pon tp nk sampaikan secara Mantik bahawa ini adalah gambaran keruntuhan ekonomi Global dan Kuasa2 besar dh get ready awal2..
Kita negara dunia ketiga ne la yg akan terpinga-pinga,terbelalak..
Doakan kita semua tidak terlambat utk survive..

Daeng Perani Jr berkata...

memang dunia sedang kacau bilau dgn sistem kapitalis. guna duit kertas. tun ckp guna dinar tapi dia yg jual emas rezab bnm 80 tan dulu nak dinar apa lancow??? bangsa msia buta psl kapitalis. sibuk pakai tudung dgn solat tapi sembah kapitalis.rakyat ibarat hamba firaun bina pyramid.firaun jd tohan. gaji driver naik RM1.70 bos dia naik gaji RM80 000. Bos akan terus perjuangkan kapitalis tohan baru dgn upah RM80 000 sebulan. kita rakyat boleh mampos. berbunuh bunuhan psl sesuap nasi. jaminan kesihatan yilekkk.masa depan anak cucu nahi.bersaing pulak dgn indonbangla. lepas tu bos bos ketawakn kita yg bodoh kahkahkah!!!!!! itu psl kita jgn sibuk ngaji quran tp tak faham makna.sibuk nak hudud tapi sembah kapitalis.nak syurga tapi tak faham aqidah. syurga lancow kalau sembah kapitalis firaun moden.

Tanpa Nama berkata...

celah sikit boleh? pasal belanjawan s'gor 2012

ujung tahun lepas, ada keluar berita kerajaan s'gor nak bagi 1,000 setahun kpd ibu yg ada anak sekolah yg income bawah 3k. ini dalam belanjawan baru. siapa ada tahu? boleh confirmkan?

baru-baru ini, bila ditanya MES, dia kata tak tahu, dia bagi no SUK suruh call tanya. bila call tanya,pej. SUK kata mana ada skim macam tu, TAWAS ada lah.

persoalannya, aku yakin 100 % berita yg aku baca ujung tahun lepas tu, malah ada dlm blog diarog. tapi hari ini dinafikan.dlm blog pun dah ditiadakan.

jadi, kalau benar dah kansel, kena la kerajaan pakatan bagitahu, jgn main senyap-senyap kata takde.

aku tulis ini pasal mahu penjelasan, bukan penafian.

org selangor

Tanpa Nama berkata...

beb.. Allah berfirman.. hapuskn riba dn suburkn kn sedekah..


mari bangkit.. memertabatkn kewangan islam.. suburkn sedekah..
hapus kn riba kapitalis.. barat terdesak.. mereka sudah jatuh
standard nari negara pemberi pinjam.. kepada negara peminjam..
mereka telah muflis..mata euro akan hilang. mereka akn miskin.. dan
mengalami banyak masalah pentadbiran.. politik. dn sosial
kehidupan 2012 adelah kiamat bagi kapitalis.. jika kewangn dunia
islam memertabatkn pinjaman tanpa riba dan menyuburkn sedekah..
dunia akn berjaya di miliki oleh orang2 yg menunai zakat dn mendiri
kn solat.. dn terus berkuasa di sebbkn kebanaran yg di bawa..

Tanpa Nama berkata...

cadangkan TT baca The Confession of An Economic Hitman by John Perkins.

ada dalam bentuk pdf, masuk sini:


http://xa.yimg.com/kq/groups/26119746/566180377/name/Confessions-of-an-economic-hit-man-by-John-Perkins.pdf

Tanpa Nama berkata...

Stuju, 2012 adalah kiamat bg sistem kapitalis.. Struggle nk memperthnknye. Jln paling mudah... Para juak kapitalis akan melaungkan "god will it"... Ape lagi.. Perang...

Hamidi Fizie Bin Ahmad berkata...

Nak bagi negara kita bersaing secara sihat,dan ekonomi tidak dimonopoli oleh orang cina sahaja,orang melayu india cina bebas bersaing tanpa campurtangan politik senang sahaja ikuti langkah ini nescaya negara maju dan aman..

Hamidi Fizie Bin Ahmad berkata...

