Sabtu, 18 Ogos 2012
JANJI DEMOKRASI UNTUK JANJI MERDEKA UNTUK JANJI DI TUNAIKAN
KIBARKAN SANG SAKA TANAH MELAYU
KENYATAAN AKHBAR GABUNGAN JANJI
JUMAAT 17 OGOS 2012
Gabungan JANJI ialah sebuah gabungan yang dianggotai oleh 49 NGO yang akan bersama-sama dengan anak semua bangsa untuk merayakan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada malam 30hb Ogos ini. Di bawah tema “Janji Demokrasi”, Gabungan JANJI akan bersama rakyat Malaysia pada pukul 10 malam di kawasan pancuran air sekitar Dataran Merdeka dengan mengenakan pakaian KUNING sebagai warna tema.
Gabungan JANJI juga ingin memaklumkan kepada rakyat bahawa kami bukan mewakili BERSIH 2.0 sepertimana yang telah dilaporkan oleh sesetengah pihak. Tujuan utama kami berkumpul adalah untuk meraikan malam ambang kemerdekaan dengan semangat "Janji Demokrasi".
Justeru, Gabungan JANJI sekali lagi dengan terbuka hati ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyambut detik ketibaan hari merdeka yang cukup istimewa kali ini. Kami akan berkumpul di Dataran Merdeka secara aman dan damai bersama anak semua bangsa. Kami juga menyarankan semua rakyat Malaysia, dari Perlis ke Johor serta Sabah dan Sarawak agar memakai KUNING pada malam ambang Merdeka.
Kami juga meminta sesiapa sahaja – dalam kota kecil dan besar, dalam kampung dan desa - diseluruh negara untuk keluar pada malam ambang Merdeka dengan memakai KUNING.
Pada malam ambang Merdeka di Dataran Merdeka, Sasterawan Rakyat A. Samad Said akan bersama-sama untuk meraikan malam ini dengan mendeklamasikan sebuah puisi istimewa.
Akhir sekali, kami dari Gabungan JANJI mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya.
Terima kasih. Selamat Hari Raya
NGO YANG IKUT JANJI
EMPOWER
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army Veteran (KERABAT)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Memacu Arus Perjuangan (MAP)
Malaysian Civil Liberty Movement (MCLM)
Jingga 13
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
Pro-Mahasiswa Nasional
Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
Asalkan Bukan Umno (ABU)
Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)
KILL THE BILL
WARGA AMAN
SEED
Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA)
Angkatan Rakyat Muda (ARM)
Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
HIMPUNAN HIJAU
STOP LYNAS COALITION (SLC)
Radio Bangsar Utama (RABU)
UBU - Universiti Bangsar Utama
Unit Ehsan Malaysia
Alumnus Sekolah Politik (ASP)
Agent of Change (AoC)
Akademi Pak Sako (APS)
Selamatkan Teluk Rubiah
Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur / Selangor (KLSCAH)
Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR)
Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)
Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)
Kumpulan AL-FATEH Rompin
Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI)
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Janji PRU 12 dah siap?jembatan sg kelantan dah siap, cukai pintu dah turun?macam macam janji dah tunai? oh beloommm kalau tu BUAT banyak janji PRU13 ni yaaa ramai nak dengor ni
Bro ade bekalan itik byk kt pasar jasin melaka. Selamat hari raya sham.
Catat Ulasan