Jumaat, 6 April 2012

TURUN TURUN - 500 RIBU TURUN KE DATARAN MERDEKA








PAS KERAH RATUSAN RIBU SERTAI BERSIH 3.0 - mkini

PAS hari ini mengerahkan ratusan ribu ahli dan penyokongnya supaya turun untuk menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 yang bertemakan "duduk bantah" pada 28 April ini di Dataran Merdeka.
Kerahan itu disuarakan timbalan presidennya Mohamad Sabu yang turut mendesak kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) supaya melihat dakwaan penyelewengan dalam daftar pemilih dan pendaftaran pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau juga mempertahankan kenyataan MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa terdapat ramai pegawai tertinggi kerajaan, termasuk dalam SPR yang didakwa memberikan kad pengenalan kepada warga asing supaya golongan itu dapat menjadi pengundi.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Mohamad berkata perkara itu akan menjejaskan kedaulatan, ekonomi dan hubungan negara jika tidak disiasat.

"Ia adalah satu perkara yang paling kotor yang pernah kami lihat. Hanya satu cadangan jawatankuasa khas parlimen (PSC) telah diterima pakai, iaitu penggunaan dakwat kekal.

"Kami mempunyai bukti di mana pihak berkuasa memberi kad pengenalan kepada warga negara asing supaya mereka dapat mengundi sepertimana yang didakwa oleh ahli parlimen Pokok Sena. Sebab itu kami menuntut supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat perkara ini," katanya

Mohamad yang popular dengan nama 'Mat Sabu' itu juga berkata beliau tidak menetapkan tempoh masa bagi menubuhkan suruhanjaya itu kerana pilihan raya boleh diadakan sehingga Mac tahun depan.

Mohamad berkata pihaknya akan mendedahkan perkara tersebut dari masa ke semasa.


500 RIBU WAJIB TURUN KE DATARAN MERDEKA



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Peneroka felda jom join sama