1- tumbang kerajaan sekarang dirikan kerajaan baru yang benar2 menegakkan ketuanan rakyat
2- hapuskan ketuanan melayu kerana ia bersifat racist sama seperti bangsa yahudi hanya bangsa dia sahaja mulia,dan mengaku tanah al-quds adalah tanah mereka yang dijanjikan padahal ia dah terbatal setelah mereka ingkar perintah Allah supaya berperang,samalah macam ketuanan melayu umno mengagung2kan bangsa melayu,menganggap tanah ni kepunyaan mereka sedangkan sejak zaman dahulu lagi bukan orang melayu yang punya tanah ni,orang siam,orang asal,orang asli cina india dah pernah jejak kaki kesini..ia bukanlah tanah ekslusif orang melayu ia milik Allah dan Allah berkuasa untuk memberikan kepada hambanya yang dia sukai,hapuskan ketuanan melayu tegakkan ketuanan rakyat
3- tegakkan hudud kerana dengan hudud ini kita dapat mengawal masalah sosial yang paling teruk yakni 3 perkara ini yang mana dalam al-quran banyak menyebutkan masalah ini yakni arak,zina,dan mencuri(riba' juga tergolong dalam mencuri meskipun ia ditakrifkan sebagai jenayah lain),kerana pencegahan untuk masalah ini dengan hudud sahaja boleh diselesaikan,xkan ada kes buang bayi,takkan ada rompakan,samun dan bunuh,pemandu mabuk,kes rogol kerana mabuk,bunuh kerana mabuk dan segala macam kerana 3 perkara yang selalu disebutkan dalam al-quran adalah punca kepada masalah besar yang lain..dengan mengawal 3 perkara ini dengan sistem hudud yang adil maka kes jenayah kurang..ini adalah fakta..bahkan perintah Allah jelas bersabit tiga perkara mungkar ini berlaku maka akan tersebar perkara mungkar yang lain..

Hamidi Fizie Bin Ahmad berkata...

4- hapuskan dan haram pusat judi dan kilang arak...ekonomi orang cina bergantung kepada perniagaan ini,dari perniagaan ini menjadi cabang kepada pusat pelacuran,rumah2 urut,dan perniagaan ini menghasilkan wang yang banyak dan duit2 itu disalurkan ke badan2 kebajikan orang bukan islam untuk memulakan perniagaan,pinjaman berlesen,menyekolahkan orang2 bukan islam kalangan mereka,support bisnes2 mereka..sebab tu walaupun mereka bersaing sebelah2 pun mereka rilek je tak macam orang melayu sikit2 bomoh..sebab mereka ada bangsa mereka yang support mereka dari belakang dengan langkah itu perniagaan di sektor swasta banyak dimonopoli mereka..bayangkan kalau dalam malaysia ni xde arak,judi,pelacuran,mesti diorang akan susah nak bersaing..jadi ini adalah positif maka orang melayu cina india akan bersaing secara positif dalam ekonomi xde sesiapa yang mengusai sesiapa,kerana negara kita negara ketuanan rakyat..pemimpin yang adil dan dengan perlembagaan baru yang adil maka negara akan aman,jika pemimpin kita bijak seperti baginda rasullullah s.a.w yang meletakkan piagam madinah yang baik untuk orang islam dan bukan islam tanpa mengira suku bangsa dan agama
5- hapuskan institusi raja,kerana raja sekarang x boleh harap,mereka x macam sultan2 dahulu yang warak,taat pada perintah allah,menjalankan hudud allah,yang benar2 berjiwa rakyat..raja harini keduniaan semata,xbayar cukai,harta makan sendiri,rakyat susah payah..jadilah macam indonesia..mereka lebih cerdik dari kita xde sultan lagi dah lama jadi republik..kalau nak bersultan yang sebenar2 jadilah macam negara brunei..warak,taat perintah agama,peraturan Allah diatas sekali..peraturan manusia letak dibawah,apabila peraturan Allah diutamakan nescaya negara aman,maksiat kurang,negara maju,matawang tinggi nilai,negara makmur,rakyat miskin tak ramai,semua saling bantu membantu dan menjaga satu sama lain seperti zaman sebelum tanah melayu dijajah..
6- tukar bendera malaysia dengan bendera baru kerana bendera kita adalah bendera british cuma lambangnya sahaja diubah bulan dan bintang..hakikatnya bendera kita masih lagi bendera penjajah..bendere syarikat hindia timur inggeris..tukarlah bendera melambangkan nusantara ataupun gabungan nusantara asia tengah dan asia kerana negara kita ada melayu cina india..apa macam?
7- tukar lagu kebangsaan kita dengan lagu dan melodi identiti kita sendiri seperti singapura dan indonesia..ni pakai lagu terang bulan..malu la kena kutuk sebab lagu ciplak..

semoga jika perubahan ini berlaku xde lagi kronisme,rasuah,kezaliman,penyelewengan,maksiat dan sebagainya..barulah kembali kepada islam sebenar..apabila dah benar2 kuat sesebuah negara islam itu barulah kita laksanakan pula daulah islamiyyah,tegakkan semula khilafah islam..bilanegara dah jadi contoh,negara islam yang lain juga akan ikut dengan cara ini sahaja kita boleh jadi kuasa besar dunia islam seperti zaman nabi-zaman salahuddin al-ayubi

Tanpa Nama berkata...

Baik kau pegi buat blog sendiri laa babi. Komen kau lagi panjang dari entry TT

Unknown berkata...

Aku dah 15 tahun bekerja tapi aku tak beli rumah lagi sebab aku tak nak buat pinjaman dgn bank, aku tak nak bayar insuran rumah, aku tak nak berurusan dgn peguam yg kerja tak seberapa tapi caj org mcm celaka.

Aku bercita-cita hendak membeli rumah secara tunai walaupun memakan masa berpuluh tahun. Mungkin aku tak mampu sampai mati disebabkan harga rumah semakin melambung tapi takpe aku tak nak terbabit dgn riba. Aku tawakal masa depan aku pada Allah. Aku hanya tinggal menyewa dan sepanjang 15 tahun ini dah 10 kali aku bertukar rumah sewa. Aku hanya barang asas saja mcm tilam, kain baju, peti ais, washing machine, tv kecik, meja makan kecik, kereta kecik yg dah berusia 10 tahun. Kali sebelas nanti kalau aku pindah aku nak let go semua barang kecuali tilam angin aku dan kain baju je. Aku hidup dlm keadaan tak berhutang dan aku masih boleh bergembira dengan kehidupan yang simple. Sambil aku bergembira aku ketawa2 pada kawan2 baik bujang dan dah kawin yg setiap bulan pikir mcm mana nak byr hutang.

Ramai orang sekeliling aku kata hidup aku sangat rugi bila tak membeli rumah. Tapi org2 yang berkata2 ni setiap bulan tak pernah cukup duit walaupun dah beli rumah. Nak makan pun berkira harga. Aku masih tetap gumbira hahaha. Untuk aku lagi rugi beli rumah sebab kita akan membayar lebih dari harga rumah sebenar kedian rumah tu takkan jadi hak kita selagi tak habis byr. Kalau nak buat pinjaman islam baik lupakan saja. Dia jual pada kita balik berganda2. Ya, kita boleh hapuskan sistem kapitalis ini dengan hidup macam akulah. Tak yah buat pinjaman sewa sudah. Kalau sewa rumah mahal sewa bilik sudah. Bank pun boleh menanngis kalau manusia mcm aku ni ramai. Adioss!!.

Unknown berkata...

Aku dah 15 tahun bekerja tapi aku tak beli rumah lagi sebab aku tak nak buat pinjaman dgn bank, aku tak nak bayar insuran rumah, aku tak nak berurusan dgn peguam yg kerja tak seberapa tapi caj org mcm celaka.

Aku bercita-cita hendak membeli rumah secara tunai walaupun memakan masa berpuluh tahun. Mungkin aku tak mampu sampai mati disebabkan harga rumah semakin melambung tapi takpe aku tak nak terbabit dgn riba. Aku tawakal masa depan aku pada Allah. Aku hanya tinggal menyewa dan sepanjang 15 tahun ini dah 10 kali aku bertukar rumah sewa. Aku hanya barang asas saja mcm tilam, kain baju, peti ais, washing machine, tv kecik, meja makan kecik, kereta kecik yg dah berusia 10 tahun. Kali sebelas nanti kalau aku pindah aku nak let go semua barang kecuali tilam angin aku dan kain baju je. Aku hidup dlm keadaan tak berhutang dan aku masih boleh bergembira dengan kehidupan yang simple. Sambil aku bergembira aku ketawa2 pada kawan2 baik bujang dan dah kawin yg setiap bulan pikir mcm mana nak byr hutang.

Ramai orang sekeliling aku kata hidup aku sangat rugi bila tak membeli rumah. Tapi org2 yang berkata2 ni setiap bulan tak pernah cukup duit walaupun dah beli rumah. Nak makan pun berkira harga. Aku masih tetap gumbira hahaha. Untuk aku lagi rugi beli rumah sebab kita akan membayar lebih dari harga rumah sebenar kedian rumah tu takkan jadi hak kita selagi tak habis byr. Kalau nak buat pinjaman islam baik lupakan saja. Dia jual pada kita balik berganda2. Ya, kita boleh hapuskan sistem kapitalis ini dengan hidup macam akulah. Tak yah buat pinjaman sewa sudah. Kalau sewa rumah mahal sewa bilik sudah. Bank pun boleh menanngis kalau manusia mcm aku ni ramai. Adioss!!.